Melompat dengan Coca-cola

12 10 2008

Coca-cola 1 tin bersamaan 355ml.

Ia mengandungi gula yang banyak, yang boleh memudaratkan.

Berapa banyak? Tidak diberitahu. Hanya diberitahu kandungan kalori; 42kcal/100ml.

Ataupun, darab 4.18, bersamaan 175.56 kJ/100ml. (1 kcal = 4.184kJ).Maknanya, satu tin cocal-cola mengandungi 632 kJ tenaga.

Anggaplah inilah gula yang harus digunakan supaya tidak memudaratkan. Katakan kita lompat-lompat untuk menggunakan gula ini. Seorang yang berat 75 kg, jika melompat 0.5 meter lawan graviti, kerja yang buat ialah daya darab jarak iaitunya jisimnya darab pecutan graviti darab jarak, atau 75 kg × 9.8 ms -2 × 0.5 m = 367.5 J.

Jadi, untuk menghabiskan gula dalam coca-cola setelah diminum satu tin, die harus melompat-lompat seperti itu 632000 ÷ 367.5 = 1695 kali!

Sumber : Prof Wan Ahmad Tajuddin, Jabatan Fizik, Universiti Malaya.