1. Anda tahu time zone? Tahukah anda, time zone yang paling banyak penduduknya ialah GMT+8, merangkumi Taiwan, China, Malaysia dan sebagainya. Dipercayai, sebanyak 1.375 billion manusia tinggal di time zone ini.
2. Nama bandar yang paling panjang di dunia ini ialah Krungthep Mahanakhon Amorn Rattanakosin Mahintara Yudthaya Mahadilok Pohp Noparat Rajathanee Bureerom Udomrajniwes Mahasatarn Amorn Pimarn Avaltarnsatit Sakatattiya Visanukram Prasit. Bandar ini lebih dikenali dengan nama Bangkok, Thailand.
3. Hanya 11 peratus daripada permukaan bumi ini, digunakan untuk tujuan pertanian.
4. Kawasan paling kering di dunia ialah Arica, di negara Chile. Jumlah hujan tahunannya ialah 0.76mm setahun. Negara kita? Lebih kurang 2000mm.
5. Kawasan yang paling banyak menerima hujan pula ialah Lloro, Colombia. Nilai hujan tahunan, 13000mm.
6. Terdapat banyak jenis fobia di dunia ini, termasuklah Hippopotomonstrosesquippedaliophobia. Ini fobia terhadap apa ya?! Hippopotomonstrosesquippedaliophobia ialah fobia terhadap perkataan yang panjang.
Anda mungkin tidak tahu bahawa:
7. Rasa yang berlainan boleh dikesan di seluruh bahagian lidah. Semua orang sangka rasa tertentu boleh dirasai oleh bahagian tertentu lidah sahaja, kan?
8. Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh deria kesakitan di lidah, yang diransang oleh bahan kimia dalam makanan pedas seperti cili. Sebab itulah, rasa ‘pedas’ boleh dirasa oleh tangan, esofagus dan perut.
9. Beruang Koala bukanlah sejenis beruang, ia adalah dari jenis marsupial, sejenis dengan kanggaru.
10. Angkasawan di dalam ISS tidak merasai “graviti sifar”. Apa yang berlaku ialah mereka merasai “jatuhan bebas”
11. Sebenarnya, cermin bukannya bersifat ‘songsang sisi’. Ia sebenarnya menyongsangkan ‘depan dan belakang’
12. Gurun Sahara ialah gurun panas terbesar di dunia. Namun, gurun yang terbesar di dunia ialah Antartik (kutub selatan). Kawasannya adalah kurang air yang boleh terus digunakan oleh tumbuhan dan haiwan, dan ini melayakkannya untuk juga digelar sebagai gurun.
13. Paus biru adalah haiwan terbesar di dunia. Namun, tahukah anda, berat jantungnya ialah 600kg, berat lidahnya ialah 3 tan, dan panjang organ pembiakannya ialah 2.4 m. Haha!
14. Lapangan terbang Qamdo Bangda adalah lapangan terbang yang tertinggi di dunia. Ia terletak pada ketinggian 4334 meter. (Ketinggian Gunung Kinabalu hanyalah 4101 meter!)
seronok la bace…dah jadi ala2 ensiklopedia dah….
fakta no 2:
sape la y gatal² letak nama panjang², sebut bangkok kan senang, ye x?
Ali : Tanya pada King Buddha Yodfa Chulaloke
fakta no 6:
fobia terhadap benda² panjang.. huh??!
Ali : Perkataan panjang la!
fakta no 7:
kalau orang y “panjang lidah”, mcm² die bleh rase, kan?
fakta no 9:
marsupial: teringat citer kartun marsupilami
fakta no 11:
biar “songsang depan dan belakang”, jgn “songsang ikut belakang”.. huh??!
fakta no 13:
ish, saiful bokhari (bukan mohd bokhari) mesti suka fakta ni.. huh??!
p/s: kebenaran telah diperoleh dari teman serumah untuk melobi nama beliau.
Berilmu, berpengetahuan bersama cikuga ALI
Angkasawan di dalam ISS tidak merasai “graviti sifar”. Apa yang berlaku ialah mereka merasai “jatuhan bebas”
statement di atas telah menyebabkan sy kene tgk channel 551-556 selalu….xkire…ape2 pun sy tetap nk menang tau..huahuaua…
hmm… sangat menarik.. ali asyraf dah menjadi pengumpul bahan2 fakta…
4. “kesian doe rakyat kat situ,, kita yang banyak menerima hujan pun, dah panas giler…” syukur
9. Beruang Koala bukanlah sejenis beruang….
– dah beruang koala, sah2lah beruang….
kalo ayam belanda adalah itik, pelik tak?
12. ” apa pendefinisian gurun? ”
Ali : Ikan paus bukan sejenis ikan kan?
TQ for da facts =]
wah!first time komen kat tempat abg ali..
urmm..
bkn 21 fakta menarik ea sepatutnye??heheheh
anyway.TQ
pas ni,panggil abg ali,abg ensiklopedia…
=]
Ali : Thanks Adam! Tak larat la nak cari 21 fakta…
Entri yang menarik dan bermaklumat. Tahniahlah ali! Sama terang dan jelas dengan penerangan yang telah dibuat oleh ” BERUANG ” warna putih dalam Gerudi Otak tu. Teruskan Usaha anda
gurun: kawasan yang luas dan kering
(Kamus Dewan Edisi Keempat 2005: 492)
menjawab soalan x?
p/s: betul la fakta no.12 tuh.
fakta 14.
mcm mana kapal terbang yg mendarat tu melawan rintangan angin utk tmpt setinggi itu?
atau..ade penerangan lain?
kudozu, kapal terbang tu lawan dengan kuasa super saiya kot?
ehmmm..terasa abg ali nie mcm duta kat astro yang budak pompuan tue je….he3
weiXx tlng aQ jap,rr stiap thun gnung Kinabalu mningkat ker ktinggian nya??brpa inci rr knun??hahaa
Ali : Tak berapa pasti la…