Al-kisah ‘Media Alternatif’

11 10 2008

Pengumuman sudahpun dibuat, Universiti Malaya menduduki tangga ke-230 dalam senarai terbaru ranking universiti terbaik dunia.

Tahniah kepada semua, jika angka itu menjadi kebanggaan. Moga UM akan memperoleh kejayaan cemerlang di masa akan datang.

Apa yang saya ingin bangkitkan, bagaimana isu ranking universiti ini dipolitikkan.

Ya! Saya tidak nafikan, wujud pelbagai spekulasi yang melibatkan IPT ini. Ia sentiasa menjadi ‘bulu tangkis’ yang digunakan baik di pihak parti pemerintah, mahupun parti pembangkang sebagai bahan ‘smash’ untuk membenamkan lawan.

Apa yang saya ingin tekankan, betapa media PKR, iaitu Suara Keadilan begitu licik bijak memainkan isu ini.

Kita lihat laporan BERNAMA :

UM Pada Kedudukan 230 Dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia 2008

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Universiti Malaya (UM) disenaraikan pada ranking 230 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds).

Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 264.

Bandingkan dengan laporan Suara Keadilan :

Baru-baru ini, satu senarai yang disiarkan Times Higher Education, mempamerkan 200 universiti terbaik dunia bagi tahun 2008 dan ianya menunjukan dua buah Universiti di negara ini yang pernah menduduki carta berkenaan tidak disenaraikan untuk tahun ini.

Untuk rekod pada tahun 2006, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menduduki tangga ke 185, manakala Universiti Malaya pada tahun yang sama muncul di angka 192.

Laporannya tepat, saya tidak nafikan. Namun, Suara Keadilan telah menyembunyikan fakta tentang ranking UM pada tahun 2007, sekaligus menyembunyikan fakta yang ranking UM telah meningkat.

Pendapat saya, jikalau dahulu seluruh rakyat Malaysia dimomokkan dengan tuduhan bahawa media kerajaan berat sebelah dan pro-kerajaan, saya kira sudah tiba masanya untuk media pembangkang diragui. Kerana media ini lebih licik menyembunyikan fakta.

Harakah juga tidak wajar dipercayai bulat-bulat, kerana tulisannya penuh emosi. Pernah dilaporkan di Harakah tentang kenaikan harga minyak.

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 – RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 – RM 1.71 = RM 0.74 per liter

Permasalahan, pakar minyak di Harakah tidak tahu, bukan semua 159 liter itu boleh dijadikan minyak petrol. Mereka juga tidak tulis, berapa banyakkan belanja untuk cari, gerudi, gali, angkut dan simpan. Mereka juga sembunyikan belanja RND untuk pastikan minyak petrol mempunyai formula terbaik. Mereka juga abaikan belanja minyak diesel lori-lori tangki yang menghantar minyak ke petrol kiosk.

Yang penting, mereka dapat menghentam kerajaan!