Al-kisah ‘Media Alternatif’

11 10 2008

Pengumuman sudahpun dibuat, Universiti Malaya menduduki tangga ke-230 dalam senarai terbaru ranking universiti terbaik dunia.

Tahniah kepada semua, jika angka itu menjadi kebanggaan. Moga UM akan memperoleh kejayaan cemerlang di masa akan datang.

Apa yang saya ingin bangkitkan, bagaimana isu ranking universiti ini dipolitikkan.

Ya! Saya tidak nafikan, wujud pelbagai spekulasi yang melibatkan IPT ini. Ia sentiasa menjadi ‘bulu tangkis’ yang digunakan baik di pihak parti pemerintah, mahupun parti pembangkang sebagai bahan ‘smash’ untuk membenamkan lawan.

Apa yang saya ingin tekankan, betapa media PKR, iaitu Suara Keadilan begitu licik bijak memainkan isu ini.

Kita lihat laporan BERNAMA :

UM Pada Kedudukan 230 Dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia 2008

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Universiti Malaya (UM) disenaraikan pada ranking 230 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds).

Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 264.

Bandingkan dengan laporan Suara Keadilan :

Baru-baru ini, satu senarai yang disiarkan Times Higher Education, mempamerkan 200 universiti terbaik dunia bagi tahun 2008 dan ianya menunjukan dua buah Universiti di negara ini yang pernah menduduki carta berkenaan tidak disenaraikan untuk tahun ini.

Untuk rekod pada tahun 2006, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menduduki tangga ke 185, manakala Universiti Malaya pada tahun yang sama muncul di angka 192.

Laporannya tepat, saya tidak nafikan. Namun, Suara Keadilan telah menyembunyikan fakta tentang ranking UM pada tahun 2007, sekaligus menyembunyikan fakta yang ranking UM telah meningkat.

Pendapat saya, jikalau dahulu seluruh rakyat Malaysia dimomokkan dengan tuduhan bahawa media kerajaan berat sebelah dan pro-kerajaan, saya kira sudah tiba masanya untuk media pembangkang diragui. Kerana media ini lebih licik menyembunyikan fakta.

Harakah juga tidak wajar dipercayai bulat-bulat, kerana tulisannya penuh emosi. Pernah dilaporkan di Harakah tentang kenaikan harga minyak.

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 – RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 – RM 1.71 = RM 0.74 per liter

Permasalahan, pakar minyak di Harakah tidak tahu, bukan semua 159 liter itu boleh dijadikan minyak petrol. Mereka juga tidak tulis, berapa banyakkan belanja untuk cari, gerudi, gali, angkut dan simpan. Mereka juga sembunyikan belanja RND untuk pastikan minyak petrol mempunyai formula terbaik. Mereka juga abaikan belanja minyak diesel lori-lori tangki yang menghantar minyak ke petrol kiosk.

Yang penting, mereka dapat menghentam kerajaan!


Tindakan

Information

10 responses

11 10 2008
matjang

salam ali…
huhu, smlm baru jumpe ko kat 6th..
aku dah link kan blog ko…

Ali : Terima kasih. Best gak blog hang…

11 10 2008
Shahir

Salam Ali,
Minta sikit pandangan ko tentang pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO, just nak tahu adakah pandangan kita sama atau berbeza…
Aku dah nyatakan pendirian aku dalam blog aku, cuma tunggu ko punya pulak..

Ok,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin…🙂

11 10 2008
Imran

Haha memang menarik..susah jumpa penulis blog macam kau..kita memang kena persoalkan segalanya..kalau pembangkang persoalkan kerajaan, kita juga harus persoalkan pembangkang..tidak adil untuk persoalkan kerajaan sahaja..teruskan tulisan-tulisan sebegini

Ali : Terima kasih. Teruskan menyokong ya!

12 10 2008
kudozu

begitu kadang2 ranking ni pun effect jugak kpd graduan UM bila nak pegi interview kerja, depa pun tanya, ranking UM dah jatuh, boleh ke nak amik kamu kerja?(pernah terjadi)

jadi, kadang2 ranking ni pentingkah?

Ali : Kalau budak UM tak boleh kerja, apatah lagi universiti lain. Ranking mereka berapa ya? No offense, tapi ranking ini sekadar no sahaja…

12 10 2008
man

hish2.. apesal ko ni bengap sangat??? tau apa factor besar yang mnyebabkan UMNO BN kalah teruk smasa PRU12 yang di akui oleh pemimpin UMNO sendiri???.. sebab rakyat dah tak percaya media bodoh macam TV3 RTM, dan UTSAN BODAH dan BERITA HAIRAN. rupa nya dalam banyak2 rakyat dah sedar.. ada lagi seekor mamat lembut ni x sedar.. sian3. kalau pondan 2 pondan jugak.. takut nak melawan..(hey.. where’s ur ball??)

Ali : Ingatkan akhbar pembangkang sahaja yang penuh emosi, rupanya ade pengikutnya di UM…

12 10 2008
fireroll

salam ali.
aku ni kwnalan lama ko kat kmm dulu.
aku masih di ukm bangi.

aku tertarik dengan topik ni.
memang media alternatif begini ada agenda tersendiri yang sentiasa memutarbelitkan keadaan.
pasal ranking THES, bagi aku ranking universiti tempatan semakin baik, tak kira UM, UKM, USM, SPM atau UTM (walaupun USM jatuh sikit), tapi itu sejajar atau melangkau dengan usia dan perkembangan drastik institusi kita. Untuk meningkat, ia memakan masa, tetapi bukan hanya dengan menunggu tetapi dengan usaha dan amal. Tapi jika itu tak dikejar, tak mengapa, rasa tak terlalu penting, yang penting adalah maruah dan kemampuan kita.

Lagi-lagi dengan isu semasa politik tanah air yang bergelora sebegini, ada sahaja topik atau berita yang seboleh-boleh dijadikan ‘bulu tangkis’ seperti yang ko katakan.

Media-media seperti itu memang tak dapat nak dijadikan bahan rujukan apatah lagi bacaan. Ditulis tanpa usul selidik dan hanya mengikut emosi membantu diri sendiri dapat apa yang mereka mahukan.

ApiGolek:
http://fireroll.blogspot.com

Ali : Nama pun akhbar politik…

12 10 2008
maisarah

UM sentiasa di hati ku……I LOVE UM…..^_^

15 10 2008
man

we are not emotional.. but we hav the sensitivity.. not like u.. because u r not naturally a guy(biologically yes) that y u r afraid to say the truth( this proven that u realy dont hav 2 ball..haha)

Ali : Bukan sekadar emosional, malah mengaku hati dan nalurinya sensitif… huhu!

22 10 2008
niknazimi

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum ‘pendatang’ lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang ‘pendatang’ yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini – ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi “Melayu!” tetapi hati berbisik “Saya dahulu!”

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak – mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya – untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

18 01 2012
mohd fuat

Salam saya sokong seratus peratus. Jika nafsu beraja dihati maka akal dan hati pun mati. Demi kesenangan dunia dosa pahala ditolak tepi apa lagi nak mempertahankan bangsa.Sedih mengenangkan pemimpin negara kita mejadi tamak haloba sehingga lupa tanggungjawab mereka yang sepatutnya.Ada bijak pandai tapi mengenepikan hukum Islam….selagi mereka tidak sedar matlamat asal dan ikhlas dalam perjuangan negara yan kita cintai ini akan porak-peranda dan yang paling rugi kaum bumiputera….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: