Tembok Besar China

30 10 2008

Tadi baru berdebat dengan ayah sendiri. Tentang apa? Beliau tidak puas hati dengan fakta : Tembok Besar China tidak boleh dilihat dari bulan. Katanya, fakta sebenar ialah ‘binaan manusia yang boleh dilihat dari angkasa dan bukannya bulan’.

Saya tersenyum.

Perkara ini bermula dengan kartun di rancangan Ripley’s Believe It or Not pada Mei 1932 yang mengatakan tembok ini sebagai the mightiest work of man, the only one that would be visible to the human eye from the moon dan disokong oleh Richard Halliburton dalam bukunya Second Book of Marvels pada tahun 1938.

Anehnya, bagaimana pendapat tersebut boleh dikeluarkan, sedangkan manusia pertama ke angkasa lepas ialah Yuri Gagarin pada 1961 dan manusia pertama ke bulan pada 1969. Aneh bukan.

Kalau benarlah, andainya ia boleh dilihat dari angkasa, katakanlah dari ISS, tembok besar China tetap tidak akan menjadi satu-satunya binaan yang boleh dilihat, jalanraya pun boleh dilihat, bukan?

Kalau katakanlah, my father said that Tembok Besar China adalah satu-satunya binaan manusia yang boleh dilihat dari angkasa dan dikenalpasti oleh pemerhati, Palm Jumeirah pun boleh dikenalpasti, kan?

(Entri ini tujuannya sebagai hujah beladiri, sebelum dibidas ayah sendiri… haha!)





Fakta Menarik II

27 10 2008

1. Anda tahu time zone? Tahukah anda, time zone yang paling banyak penduduknya ialah GMT+8, merangkumi Taiwan, China, Malaysia dan sebagainya. Dipercayai, sebanyak 1.375 billion manusia tinggal di time zone ini.

2. Nama bandar yang paling panjang di dunia ini ialah Krungthep Mahanakhon Amorn Rattanakosin Mahintara Yudthaya Mahadilok Pohp Noparat Rajathanee Bureerom Udomrajniwes Mahasatarn Amorn Pimarn Avaltarnsatit Sakatattiya Visanukram Prasit. Bandar ini lebih dikenali dengan nama Bangkok, Thailand.

3. Hanya 11 peratus daripada permukaan bumi ini, digunakan untuk tujuan pertanian.

4. Kawasan paling kering di dunia ialah Arica, di negara Chile. Jumlah hujan tahunannya ialah 0.76mm setahun. Negara kita? Lebih kurang 2000mm.

5. Kawasan yang paling banyak menerima hujan pula ialah Lloro, Colombia. Nilai hujan tahunan, 13000mm.

6. Terdapat banyak jenis fobia di dunia ini, termasuklah Hippopotomonstrosesquippedaliophobia. Ini fobia terhadap apa ya?!  Hippopotomonstrosesquippedaliophobia ialah fobia terhadap perkataan yang panjang.

Anda mungkin tidak tahu bahawa:

7. Rasa yang berlainan boleh dikesan di seluruh bahagian lidah. Semua orang sangka rasa tertentu boleh dirasai oleh bahagian tertentu lidah sahaja, kan?

8. Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh deria kesakitan di lidah, yang diransang oleh bahan kimia dalam makanan pedas seperti cili. Sebab itulah, rasa ‘pedas’ boleh dirasa oleh tangan, esofagus dan perut.

9. Beruang Koala bukanlah sejenis beruang, ia adalah dari jenis marsupial, sejenis dengan kanggaru.

10. Angkasawan di dalam ISS tidak merasai “graviti sifar”. Apa yang berlaku ialah mereka merasai “jatuhan bebas”

11. Sebenarnya, cermin bukannya bersifat ‘songsang sisi’. Ia sebenarnya menyongsangkan ‘depan dan belakang’

12. Gurun Sahara ialah gurun panas terbesar di dunia. Namun, gurun yang terbesar di dunia ialah Antartik (kutub selatan). Kawasannya adalah kurang air yang boleh terus digunakan oleh tumbuhan dan haiwan, dan ini melayakkannya untuk juga digelar sebagai gurun.

13. Paus biru adalah haiwan terbesar di dunia. Namun, tahukah anda, berat jantungnya ialah 600kg, berat lidahnya ialah 3 tan, dan panjang organ pembiakannya ialah 2.4 m. Haha!

14. Lapangan terbang Qamdo Bangda adalah lapangan terbang yang tertinggi di dunia. Ia terletak pada ketinggian 4334 meter. (Ketinggian Gunung Kinabalu hanyalah 4101 meter!)





Fakta Menarik

26 10 2008

1. Petir/kilat kebiasaannya mempunyai kelebaran 5 hingga 10 sentimeter dan panjangnya menjangkau 3 kilometer.

2. Setiap unit dalam skala Richter adalah lebih kurang berkadaran 32 kali ganda. Maknanya, 6 pada skala richter adalah 32 kali ganda lebih kuar berbanding 5 pada skala richter.

3. Jika secara tiba-tiba matahari berhenti bersinar, manusia di bumi hanya boleh mengetahuinya 8 minit kemudian. Ini adalah kerana, cahaya matahari memerlukan 8 minit untuk tiba ke bumi.

4. Air terjun tertinggi di dunia ialah Angel Falls di Venezuela. Tingginya? 980 meter, dua kali ganda menara berkembar Petronas. (ketinggian menara Petronas = 451 meter)

5. Had laju yang pertama dikuatkuasakan adalah 20 batu sejam (32km/j) di London pada 1903.

6. Mata burung unta adalah lebih besar daripada otaknya.

7. Seekor siput boleh kekal hidup selama 3 tahun tanpa makanan.

8. Seekor tikus boleh hidup lebih lama tanpa air, berbanding seekor unta.

9. Tujuh keajaiban dunia zaman purba ialah Piramid Giza, Taman Tergantung Babylon, Patung Zeus di Olympia, Colossus of Rhodes, Kuil Artemis di Ephesus, Mausoleum di Halicarnassus dan Rumah Api Alexandria.

10. Dan ramai tidak tahu, yang hanya satu sahaja masih kekal hingga sekarang, iaitu piramid Giza.

11. Organ terbesar pada badan manusia ialah kulit.

12. Bintang terdekat selepas matahari ialah Alpha Centauri, pada jarak 4.3 tahun cahaya, lebih kurang 40 000 000 000 000 kilometer.

yang paling penting…

13. Satu fakta yang sebenarnya ‘auta’. Semua orang sangka Tembok Besar China boleh dilihat dari Bulan. Hakikatnya, ia tidak dapat dilihat dari Bulan. Tembok ini hanyalah berkelebaran 9 meter, dan mempunyai warna yang hampir sama dengan warna tanah. Untuk membolehkan sesuatu objek itu dilihat dari Bulan dengan mata, ia haruslah mempunyai diameter 110 kilometer. Maka, tembok besar China tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari bulan. Melihat tembok besar China dari bulan adalah ibarat melihat rambut manusia pada jarak 3 kilometer.

Kalaulah tembok besar China boleh dilihat, maka lebuhraya PLUS juga boleh dilihat dari bulan, kerana lebarnya lebih daripada 9 meter!





Serabut, kelam-kabut, kalut…

25 10 2008

As you go through life you’ll see
There is so much that we
Don’t understand

And the only thing we know
Is things don’t always go
The way we planned

Petikan di atas ini adalah lirik sebuah lagu. Memang benar apa yang dicoretkan lagu ini.

Hidup sangat kelam-kabut sebenarnya. Semuanya berpunca daripada kerani yang key-in borang permohonan saya untuk posting telah tersilap taip. Teruk sangat ke tulisan saya dalam borang itu? Kesilapan kecil begitu, kesannya begitu besar. No wonder ada tangan budak kecil terpaksa dipotong akibat kecuaian doktor di hospital.

Kesannya, surat saya tidak sampai ke rumah. Lantas saya buat panggilan ke pihak berkenaan, dan disahkan saya mempunyai giliran dalam temuduga itu. Itupun saya dail nombor sejak pagi, petangnya baru mendengar suara.

Satu masalah selesai : saya tahu saya dapat ke temuduga. Surat dari pihak universiti? Nasib baik kakak kaunter fakulti sains tu baik hati, hendak juga tolong saya yang dah kelam-kabut ni. “Selasa nanti, ambil surat ini ya!”

Tetapi, saya tetap kena ambil surat itu, di Putrajaya. Malas nak komen panjang sebenarnya.

Saya bukan tidak tahu perit kerja di sektor awam. Ibu bapa saya juga sebahagian daripada sektor awam Malaysia sejak lebih 20 tahun lepas. Tetapi, pinta saya tolonglah cekap dalam membuat kerja. Alhamdulillah, ibubapa saya tidak pernah tersilap taip, yang boleh membawa kepada masalah begini.

Kalau hendak jadi cikgu, bukan kerana gajinya semata-mata. Kalau hendak jadi doktor, bukan kerana gajinya semata-mata. Kalau hendak jadi kerani, bukan kerana gajinya semata-mata. Ini dikira tanggungjawab sosial juga!

Baru lepas viva, ingatkan boleh rehat sedikit! Rupa-rupanya…





Otak digerudi…

24 10 2008

Tempoh hari, saya ada berikan satu soalan, ramai juga yang cuba untuk jawab.

Ada seekor beruang. Beruang ini berjalan satu kilometer ke arah selatan, kemudian satu kilometer ke arah barat, diikuti satu kilometer ke arah utara. Akhirnya, beruang ini kembali ke titik asal tempat ia mula berjalan.

Soalannya : Apakah warna beruang itu?

Antara jawapan yang saya terima termasuklah :

mysarah : tak ade warna…

kudozu : warna coklat

Eddy : sah2 lah putih

arbaktun : putih kan?

farahana : apakata kalau ko bagi je jawapan?

ghazly : hitam

masy2k a.k.a ayah : siapa jawab betul dialah beruang berkenaan sebab itu kurang yang cuba memberi jawapan

budak epal : pink!!!!

mamat : jawapan aku putih. sebab ape? sebab beruang kutub berwarna putih. sebab ape? sebab ape ek? er.. sebab, even die berjalan 1 km ke selatan, 1 km ke barat, 1 km ke utara ke, x kisah la, sebab beruang tu ade kat kutub. er.. boleh terima x?

Jawapannya, putih! Mengapa? Begini ceritanya…

Satu-satunya tempat yang seekor beruang boleh berjalan ke arah selatan, barat dan utara dan kembali ke titik yang sama adalah kutub utara. Dan beruang yang ada di kutub utara hanyalah beruang kutub yang berwarna putih.

Sebenarnya, tidak kisahlah beruang tersebut bergerak 1km atau 5km atau 100km sekalipun ke arah barat — beruang tersebut sebenarnya bergerak pada jarak yang tetap dari kutub utara.

Namun, ada satu lagi tempat yang jika berjalan ke selatan, barat dan utara, boleh kembali ke titik asal selain di kutub utara, iaitu di kutub selatan, tetapi kaedahnya berbeza sedikit. Yang penting, di kutub selatan a.k.a Antartika, tiada beruang ya! Yang ada hanyalah penguin….





Viva fever, viva forever…

23 10 2008

Entri ini ditaip, setelah mengharungi 24 jam penuh mendebarkan.

Mengapa? Hari ini adalah giliran saya untuk menjalani viva bagi amali elektronik yang memeningkan. Wheatstone bridge, Zener diode, Common-emitter amplifier, Colspitts Oscillator, litar flip-flop… semuanya sudah berakhir.

Apa itu viva? Takrifan viva ialah an oral examination. Dalam kes saya, saya akan disoal semula, berkenaan eksperimen yang telah saya jalani selama kurang lebih 12 minggu. Susah tau! Ini bukan eksperimen recipe book sekolah menengah!

Alhamdulillah, mungkin ini hikmah kekalahan di debat FOMCA tempoh hari. Before menjalani viva, sangat cuak! Well, thanks kepada kanak-kanak yang sudi menenami dan melayan kecuakan aku di dalam lab; Ily dan Fatin, serta thanks kepada kanak-kanak yang menemani dari jauh; seorang di Melaka, seorang di Perak.

Soalan viva? Berjaya ditamatkan dengan sempurna, gelak ketawa. Thanks Dr Zainol, Dr Zamri dan Dr Zarina sebab menjadikan suasana viva tidak tense, siap berborak kaedah pengajaran fizik berkesan buat pelajar sekolah lagi!

Thanks sekali lagi, khusus buat Maisarah Razali, atas tips-tips berguna dan mengubati kecuakan itu. Juga buat yang lain. Doakan saya tamat sem ini!





Gerudi otak!

22 10 2008

Diri ini masih kurang stabil, maka entri ini hanya dikhususkan untuk satu soalan teka-teki.

Ada seekor beruang. Beruang ini berjalan satu kilometer ke arah selatan, kemudian satu kilometer ke arah barat, diikuti satu kilometer ke arah utara. Akhirnya, beruang ini kembali ke titik asal tempat ia mula berjalan.

Soalannya : Apakah warna beruang itu?





Diriku Pasca Debat Kepenggunaan 2008

22 10 2008

Entri ini mengambil masa yang sangat lama untuk ditaip.

Mengapa? Kerana sepanjang entri ini ditulis, diri ini berada dalam keadaan yang tidak stabil. Maka, walaupun idea untuk ditulis itu sungguh banyak, empangan minda ini tetap menghalangnya daripada mengalir keluar.

Debat Kepenggunaan telah diadakan di MMU Melaka pada 17-20 November lepas. Debat ini penuh kekangan, lantaran minggu-minggu akhir ini menuntut penumpuan terhadap 1001 perkara.

Setelah tamat majlis penutup tempoh hari, perasaan saya bercampur baur. Natijahnya, saya dilanda keadaan kemurungan. Tidak seronok untuk murung dan sedih sebenarnya.

Sekali lagi kem UM dilanda kesedihan. Kali ini, buat kali ke-3 berturut-turut, pasukan UM terkandas di pusingan separuh akhir. Pertama dengan UiTM di Debat Alam Sekitar, kemudian UTP di Debat Kemerdekaan, kali ini UIAM melenyapkan impian kami. Yang menariknya, pasukan yang mengalahkan kami, pasti menggondol gelaran juara kejohanan.

Diri ini sudah tidak larat sebenarnya menanggung kekalahan. Penat! So close but so far! Tetapi, jika difikirkan kembali, saya perlu bersyukur atas banyak perkara. Paling penting, percapaian UM begitu konsisten di separuh akhir. Saya juga perlu bersyukur kerana pernah dianugerahkan peluang yang begitu banyak di pentas final. Ada pasukan yang baru sekali merasa pentas itu, ada yang tidak pernah langsung, malah ada yang tidak berkesempatan menjengah pusingan suku akhir.

Edisi kali ini juga membenarkan aku menikmati detik-detik terakhirku sebagai seorang pendebat. Inilah peluangnya untuk mengecapi kemanisan berinteraksi dengan seluruh komuniti debat; pegawai MADUM, hakim, pendebat universiti lain. Setelah sekian lama berada dalam arena ini, aneka ragam pendebat yang sudah saya jumpa. Ada yang positif, tidak kurang yang negatif. Ragam inilah yang memberikan tafsiran kepada saya, yang mana kawan, yang mana sahabat.

Penghargaan tidak terhingga atas pengorbanan tanpa hadnya oleh Maisarah sepanjang Debat FOMCA kali ini. Saya ajak die berkongsi dunia debat ini, dan moga ia memberikan pengalaman berharga buatnya. Yang pasti, kek coklat ‘GOOD LUCK’ yang dikongsi bersama dengan ‘kontinjen itu’ telah memberikan tuah. Terima kasih, kerana tatkala diri ini terlalu terluka, awak ada sebagai pengubatnya. Entah apa yang saya nak buat kalau awak tak bawa saya jalan-jalan malam tu. Syukran jazilan.

Tidak puas sebenarnya, 4 hari di Melaka. Biasanya, hari Isnin, baru tamat pusingan separuh akhir. Namun, kali ini, tengah hari Isnin adalah waktu perpisahan semua pendebat. Laju benar masa berlalu. Berminggu-minggu detik ini dinantikan, setiap saat dinikmati, kesudahannya kesedihan yang diperoleh.

Saat paling manis bagai terpadam, apabila melihat senyum di muka insan-insan tersayang luput, dek perjuangan yang tamat begitu rupa. Sudah saya katakan, saya sudah penat dengan kekalahan. Saya sudah penat melihat muka kecewa Azizul Hakim dan Zul Fadhli. Saya sudah penat melihat wajah sedih Azri Zahier, yang bersama-sama saya menempuh ketiga-tiga kekalahan ini. Penat!

Namun, benar kata Maisarah. Tatkala saya di tahap sebegini hina, saya perlu bersyukur kerana masih ada insan yang menjulang saya tatkala saya dalam kesedihan. Terima kasih kepada sahabat setia dalam dunia debat, sokongan kalian amat diperlukan dan dihargai. Benar juga kata-kata ini:

WINNING DOESN’T ALWAYS MEAN BEING FiRST, WINNING MEANS YOU’VE DONE BETTER THAN YOU’VE DONE BEFORE

Rangkuman edisi Debat FOMCA kali ini, saya seperti tidak mahu meninggalkan MMU, saya tidak mahu tinggalkan bumi Melaka, saya tidak mahu meninggalkan semuanya sebagai satu memori. Namun, itu ibarat mengejar fatamorgana; semakin dikejar, semakin ia tiada. Cukuplah Tuhan kurniakan ia sementara, agar ia menjadi detik-detik manis yang dihargai…





Melompat dengan Coca-cola

12 10 2008

Coca-cola 1 tin bersamaan 355ml.

Ia mengandungi gula yang banyak, yang boleh memudaratkan.

Berapa banyak? Tidak diberitahu. Hanya diberitahu kandungan kalori; 42kcal/100ml.

Ataupun, darab 4.18, bersamaan 175.56 kJ/100ml. (1 kcal = 4.184kJ).Maknanya, satu tin cocal-cola mengandungi 632 kJ tenaga.

Anggaplah inilah gula yang harus digunakan supaya tidak memudaratkan. Katakan kita lompat-lompat untuk menggunakan gula ini. Seorang yang berat 75 kg, jika melompat 0.5 meter lawan graviti, kerja yang buat ialah daya darab jarak iaitunya jisimnya darab pecutan graviti darab jarak, atau 75 kg × 9.8 ms -2 × 0.5 m = 367.5 J.

Jadi, untuk menghabiskan gula dalam coca-cola setelah diminum satu tin, die harus melompat-lompat seperti itu 632000 ÷ 367.5 = 1695 kali!

Sumber : Prof Wan Ahmad Tajuddin, Jabatan Fizik, Universiti Malaya.





Al-kisah ‘Media Alternatif’

11 10 2008

Pengumuman sudahpun dibuat, Universiti Malaya menduduki tangga ke-230 dalam senarai terbaru ranking universiti terbaik dunia.

Tahniah kepada semua, jika angka itu menjadi kebanggaan. Moga UM akan memperoleh kejayaan cemerlang di masa akan datang.

Apa yang saya ingin bangkitkan, bagaimana isu ranking universiti ini dipolitikkan.

Ya! Saya tidak nafikan, wujud pelbagai spekulasi yang melibatkan IPT ini. Ia sentiasa menjadi ‘bulu tangkis’ yang digunakan baik di pihak parti pemerintah, mahupun parti pembangkang sebagai bahan ‘smash’ untuk membenamkan lawan.

Apa yang saya ingin tekankan, betapa media PKR, iaitu Suara Keadilan begitu licik bijak memainkan isu ini.

Kita lihat laporan BERNAMA :

UM Pada Kedudukan 230 Dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia 2008

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Universiti Malaya (UM) disenaraikan pada ranking 230 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds).

Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 264.

Bandingkan dengan laporan Suara Keadilan :

Baru-baru ini, satu senarai yang disiarkan Times Higher Education, mempamerkan 200 universiti terbaik dunia bagi tahun 2008 dan ianya menunjukan dua buah Universiti di negara ini yang pernah menduduki carta berkenaan tidak disenaraikan untuk tahun ini.

Untuk rekod pada tahun 2006, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menduduki tangga ke 185, manakala Universiti Malaya pada tahun yang sama muncul di angka 192.

Laporannya tepat, saya tidak nafikan. Namun, Suara Keadilan telah menyembunyikan fakta tentang ranking UM pada tahun 2007, sekaligus menyembunyikan fakta yang ranking UM telah meningkat.

Pendapat saya, jikalau dahulu seluruh rakyat Malaysia dimomokkan dengan tuduhan bahawa media kerajaan berat sebelah dan pro-kerajaan, saya kira sudah tiba masanya untuk media pembangkang diragui. Kerana media ini lebih licik menyembunyikan fakta.

Harakah juga tidak wajar dipercayai bulat-bulat, kerana tulisannya penuh emosi. Pernah dilaporkan di Harakah tentang kenaikan harga minyak.

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 – RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 – RM 1.71 = RM 0.74 per liter

Permasalahan, pakar minyak di Harakah tidak tahu, bukan semua 159 liter itu boleh dijadikan minyak petrol. Mereka juga tidak tulis, berapa banyakkan belanja untuk cari, gerudi, gali, angkut dan simpan. Mereka juga sembunyikan belanja RND untuk pastikan minyak petrol mempunyai formula terbaik. Mereka juga abaikan belanja minyak diesel lori-lori tangki yang menghantar minyak ke petrol kiosk.

Yang penting, mereka dapat menghentam kerajaan!