Entri ini mengambil masa yang sangat lama untuk ditaip.
Mengapa? Kerana sepanjang entri ini ditulis, diri ini berada dalam keadaan yang tidak stabil. Maka, walaupun idea untuk ditulis itu sungguh banyak, empangan minda ini tetap menghalangnya daripada mengalir keluar.
Debat Kepenggunaan telah diadakan di MMU Melaka pada 17-20 November lepas. Debat ini penuh kekangan, lantaran minggu-minggu akhir ini menuntut penumpuan terhadap 1001 perkara.
Setelah tamat majlis penutup tempoh hari, perasaan saya bercampur baur. Natijahnya, saya dilanda keadaan kemurungan. Tidak seronok untuk murung dan sedih sebenarnya.
Sekali lagi kem UM dilanda kesedihan. Kali ini, buat kali ke-3 berturut-turut, pasukan UM terkandas di pusingan separuh akhir. Pertama dengan UiTM di Debat Alam Sekitar, kemudian UTP di Debat Kemerdekaan, kali ini UIAM melenyapkan impian kami. Yang menariknya, pasukan yang mengalahkan kami, pasti menggondol gelaran juara kejohanan.
Diri ini sudah tidak larat sebenarnya menanggung kekalahan. Penat! So close but so far! Tetapi, jika difikirkan kembali, saya perlu bersyukur atas banyak perkara. Paling penting, percapaian UM begitu konsisten di separuh akhir. Saya juga perlu bersyukur kerana pernah dianugerahkan peluang yang begitu banyak di pentas final. Ada pasukan yang baru sekali merasa pentas itu, ada yang tidak pernah langsung, malah ada yang tidak berkesempatan menjengah pusingan suku akhir.
Edisi kali ini juga membenarkan aku menikmati detik-detik terakhirku sebagai seorang pendebat. Inilah peluangnya untuk mengecapi kemanisan berinteraksi dengan seluruh komuniti debat; pegawai MADUM, hakim, pendebat universiti lain. Setelah sekian lama berada dalam arena ini, aneka ragam pendebat yang sudah saya jumpa. Ada yang positif, tidak kurang yang negatif. Ragam inilah yang memberikan tafsiran kepada saya, yang mana kawan, yang mana sahabat.
Penghargaan tidak terhingga atas pengorbanan tanpa hadnya oleh Maisarah sepanjang Debat FOMCA kali ini. Saya ajak die berkongsi dunia debat ini, dan moga ia memberikan pengalaman berharga buatnya. Yang pasti, kek coklat ‘GOOD LUCK’ yang dikongsi bersama dengan ‘kontinjen itu’ telah memberikan tuah. Terima kasih, kerana tatkala diri ini terlalu terluka, awak ada sebagai pengubatnya. Entah apa yang saya nak buat kalau awak tak bawa saya jalan-jalan malam tu. Syukran jazilan.
Tidak puas sebenarnya, 4 hari di Melaka. Biasanya, hari Isnin, baru tamat pusingan separuh akhir. Namun, kali ini, tengah hari Isnin adalah waktu perpisahan semua pendebat. Laju benar masa berlalu. Berminggu-minggu detik ini dinantikan, setiap saat dinikmati, kesudahannya kesedihan yang diperoleh.
Saat paling manis bagai terpadam, apabila melihat senyum di muka insan-insan tersayang luput, dek perjuangan yang tamat begitu rupa. Sudah saya katakan, saya sudah penat dengan kekalahan. Saya sudah penat melihat muka kecewa Azizul Hakim dan Zul Fadhli. Saya sudah penat melihat wajah sedih Azri Zahier, yang bersama-sama saya menempuh ketiga-tiga kekalahan ini. Penat!
Namun, benar kata Maisarah. Tatkala saya di tahap sebegini hina, saya perlu bersyukur kerana masih ada insan yang menjulang saya tatkala saya dalam kesedihan. Terima kasih kepada sahabat setia dalam dunia debat, sokongan kalian amat diperlukan dan dihargai. Benar juga kata-kata ini:
WINNING DOESN’T ALWAYS MEAN BEING FiRST, WINNING MEANS YOU’VE DONE BETTER THAN YOU’VE DONE BEFORE
Rangkuman edisi Debat FOMCA kali ini, saya seperti tidak mahu meninggalkan MMU, saya tidak mahu tinggalkan bumi Melaka, saya tidak mahu meninggalkan semuanya sebagai satu memori. Namun, itu ibarat mengejar fatamorgana; semakin dikejar, semakin ia tiada. Cukuplah Tuhan kurniakan ia sementara, agar ia menjadi detik-detik manis yang dihargai…
there still another hope. I belief you may make it.
God let u test the bitterness then only sweet.
We are all with you.
lain kali sy minta ” SOTONG GORENG TEPUNG & SIAKAP 3 RASA ” ek…mane tahu lebih tuah nya…haha…dgn p/s : jgn nk murung lebih-lebih….all da best VIVA arini….kim slm skandal sy…kui kui kui….
sabar byk2 ye abg ali… yg penting,ure da besh!! =)
Ali : Thanks atas dorongan…
bang,jgn bersedih…pepatah jepun ada kata.”JIKA ANDA GAGAL UNTUK KALI KETUJUH,CUBALAH UNTUK KALI KELAPAN”…so, kejayaan pasti ada…yang penting, Ali Asyraf adalah pendebat senior yang paling istimewa yang kami pernah jumpa…huhuhu…TQ..anda juga adalah pendorong buat team UPNM yang pertama kali break quarter…hehehe
Ali : Thanks. Really appreciate your response…
mungkin rezeki UM di royal
whatever UM still rock, dis is a fact, no one can beg to differ
Good coaching, never ending supply of great dbters
UM rulezzzzzz
Ali : Thanks. Doakan kami…
“…tatkala diri ini terlalu terluka, awak ada sebagai pengubatnya. Entah apa yang saya nak buat kalau awak tak bawa saya jalan-jalan malam tu.”
“….saya tidak mahu tinggalkan bumi Melaka,….”
ungkpan ni ditujukan khas kepada cik maisarah razali…huhuhu…
utk ali…don’t b so sad…jgn murung2…exam dah nk dekat…
good luck n all the best…
Ali : Baiklah Yan!
Amati punca kelemahan segalanya kerana sekecil-kecil kesilapan mungkin membawa padah yang amat besar and it should be ” SO NEAR YET SO FAR “.
Am I right maisarah????????
Ali : Kenapa tanya Maisarah ni?
hehehehe… suka baca komen di atas..
biasalah tu, jangan lah murung2. ilek2 aja..
“manusia merancang, ALLAH merancang, sesungguhnya perancangan ALLAH lebih sempurna (baik) daripada perancangan manusia”…
so, anggaplah ini sebagai satu dugaan dalam hidup abg… hehehe… tp, tak boleh bayang muka abg ali sedeyh macam mana.. hehehehe…
Ali : Berat mata memandang…
tak per lah abg ali… mungkin rezeki di tempat lain… abg ali tetap best bg saya… sapa tak kenal abg ali…
anyway thanx 4 your support …teruskan perjuangan
Ali : Thanks syuk! Tahniah atas penganjuran. Btw, kau kata, sahabat baik ko dah mantap. Ko, bile lagi?
yup..apa2 pun, tahniah,,
mgkin belum rezki abg lg, tuhan tu slalu bg apa yg kta perlu, bkan yg kta mahu.. msti ada hkmah kan..
btw, thanx a lot..
Ali : Thanks siddiq! Teruskan perjalanan…
x suruh pown abg ali tinggalkan bumi melaka…
yang penting,betul…terlalu ramai yang menyanjungmu..dan ape yg dilakukan adalah cukup baik.ingat,cukup baik,sebb abg ali pernah terbaik…pernah kan…?
u r the best
Mungkin rezeki ada diwaktu lain. Namun rezeki berada di kelompok teratas mungkin juga merupakan rezeki buat kita.
Ingatlah, terkadang Allah tidak mahu berikan kita kemenangan takut kita riak dan melupakanNya.
Pasti ada hikmahnya kita dikurniakan rezeki itu. Senyumlah kerana ianya penawar segala kedukaan
You will bounce back even stronger for your final appearance.
Nama diberi Ali . Mengenangkan kembali pahlawan perkasa bergelar Muhammad Ali suatu ketika dahulu.
Tiada siapa yang mampu merampas takhtamu sekirannya segala hikmah tuhan dihargai
We are all with you ! I pray hard that you will make it for the final appearance !
MEMOIR DEBAT ALI ASYRAF ! Biar kita kenangi selama-lamanya.
Nama terpahat antara legenda UM tidak ternilai !
Ali : Thanks Shen Yee Aun.