Entri ini adalah extended version daripada fakta ke-8 daripada entri Fakta Menarik II.
8. Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh deria kesakitan di lidah, yang diransang oleh bahan kimia dalam makanan pedas seperti cili. Sebab itulah, rasa ‘pedas’ boleh dirasa oleh tangan, esofagus dan perut.
Mengapa saya teringin menghuraikan lebih lanjut? Kerana saya juga ingin berkongsi cara menghilangkan pedas cili.
Rasa pedas dalam cili (ataupun bahan-bahas pedas lain) adalah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dipanggil Capsaicin, iaitu sejenis bahan kimia yang meransang deria sakit, atau lebih tepat mengwujudkan rasa terbakar (burning sensation).
Rasa pedas ini hanya dapat dirasai oleh membran yang bermukus. Sebab itulah, jika tangan kering, tidak terasa ‘kepedasannya’.
Untuk hilangkannya? Disebabkan ia mengwujudkan rasa ‘terbakar’, cara senang untuk hilangkannya ialah dengan menggunakan bahan yang sejuk (air sejuk contohnya), tetapi bahan kimia capsaicin ini tidak larut dalam air, maka ia hanya memberikan kelegaan yang sekejap sahaja.
Cara paling berkesan ialah mengambil bahan-bahan tenusu (seperti susu dan yogurt) kerana ia mempunyai kasein, yang boleh melarutkan bahan kimia itu.
Tidak percaya? Cuba sendiri. Selepas ini, boleh elak makan nasi berulamkan air ketika pedas!
ehmm…satu tips yg berguna~ he3
Ali : Rajin-rajin la singgah ya!
nak rasa lebih pedas? aku pernah buat, (makan malam bersama teman serumah semalam, pergi medan selera: lebih kurang pukul 11 malam lebih, kedai yang menjual air kebetulan tutup )
menu: nasi berlauk ayam masak cili kering, makan bersama sambal belacan.
akhirnya?
–> aku terasa pedas teramat.
jalan penyelesaian?
–> minum air perisa sarsi berkarbonat (baru beli di tesco)
kesimpulannya?
–> aku berjaya menambah rasa pedas yang teramat itu.
selamat mencuba!
-Fakta Menarik versi x mamat x-
menarik!menarik…
baca entry ni mcm menarik je…tapi lebih tertarik dgn komen x mamat x…haha….mamat, buat la blog ala- ala “CETUSAN IDEA” ni…kui kui kui….bravo ! bravo !
Betul2 susu memang sesuai untuk ilang pedas..Dibuktikan oleh MythBuster..Paling x Sesuai ialah minuman yg mengandungi spirit..
kalu terkena ayat2 pedas dr member2 cane??
terbakarr hati… hahaha
Hahahahahahahahahahah……..
Klo adew ‘LIKE’ button da lame sye tkn ‘LIKE’ bkali2…….
hukhuk. (tersedak)
xnak buat “CETUSAN IDEA”, nak buat “LETUSAN IDEA” plak. hukhuk, tersedak lagi.
x mamat x untuk judeng.
senang jek, ko ikut petua ali [Cara paling berkesan ialah mengambil bahan-bahan tenusu (seperti susu dan yogurt) kerana ia mempunyai kasein, yang boleh melarutkan bahan kimia itu], kalau terkena ayat2 pedas dari member, ati ko terbakar, ko mandi air susu atau yogurt, x pun ko simbah susu kat kawan ko yang bagi ayat2 pedas tu. ha, lagi menyejukkan ati.
Ali :
CetusanLetusan Idea yang bernas daripada Mamat!aku makan gule2 nak ilangkan pedas
nnt nak try la plak yg ni
and judeng, kalu kene ayat pedas, makan gule2 pon bleh jgak.xD
bgos gak idea mamat tuh… bleh dipraktikkan..
hahaha
‘kalau sapa makan cili dia yang terasa pedas’ macam plak ye?
Ali : Siapa minum susu, die yang hilang pedasnya…
Saya share ye.. Tips yg sgt berguna😁😁