Sudah-sudah la dengan PPSMI

26 11 2008

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah selalu kita dengar. Kadang-kadang naik muak apabila isu ini dipolitikkan.

Bukan niat saya untuk menentang pejuang-pejuang bahasa kebangsaan seperti Prof Awang Sariyan dan sebagainya. Tetapi, sudah-sudahlah dengan sikap menentang dasar ini.

PPSMI ini adalah cetusan idea Tun Dr Mahathir. Tidakkah kita belajar daripada Tun Dr Mahathir ini? Dahulu, tatkala beliau ingin membina jambatan P.Pinang, ramai yang membantah. Namun, lihatlah sekarang! Hendak dibina jambatan kedua pula. Sama juga dengan KLIA dan Litar F1 Sepang.

Ya! Isu keciciran adalah alasan biasa pihak-pihak yang menentang perkara ini. Persoalan saya, sehingga bila? Semasa dilaksanakan dalam BM pun, ada juga isu keciciran. Adakah jika menggunakan Bahasa Isyarat, barulah isu keciciran ini selesai?

Kalau hendak dikatakan tercicir, banyak sahaja pelajar melayu, baik di kampung, bandar, FELDA, sub-urban dan sebagainya yang menghafal lagu Jason Mraz. Apa yang tercicirnya?

Dan sehingga ke saat saya menulis ini, pandangan masyarakat terhadap aliran sains dalam arena pendidikan masih lagi tidak berubah. Kata masyarakat, aliran sains ini hanyalah untuk si bijak pandai. Betulkan mentaliti dahulu sebelum asyik membantah PPSMI. Kalau hanya si bijak pandai sahaja yang boleh belajar sains, wajarlah PPSMI ini sebenarnya, biar si bijak ini terus bijak. Yang tidak bijak, jangan kata yang anda akan tercicir. Kalau tidak berusaha, memanglah sepanjang masa anda tidak ke mana.

Alasan klise lain, “Jepun, Perancis, Jerman, semuanya berjaya menjadi negara yang hebat teknologi dengan bahasa mereka sendiri”. Baik! Kalau negara kita, semasa perang dunia ke-2 sudah mempunyai pesawat pejuang sendiri, alasan ini boleh diterima. Tetapi hakikatnya, tidak.

Kita boleh tiru langkah orang Eropah dengan membuat terjemahan buku-buku org Arab kepada bahasa mereka. Permasalahannya, sains pada masa itu tidak sepantas hari ini. Kalau hendak tunggu terjemahan, sampai bila kita hendak ditinggalkan. One day, Pluto is considered as a planet. The next day, Pluto is not a planet anymore. Got my point?

Saranan saya, sudah-sudah la dengan PPSMI. Teruskan sahaja dengan idea Tun Dr Mahathir ini. Kerana sepanjang pemerhatian saya, yang membantah PPSMI adalah pejuang bahasa, ahli politik. Ada saintis yang membantah perkara ini? Tidak ada.

Hanya jauhari mengenal manikam…





Syurga yang hilang

25 11 2008

Hidup indah selalu digambarkan seperti hidup di dalam syurga.

Ya! Semuanya ada untuk kita. Makan, minum berehat dan sebagainya.

Kalau kita kata ‘rumahku syurgaku’, kita menggambarkan betapa rumah kita memberikan segala-galanya kepada kita.

Natijahnya kita hidup selesa.

Namun, malam tadi, saya terpandang dan terfikir sesuatu. Ada ‘syurga’ sudah hilang.

Jika dahulu, ‘mereka’ ini bahagia, ibarat dunia ini syurga. Segalanya terhidang di depan mata, hanya memilih mana yang ada.

Malam tadi, ‘mereka’ merintih melihat saya. “Tolonglah kami, syurga kami sudah hilang. Semuanya sudah berubah.”

Kasihan saya. Tatkala semua mahasiswa balik ke kampung, berbahagia bersama-sama keluarga, ada juga ‘mereka’ yang merana.

Hendak tahu apa yang saya maksudkan?

Haha! Saya kasihan melihat kucing-kucing di kolej saya. Masa cuti begini, tiada student, maka tiadalah makanan untuk mereka. Kasihan bukan? Syurga telah hilang…

En Tiger

(gambar ini adalah En Tiger semasa die masih kecil. En Tiger adalah kucing kesayangan keluarga saya. Haha!)





Harga Minyak jadi isu…

24 11 2008

oil_drums_450

Isu harga minyak sering dijadikan isu oleh semua pihak, baik kerajaan, NGO, parti pembangkang, rakyat dsb. Malah, sebuah debat perdana yang disiarkan secara langsung di televisyen juga berkisar tentang harga minyak.

Benar, harga minyak mentah dunia sudah turun. Saat saya menulis entri ini, harga minyak adalah sekitar USD50 setong. Harga petrol RON97 di pasaran Malaysia pula berada pada RM2.00 seliter.

Beberapa analisis tentang harga minyak telah dibuat, baik oleh yang pakar, mahupun yang pandai-pandai jadi pakar minyak. Paling saya sendiri tidak boleh terima, apabila harga minyak petrol dikira secara terus daripada setong minyak (159 liter). Kalau guna formula itu, harga minyak sekarang ialah RM1.14 seliter. Ya! Ini harganya kalau dikira secara terus. Namun, hakikatnya, petrol yang terhasil daripada setong minyak ini adalah 73 liter sahaja, tidak sampai separuh pun! Malah, dalam banyak-banyak produk minyak, inilah hasil tapisan yang paling berharga. Maka wajarlah harganya lebih mahal berbanding bitumen, kerosin, diesel dan sebagainya. Ditambah lagi dengan ‘bahan perasa’ dalam petrol; formula lebih kilometer, teknologi infiniti, TECHRON dan macam-macam lagi. Keuntungan syarikat juga perlu diambil kira, takkanlah syarikat-syarikat minyak ini tidak mahu keuntungan?

Kita abaikan kira-kira itu tadi. Saya seru kepada semua, jangan terikut-ikut kepada maklumat/blog yang suka-suka hati mengira harga minyak menggunakan formula itu.

Kita analisis guna logik akal. Harga minyak mentah pada Ogos 2005 adalah sekitar USD60 setong, dan harga pasaran Malaysia adalah RM1.52 seliter. Maka, sewajarnya, inilah harga yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Saranan ini saya petik dari harakahdaily.net. Namun, perlu diingat, harga RM1.52 itu tatkala kerajaan belum melaksanakan pengurangan/penstrukturan semula subsidi dan pemberian rebat. Akibatnya, harga minyak perlu untuk sedikit tinggi berbanding RM1.52 seliter itu.

Ada pihak mempertikaikan, mengapakah kerajaan sangat drastik menaikkan harga petrol (Jun 08: RM1.92/liter kepada RM2.70/liter) namun mengambil masa yang cukup panjang untuk menurunkannya. Perlu diingat, kerajaan menentukan harga berdasarkan harga purata di pasaran dunia selama tempoh dua minggu. Maka, penurunan yang sedikit menggambarkan tindakan berhati-hati kerajaan dalam isu harga minyak ini.

Namun, tatkala harga minyak naik dahulu, kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga. Kenaikan harga RM1.92/liter pada Februari 2006 adalah semasa harga minyak dunia berada pada tahap USD70 setong. Sejak dari itu, harga minyak naik secara tetap sehingga mencecah USD135/tong, hampir sekali ganda, namun kerajaan mengambil tindakan mengekalkan harga RM1.92/liter sehinggalah kerajaan tidak tertanggung dan akhirnya kenaikan mendadak RM2.70/liter berlaku.

Semua orang ingin harga minyak yang murah. Semua orang inginkan harga barang yang murah. Barangan keperluan katanya. Namun, sudah tiba masanya untuk kita berjimat. Kalau syarikat-syarikat gergasi di dunia ini sudah mula mengurangkan kos dengan memperlahankan operasi, begitu juga dengan kita di Malaysia. Biarlah kerajaan dengan jawatankuasanya menentukan harga minyak.

Kepada rakyat Malaysia yang bertamadun, tolonglah sedar yang dunia dalam krisis sebenarnya.





Star Wars dan TARA

23 11 2008

Semua pendebat di IPTA seluruh negara sedang berhempas-pulas berlatih dan membuat persediaan. Baguslah! Tetapi, jangan terlalu fokus kepada latihan semata-mata. Hak-hak anda terhadap benda lain juga perlu diselesaikan. Lu pikirlah sendiri.

Usul sudah keluar. Research dan bedah usul sedang rancak diadakan. Banyak usul yang dicadangkan. Jujurnya, banyak usul yang nampak grand, tetapi wording di dalam usul tidak berapa sesuai. Usul yang perlu berat tiada perkataan pemberatan, usul yang tidak perlu sempit dikecilkan skopnya. Tetapi, itu yang menarik untuk perdebatan. Saya tidak mahu komen banyak tentang usul, nanti seolah-olah memberi mindset kepada sesiapa pula terutamanya hakim.

amazingraceasialogo

Apa yang saya hendak cerita kali ini adalah berkenaan season finale The Amazing Race Asia (TARA) musim ke-3. Saya rasa, ramai sudah maklum yang pasukan Malaysia, diwakili oleh Ida Nerina dan Tania Khan hanya mampu memperoleh tempat ke-3. Tahniah! Walaupun tidak menggondol gelaran juara, banyak pengajaran yang kita boleh belajar. Paling penting, jangan buat teammate anda stress dan tension!

theclonewars_logo

Selain TARA, saya juga sekarang ini mengikuti satu siri animasi terbaru di Cartoon Network. Hendak tonton di ASTRO, tiada kesempatan. Maka, teknologi internet digunakan. Muat turun sahaja siri ini di internet. Kepada peminat Star Wars, jangan ketinggalan untuk menonton siri ini.

Apa-apapun, semoga semua pendebat IPTA memberikan yang terbaik dalam debat diraja nanti. Ucapan khas good luck dan semoga berjaya buat semua…

(Entri ini adalah sekadar memenuhi masa lapang. Tiada idea sebenarnya…)





14 Nov 2008

15 11 2008

Hari ulangtahun ke-23.

269a03ab

Ibu call, die kata “takde berjamu-jamu what-so-ever” ke?

Tahun lepas, ibu memberikan saya a nice watch. Thanks mom! Masih ada lagi Seiko 5 itu hingga kini. Tahun ini? Ibu janji nak shopping baju sama-sama, tapi tunggu yul balik rumah dulu ya. Haha! Nak beli baju lagi best dari ayah punya tu, leh tak? Hehe…

SMS dari ayah, adalah SMS paling saya sukai. Simple, tetapi entah mengapa, itu yang melekat di hati. “851114-01-XXXX SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN semoga lahir pula kejayaan di bulan kelahiran mu ini”

Kaklong dengan Iqin pun wish gak. Nak robot Optimus Prime dari kalian boleh?

bday ke-17

Thanks also kepada Maisarah yang memberikanku sehelai kemeja-T yang cantik. Coklat gitu! Best! Thanks a lot.

Hadiah material lain. Rasanya tiada apa yang istimewa sangat. Tetapi, hadiah yang dihargai ialah ucapan rakan-rakan tanda ingatan. Thanks a lot kepada semua yang memberikan ucapan. Orang pertama yang memberi ucapan semalam ialah Ariffin Azmi dari UTM. Well E-pin, terima kasih! May Allah bless you always, ukhwah kekal sampai bila-bila, walaupun ko tak kahwin dengan sepupuku sekalipun. Haha!

Bday ke-19, serentak dengan Aidilfitri

Jamuan harijadi, diadakan serentak dengan jamuan akhir tahun pasukan bahas SMAP Kajang. Aku belikan kek sederhana, tanda ingatan kepada semua yang ada. Benar kata Otel, “Duit, makanan, semua boleh cari. Tetapi moment dengan depa tu yang tidak ternilai!”

img_0820a

Thanks kepada semua kekanak SMAP Kajang yang ada semalam; Mustaqim Malek, Hisyam Ghazali, Razin, Afiq Yasim, Hairul Izlan, Rashid, Atif, Fitri, Acap, Akmal Qushayry, Naim, Pyan, Wan, Faris, Syahmi (baik form 5 mahupun form 2). Juga tidak terhingga kepada Mohamed Zul Fadhli Khairuddin dan Mohd Hidayat Hambali. Nasi goreng cina + ayam masak lemon + omelette yang sedap. Ditambah dengan kek yang enak!

Saya semakin tua. Malas nak tulis jiwang-jiwang, saya bukan jenis itu.





Quantum of Solace

8 11 2008

AMARAN : Spoiler di dalam entri ini. Tidak sesuai untuk yang belum menonton.

qos-teaser

Malam tadi berpeluang menonton filem Bond terbaru. Di Cineleisure Damansara.

Daniel Craig kembali sebagai Bond (yang tidaklah hensem pun). Yang menariknya, filem ini merupakan lanjutan daripada Casino Royale, yang mana Bond menyiasat tentang organisasi yang diterajui oleh Mr White, seorang penjenayah yang ditangkap oleh Bond di penghujung filem Casino Royale.

Mr White

Mr White

Dari situ, bermula satu atmosphere filem yang sudah lama saya tidak rasa sejak Kiss of The Dragon; tiada seorang pun yang boleh dipercayai!

Watak antagonis dalam filem ini ialah Dominic Greene, seorang ahli pergerakan yang dinamakan Quantum, mempunyai syarikat utiliti, yang berselindung di sebalik wajah seorang pejuang alam sekitar. Greene bekerjasama dengan Jeneral Medrano, untuk memperoleh tanah serta kontrak membekal air bersih di Bolivia, sebagai pertukaran Greene membantu Medrano menggulingkan kerajaan Bolivia.

Greene

Greene

Bond sentiasa mengekori Greene. Dari Haiti, ke Austria, dan akhirnya ke Bolivia. Semasa menjejaki Greene, Bond mendapati ada seorang gadis bernama Camille yang rapat dengan Greene ini, namun Greene cuba untuk membunuh Camille, dan diselamatkan oleh Bond dalam adegan kejar-mengejar dalam motobot yang menarik.

Semua pihak menyangka, Greene ingin mencari minyak di Bolivia, malah semasa ‘mesyuarat’ pergerakan Quantum di persembahan Tosca di Autria, perbincangan yang didengari oleh Bond ini juga menggambarkan usaha Quantum untuk memperoleh minyak, kerana mereka berbincang tentang ‘pembelian paip’. Kebijaksanaan Bond, membolehkan beliau menjejaki ahli-ahli pertubuhan Quantum, namun kelicikan Mr White menyebabkan Bond gagal menyedari kehadiran beliau.

Bond mengekori Greene ke mana-mana sahaja. Dari Haiti, ke Austria, akhirnya ke Bolivia. Segala-galanya terbongkar apabila Bond mendapati bahawa bukan minyak yang dikejar oleh Greene, tetapi sumber bekalan air bersih Bolivia yang ingin didominasi.

Filem ini berakhir dengan Bond menjejaki semula kekasih Vesper Lynd, yang sebenarnya juga ahli kumpulan Quantum yang berpura-pura mencintai Vesper, agar beliau dapat mencari dana dan aset untuk Quantum. Kiranya, dendam Bond terbalas, mengetahui siapakah ‘kekasih’ Vesper Lynd itu, dan berjaya meng’kantoi’kan identitinya.

Namun, Mr White masih lagi terlepas…

Apa yang menarik tentang filem ini?

1. Aksi pantas berlawan, bertumbuk, kejar-mengejar yang membuatkan saya teruja. Paling menarik, adegan pembukaan filem, Bond dikejar dalam kereta Aston Martin DBS warna kelabu. Nak satu boleh?

spy-videos-aston-martin-dbs-on-set-for-i-quantum-of-solace-i

Untuk shooting adegan kejar-mengejar di awal cerita ini, enam kereta Aston Martin digunakan, sehingga musnah.

2. Watak James Bond ada karakter! Ego, determined, degil. Kalau sebelum ini, Bond seolah-olah macam robot, menerima arahan M, kemudian menyelesaikan tugasan.

3. Cerita ini merupakan lanjutan daripada Casino Royale, yang mana tiada filem James Bond sebelum ini yang bersambung-sambung.

4. Sebagaimana yang saya katakan, sudah lama tidak merasa filem yang mewujudkan perasaan “tiada siapa yang boleh dipercayai”.

5. Mula-mula dengar lagu Another Way to Die, macam tidak menarik. Tetapi, setelah dengar berulang-kali, sedap juga lagu ini!

6. Watak M sangat dominan dalam filem ini, tidak seperti filem Bond sebelumnya.

7. Sebagaimana filem Casino Royale, Bond tidak bergantung kepada gadget canggih ciptaan Q. Baguslah, menggunakan gadget canggih ni sangat klise bagi cerita ejen penyiasat.

8. Apa yang pasti, filem ini menggunakan daya cerap yang tinggi! Kepada pendebat, filem ini medan yang bagus untuk latihan cerapan!

9. Adegan gun barrel sequence kembali seperti filem James Bond yang klasik. Tetapi adegan ini, di hujung filem ya!

Apa-apapun, filem ini boleh menjadi satu naskhah yang sangat disukai, atau sangat tidak disukai. Bergantung kepada anda.





Al-kisah ‘Media Alternatif’ II

7 11 2008

Saya pernah tulis tentang ranking UM, dan harga minyak, yang isunya dimainkan oleh media alternatif ini.

Tidak cukup dengan isu-isu itu, harakahdaily bercerita pula tentang filem.

Kali ini, artikelnya bertajuk Ada apa dengan Eagle Eye. Penulisnya memang selalu menulis di harakahdaily, dengan nota kakinya ‘sekolah pemikiran kampung baru’.

Tetapi, saya kesal. Interpretasi beliau terhadap filem ini, kurang tepat. Salah faham telah berlaku. Lain kali tonton filem tu, kalau hendak buat entri, buat kajian dan catatan ya!

Mari kita semak satu persatu ya…

Kisahnya bermula ketika sekumpulan pasukan risikan tentera mahu membunuh seseorang pengganas yang bernama Majid al-Khoei. Apabila mereka berjaya mengesan kedudukan Majid, tiba-tiba sistem mengirim pesanan, imbasan bahawa sasaran yang mereka cari itu mungkin bukanlah pengganas.

Timbul perbalahan antara pasukan inteligensia, samada mereka mahu teruskan serangan itu atau tidak. Hal itu seterusnya dimajukan kepada Presiden Amerika. Presiden akhirnya cuma berkata, jika sasaran itu benar-benar Majid, maka kedudukan negara republik akan terancam jika sasaran itu tidak dibunuh.

Presiden tidaklah memberikan satu arahan mutlak. Bagaimanapun, pasukan inteligensia telah menarik balik serangan ke atas sasaran tersebut dengan alasan, mereka bimbang kalau-kalau orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Apa yang berlaku, sistem komputer memberi cadangan supaya misi dibatalkan, dan dipersetujui oleh Setiausaha Pertahanan, tetapi presiden As dalam filem tersebut memberikan arahan supaya misi tersebut diteruskan. Silap pemahaman ni.

Bagaimanapun, ketika arahan menarik balik serangan bom C4 diberikan, tiba-tiba sistem komputer tidak mengendahkan arahan pihak inteligensia itu. Sistem komputer ini, malah sebaliknya telah mencipta arahannya sendiri lalu tetap meneruskan serangan tersebut.

Kebenarannya ialah, komputer tetap melarang, namun disebabkan arahan presiden, cadangan oleh sistem komputer diabaikan dan bom dilancarkan. Dan saya rasa, bukan bom C4 yang digunakan, sebaliknya peluru berpandu dilancarkan. Silap pemahaman lagi ni.

Maka di sinilah bermulanya masalah yang ditimbulkan oleh Eagle Eye. Tetapi, perbezaan antara penggunaan bom C4 di dalam filem tersebut dengan penggunaan bom C4 di dalam pembunuhan wanita Monggolia itu ialah bom C4 itu digunakan melalui arahan manusia, sedangkan bom C4 di dalam filem itu diarahkan oleh sistem komputer.

Nyata silap. Pelancaran bom dalam filem itu juga dibuat oleh manusia, di mana saranan sistem komputer diabaikan. Silap fahaman untuk kali ke-n.

Rupa-rupanya dalam kejadian itu juga, seorang tentera inteligensia bernama Ethan Shaw telah dibunuh sistem Eagle Eye ketika beliau memberi arahan menarik balik serangan ke atas sasaran tadi. Ethan bukan dibunuh oleh manusia, tetapi sistem komputer!

Ethan bukannya cuba beri arahan menarik balik serangan itu, tetapi Ethan telah menghentikan keupayaan sistem komputer (yang bernama ARIA) itu untuk melaksanakan plan untuk membunuh presiden. Sebab itu ARIA perlukan Jerry untuk restore semula keupayaan ARIA. Salah tonton!

Eagle Eye menjalankan operasinya memantau pergerakan di seluruh dunia melalui satelit. Sistem ini berkebolehan mendesak mereka yang ada kepakaran tertentu untuk membantu Jerry dan Rachel. Ringkasnya, Rachel, Jerry dan semua manusia ini seolah-olah dijadikan sebagai bidak catur bagi menunaikan impian Eagle Eye untuk menukar kerajaan A.S.

Jerry bukannya catur, tetapi die adalah kunci yang membolehkan ARIA membunuh presiden.

Apabila kerajaan korup, maka rakyat itu berhak menumbangkannya. Saya hairan bagaimana penulis boleh mengiyakan pernyataan ini. Pemahaman penulis yang salah, sejak awal tontonan filem, telah menggambarkan sebenarnya komputer yang korup, bukannya kerajaan. Tiba-tiba setuju akan kerajaan yang korup!

Mungkin banyak sangat berfikir, sehingga penulis artikel itu gagal untuk mencerap.

Bak kata Prof Rahman Shaari, kalau rajin sangat membangkang, selamanya akan berada di baris belakang!





Main Video Game

7 11 2008

Sekarang, komputer sudah canggih-canggih. Boleh main computer game yang pelbagai. Kalau tiada komputer, sekarang sudah ada banyak console yang juga canggih. Siap ada memory untuk disimpan. PS2, PS3, Xbox, banyak lagi la yang tiada di rumah saya.

Video game dalam hidup saya bermula, apabila suatu hari (entah bila tarikhnya), ayah bawa pulang satu console, jenama Micro Genius.

micro-genius

Masa tu saya masih kecil lagi. Nak pasang pun kurang pandai. Rasa-rasanya, belum masuk sekolah lagi. Hendak main, kena pasang kat televisyen. Nak tak nak, orang lain terpaksa mengalah dengan kanak-kanak, tak boleh nak tonton TV semasa permainan sedang berlangsung. Atuk selalu marah. “Ha! Tengok ni, dah susah nak dapat TV1, ni sebab banyak sangat main game la!”. Tetapi, kami kanak-kanak peduli apa masa itu. “Ala atuk, takde kena mengena la video game ni dengan TV. Mak cik umah sebelah tu, anak die tak main game, TV1 teruk gak!”. Itulah jawapan biasa yang diberi. Budak-budak.

Nak main game, boleh! Tetapi kena ada katrijnya. Harganya? Mak datuk, mahal yang amat. Mencecah puluhan ringgit. Pada masa itu, puluhan ringgit itu nilainya tinggi. Sekarang ini, dengan RM10 sudah boleh beli DVD permainan baru.

128_game_catridge

Cara nak masukkan katrij, kena ketuk, tetapi jangan kuat sangat! Nanti rosak la game tu. Dah siap semua, baru boleh main game. Masa kecil dahulu, permainan ini meriah! Yang bermain hanya seorang dua, tetapi riuh penyokongnya, mengalahkan yang bermain.

Permainan kesukaan saya, sehingga kini tetap saya ingat ialah Super Mario Brothers 3. Mario kalau dapat daun, boleh jadi raccoon (masa kecil dahulu, kami panggil kucing). Kalau lari laju-laju, boleh terbang!

supermariobros3snes

Semua game Mario adalah menarik. Walaupun matlamatnya sama, iaitu untuk menyelamatkan tuan puteri dari Bowser a.k.a King Koopa, Nintendo telah memperkenalkan variasi versi Mario, yang pernah saya main. Tetapi, Mario 3 tetap jadi kesukaan! Tetapi, bila sudah ada emulator di komputer, barulah saya boleh tamatkan game ini sehingga ke penghujung. Mengapa? Kerana game ini sangat panjang, dan console yang saya gunakan itu tidak ada kebolehan untuk menyimpan game, tidak seperti kebanyakan console sekarang.

Selain Mario, saya pasti ramai yang pernah mencuba permainan-permainan lain bukan? Termasuklah :

Contra, game tembak-menembak. Selalu berebut po

Contra, game tembak-menembak. Selalu berebut power 'S' dengan ayah!

Street Fighter. Selalu nak buat power, tapi rumit la!

Street Fighter. Selalu nak buat power, tapi rumit la!

Donkey Kong

Donkey Kong

Ice Climber

Ice Climber

Popeye! Yang ini seronok juga. Tapi spinach itu kena jimat! Save the best for the last!

Popeye! Yang ini seronok juga. Tapi spinach itu kena jimat! Save the best for the last!

Kalau ada pistol, boleh main Duck Hunt!

Kalau ada pistol, boleh main Duck Hunt!

Banyak lagi rasanya, tetapi saya tidak ingat la. Zaman kegemilangan itu memang satu memori indah. Saya pernah bermain Super Mario 3 itu sampai kul 3 pagi, bagi budak kecil, pencapaian cemerlang la!

Kalau ditanya budak-budak zaman sekarang, bukannya mereka pernah lihat benda ini!

Tinggalkan komen anda ya! Kongsilah dengan semua, apakah game kesukaan anda. Ataupun anda tidak pernah mencuba?





Evolusi

6 11 2008

Saya pernah membaca buku karangan Harun Yahya, mengenai kejatuhan teori evolusi. Bahkan, Prof Madya Datuk Dr Azraei sendiri pernah berkata dalam kuliahnya betapa teori evolusi tidak boleh diterima, namun evolusi manusia adalah tepat.

Apa bezanya?

Teori evolusi oleh Charles Darwin mengatakan bagaimana semua organisma datang dari leluhur yang sama. Asal kehidupan daripada tindakan spontan kimia, yang menghasilkan sistem organisma seperti bakteria, kemudian berkembang sehingga ke hari ini. Teori yang pelik.

Namun, evolusi manusia (sebagaimana yang diceritakan oleh Pak Rae) di dalam kuliahnya adalah berkisar tentang bagaimana manusia mengalami perubahan demi perubahan, kewujudan pelbagai bangsa, mempunyai ciri-ciri fizikal dan budaya yang unik, yang semuanya datang dari leluhur yang sama; Adam dan Hawa.

Kesimpulan mudah : Jangan percaya teori evolusi Charles Darwin.

Seorang pensyarah di Jabatan Fizik Universiti Malaya, Prof Dr Wan Ahmad Tajudin Wan Abdullah adalah antara penulis blog yang berjaya mencuri perhatian saya (dan saudari Maisarah juga). Penulisannya banyak berkisar tentang persoalan-persoalan yang gagal dijawab oleh teori evolusi. Mari kita lihat, beberapa persoalan yang beliau timbulkan :

1. Dari mana kucing belajar mengambus najisnya?

kucing-bertandas

2. Buah rambutan mempunyai rambut. Kalau benar teori evolusi, apakah kepentingan rambut buah rambutan dalam menentukan kemandiriannya?

3. Mamalia yang datang bulan (datang haid) hanyalah manusia. Mengapa?

4. Survival of the fittest adalah tautologi. Tautologi itu merupakan suatu bentuk pengulangan. Survival of the fittest itu merupakan prinsip utama teori evolusi. Maknanya?

Blog seperti ini, barulah cetusan idea namanya? Tetapi, jangan bandingkan saya dengan beliau ya! Beliau ada PhD dari University of London, pada 6 November 1985. Saya belum lahir lagi ketika itu!

Kurikulum pendidikan kita perlu semakan. Perincikan penerangan teori evolusi dan buang fakta yang mengatakan Pluto adalah sebuah planet. Peliknya, PAS acapkali mengecam dasar pendidikan, terutamanya PPSMI, tetapi tidak pula sedar akan perkara ini. Nampak sangat kecamannya atas emosi, bukan atas kajian menyeluruh. Kalau tidak, sudah lama PAS membongkar isu ini, bukan?





Fakta Menarik III

5 11 2008

1. Perkataan ‘Karaoke’ berasal daripada bahasa Jepun, yang bermaksud orkestra kosong (empty orchestra).

800px-shirt

2. Butang baju lelaki biasanya di sebelah kanan, manakala butang baju perempuan pula di sebelah kiri. Cuba semak baju anda!

3. ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini.

4. Dalam bahasa Inggeris, sebelum masihi disebut BC (before christ) manakala setelah masihi pula disebut AD (anno domini).

5. Kita tidak boleh menjilat siku sendiri.

0604_barbie

6. Jika patung Barbie adalah manusia, ukuran badannya ialah 39-22-33, tingginya adalah lebih kurang 2.15m dan akan mempunyai leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal!

7. Eropah merupakan benua yang tidak mempunyai padang pasir.

8. Jika kita terperangkap di dalam sebuah bilik kedap udara, kita akan mati akibat keracunan karbon dioksia terlebih dahulu berbanding kekurangan oksigen.

9. Anda takkan boleh membuat sebarang folder di dalam komputer dengan menggunakan nama ‘con’. Jangan tanya saya mengapa, saya tidak tahu!

10. Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku

bird_of_paradise

11. Burung Cenderawasih (Bird of Paradise) boleh didapati di Papua New Guinea. Perlu diingat, Papua New Guinea bukanlah negara kayangan!

12. Terdapat 9 juta manusia di seluruh di dunia mempunyai tarikh lahir yang sama

13. Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka dan Selat yang paling lebar di dunia ialah Selat Mozambique.

14. Terdapat lebih kurang 3.214 bilion perempuan dan 3.248 bilion lelaki di dunia ini. Ataupun 50.25% penduduk dunia adalah lelaki. (Maaf, tiada peratusan untuk jantina di tengah-tengah ya!)

atkinson_rowan

15. Rowan Atkinson, pemegang watak Mr Bean mempunyai ijazah sarjana MSc dari Oxford. Artis Malaysia?

16. Kebanyakan pembaca entri ini akan mencuba dan menguji fakta no. 5 dan no. 10. Tak percaya?