Tadi baru berdebat dengan ayah sendiri. Tentang apa? Beliau tidak puas hati dengan fakta : Tembok Besar China tidak boleh dilihat dari bulan. Katanya, fakta sebenar ialah ‘binaan manusia yang boleh dilihat dari angkasa dan bukannya bulan’.
Saya tersenyum.
Perkara ini bermula dengan kartun di rancangan Ripley’s Believe It or Not pada Mei 1932 yang mengatakan tembok ini sebagai the mightiest work of man, the only one that would be visible to the human eye from the moon dan disokong oleh Richard Halliburton dalam bukunya Second Book of Marvels pada tahun 1938.
Anehnya, bagaimana pendapat tersebut boleh dikeluarkan, sedangkan manusia pertama ke angkasa lepas ialah Yuri Gagarin pada 1961 dan manusia pertama ke bulan pada 1969. Aneh bukan.
Kalau benarlah, andainya ia boleh dilihat dari angkasa, katakanlah dari ISS, tembok besar China tetap tidak akan menjadi satu-satunya binaan yang boleh dilihat, jalanraya pun boleh dilihat, bukan?
Kalau katakanlah, my father said that Tembok Besar China adalah satu-satunya binaan manusia yang boleh dilihat dari angkasa dan dikenalpasti oleh pemerhati, Palm Jumeirah pun boleh dikenalpasti, kan?
(Entri ini tujuannya sebagai hujah beladiri, sebelum dibidas ayah sendiri… haha!)
ayah ada masuk main blog juga ke?
Ali : Dia tiada blog. Tetapi rajin singgah di sini…
kalau aku p bulan, aku nak tgk bulan la, mesti besar.. huh??!
kalu g bulan nak tgk bulan?
jadi, aku di bumi dan sedang tgk bumi..?
aik…sempat ke CC ke utk update blog??..wah..gigih sungguh mamat ni… sentap jap bile buka “CETUSAN IDEA” ni ade entry terbaru….
ape2 pun sy tetap sokong ” SAIN-TI-FIK PERSON”yg berkata -kata…lebih-lebih lagi seorang” GURU SAINS”…iyo tak En debater….huhu….
^_^
x mamat x untuk kudozu:-
mestilah, sebab kite kan ade kat bumi. haha. nah, tengok la, besar x?
To Settle This Matter Lets Go To The Moon ……… Hopefully Ariff will get it right
Ali : Motif?
i guess agree with your point..
aiyoo.. maisarah memberi komen balas untuk mem back-up tuan punya blog, bukan back-up kes yang diutarakan… good…. 😛
Hopefully areef will grow up and see for himself be it yes or no “the great wall of china can be seen with the naked eye from space”
Ali : Perlu ke masih tidak puas hati? Terimalah hakikat, it can’t be seen from the moon…
eddy sengal la komen tu..
there is a reason y the words “sain-ti-fik” n “guru sains” …am i rite En Ali??..huhuu….^_^
Bukan X Puas Hati Sekadar Melafazkan Doa Buat Areef Semoga Beliau Kalau Tak Mencapai Tahap Yang Disebutkan Mengatasinya Pun Jadilah Sekali Gus Mengatasi AM AA Dan NA
Watch My Words Before, Now And Hopefully Tomorrow You Might Learn Something My Boy
Ali : Baik!!!! Haha!
sekalipun tembok besar china takleh nak lihat dr bulan, sebenarnya tembok besar tu memang sangat mengagumkan. punyerlah panjang+tinggi+besar… aku sempat naik sampai menara ke 6 je kalau ikut laluan dr beijing… besarnya kekuasaanNya yang mencipta manusia untuk mencipta tembok ajaib itu…
Ali : Setuju!
sekadar berkongsi..Yuri Gagarin adalah manusia ketiga ke angkasa lepas, selepas Nabi Isa dan Nabi Muhammad
Tapi semua bangunan yang hebat2 ni dibuat dgn keperitan, kepedihan, keseksaan(btul ke pkataan ni) dan kesusahan masyarakat masa tu. Adakah pemerintah masa tu tak fikir hak asasi manusia tersebut atau dah memang itu keje manusia2 tu utk buat bangunan2 tu?
p/s: Paham tak ayat tu? xtau camne nak ty.