As you go through life you’ll see
There is so much that we
Don’t understandAnd the only thing we know
Is things don’t always go
The way we planned
Petikan di atas ini adalah lirik sebuah lagu. Memang benar apa yang dicoretkan lagu ini.
Hidup sangat kelam-kabut sebenarnya. Semuanya berpunca daripada kerani yang key-in borang permohonan saya untuk posting telah tersilap taip. Teruk sangat ke tulisan saya dalam borang itu? Kesilapan kecil begitu, kesannya begitu besar. No wonder ada tangan budak kecil terpaksa dipotong akibat kecuaian doktor di hospital.
Kesannya, surat saya tidak sampai ke rumah. Lantas saya buat panggilan ke pihak berkenaan, dan disahkan saya mempunyai giliran dalam temuduga itu. Itupun saya dail nombor sejak pagi, petangnya baru mendengar suara.
Satu masalah selesai : saya tahu saya dapat ke temuduga. Surat dari pihak universiti? Nasib baik kakak kaunter fakulti sains tu baik hati, hendak juga tolong saya yang dah kelam-kabut ni. “Selasa nanti, ambil surat ini ya!”
Tetapi, saya tetap kena ambil surat itu, di Putrajaya. Malas nak komen panjang sebenarnya.
Saya bukan tidak tahu perit kerja di sektor awam. Ibu bapa saya juga sebahagian daripada sektor awam Malaysia sejak lebih 20 tahun lepas. Tetapi, pinta saya tolonglah cekap dalam membuat kerja. Alhamdulillah, ibubapa saya tidak pernah tersilap taip, yang boleh membawa kepada masalah begini.
Kalau hendak jadi cikgu, bukan kerana gajinya semata-mata. Kalau hendak jadi doktor, bukan kerana gajinya semata-mata. Kalau hendak jadi kerani, bukan kerana gajinya semata-mata. Ini dikira tanggungjawab sosial juga!
Baru lepas viva, ingatkan boleh rehat sedikit! Rupa-rupanya…
sabar ali, setiap kejayaan lelaki, “ada seorang wanita dibelakangnya”.
er, ade pompuan ke kat belakang ko?
huh? ade kaitan ke?
Ali : Itu semua cikgu-cikgu SMAPK… erm, semuanya memegang title ‘Puan’…
owh.. baik, dah faham.
berusahalah.
ali …aku x dapat lagi…semua yang hantar hr tu dh dapat…ak x dapat lagi..waaaaaaa..adekah ak bakal mengalami masalah yg sama mcm ko..
tolong le aku… ali nak no tepon yang ko call hr tu..help me… ak tgh melalak ni…huhu.. antau kat no celcom ak k..
Cam pernah dengar cerita ni!!!!! Puas Memanjat tangga JPNJ ambil surat yang alamatnya 1036 Jalan Yahya Awal Tapi Last-Last SHAH Pekan Juga Dia Pergi Tak juga Ke SMKA Johor Bahru
BTW Janganlah terlalu emosi plak jangan nanti susah payah settle perkara tu Last-last sambung belajar! Nasib baik nama ko ALI kalau lain lama dah ……….. dan kenapalah KERANI tu ada garisan “as what we call Underlined” and mind you thats underlined is a verb!!!!!
Ali : Aku dibidas ayah sendiri!
masyuk giler ali kena pangkah