Otak digerudi…

24 10 2008

Tempoh hari, saya ada berikan satu soalan, ramai juga yang cuba untuk jawab.

Ada seekor beruang. Beruang ini berjalan satu kilometer ke arah selatan, kemudian satu kilometer ke arah barat, diikuti satu kilometer ke arah utara. Akhirnya, beruang ini kembali ke titik asal tempat ia mula berjalan.

Soalannya : Apakah warna beruang itu?

Antara jawapan yang saya terima termasuklah :

mysarah : tak ade warna…

kudozu : warna coklat

Eddy : sah2 lah putih

arbaktun : putih kan?

farahana : apakata kalau ko bagi je jawapan?

ghazly : hitam

masy2k a.k.a ayah : siapa jawab betul dialah beruang berkenaan sebab itu kurang yang cuba memberi jawapan

budak epal : pink!!!!

mamat : jawapan aku putih. sebab ape? sebab beruang kutub berwarna putih. sebab ape? sebab ape ek? er.. sebab, even die berjalan 1 km ke selatan, 1 km ke barat, 1 km ke utara ke, x kisah la, sebab beruang tu ade kat kutub. er.. boleh terima x?

Jawapannya, putih! Mengapa? Begini ceritanya…

Satu-satunya tempat yang seekor beruang boleh berjalan ke arah selatan, barat dan utara dan kembali ke titik yang sama adalah kutub utara. Dan beruang yang ada di kutub utara hanyalah beruang kutub yang berwarna putih.

Sebenarnya, tidak kisahlah beruang tersebut bergerak 1km atau 5km atau 100km sekalipun ke arah barat — beruang tersebut sebenarnya bergerak pada jarak yang tetap dari kutub utara.

Namun, ada satu lagi tempat yang jika berjalan ke selatan, barat dan utara, boleh kembali ke titik asal selain di kutub utara, iaitu di kutub selatan, tetapi kaedahnya berbeza sedikit. Yang penting, di kutub selatan a.k.a Antartika, tiada beruang ya! Yang ada hanyalah penguin….