1. Perkataan ‘Karaoke’ berasal daripada bahasa Jepun, yang bermaksud orkestra kosong (empty orchestra).
2. Butang baju lelaki biasanya di sebelah kanan, manakala butang baju perempuan pula di sebelah kiri. Cuba semak baju anda!
3. ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini.
4. Dalam bahasa Inggeris, sebelum masihi disebut BC (before christ) manakala setelah masihi pula disebut AD (anno domini).
5. Kita tidak boleh menjilat siku sendiri.
6. Jika patung Barbie adalah manusia, ukuran badannya ialah 39-22-33, tingginya adalah lebih kurang 2.15m dan akan mempunyai leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal!
7. Eropah merupakan benua yang tidak mempunyai padang pasir.
8. Jika kita terperangkap di dalam sebuah bilik kedap udara, kita akan mati akibat keracunan karbon dioksia terlebih dahulu berbanding kekurangan oksigen.
9. Anda takkan boleh membuat sebarang folder di dalam komputer dengan menggunakan nama ‘con’. Jangan tanya saya mengapa, saya tidak tahu!
10. Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku
11. Burung Cenderawasih (Bird of Paradise) boleh didapati di Papua New Guinea. Perlu diingat, Papua New Guinea bukanlah negara kayangan!
12. Terdapat 9 juta manusia di seluruh di dunia mempunyai tarikh lahir yang sama
13. Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka dan Selat yang paling lebar di dunia ialah Selat Mozambique.
14. Terdapat lebih kurang 3.214 bilion perempuan dan 3.248 bilion lelaki di dunia ini. Ataupun 50.25% penduduk dunia adalah lelaki. (Maaf, tiada peratusan untuk jantina di tengah-tengah ya!)
15. Rowan Atkinson, pemegang watak Mr Bean mempunyai ijazah sarjana MSc dari Oxford. Artis Malaysia?
16. Kebanyakan pembaca entri ini akan mencuba dan menguji fakta no. 5 dan no. 10. Tak percaya?
Kebanyakan pembaca entri ini akan mencuba dan menguji fakta no. 5 dan no. 10. Tak percaya
( benci la statement ni….)..padahal penulis entry pasti mencubanya terlebih dahulu kan…huahua…
Ali : Tahu takpe…
ahaha…saya boleh je jilat siku…..lutut siap boleh gigit plak…hahaha
Ali : Panjangnya lidah? haha!
Singgah sekejap sebab X bleh balik Banjir!!!!!!
Samar-sama kelihatan fakta menarik 17 Kalau tak kerana seorang Bidan tentu nama empunya blog ini Ali bin Mohamed dan bukan Ali Asyraf bin Mohamed
16. Kebanyakan pembaca entri ini akan mencuba dan menguji fakta no. 5 dan no. 10. Tak percaya?
aku tak termasuk dalam kategori kebanyakan tu.xP
Hahaha..
Hanya kerana doktor, maka nama saya ada Anuar…
Tiba2 bagi fakta ini di page orang. Hahaha
Ali : Fakta ek?
“15. Rowan Atkinson, pemegang watak Mr Bean mempunyai ijazah sarjana MSc dari Oxford. Artis Malaysia?”
Bukankah Mawi, penyanyi paling popular di Malaysia, ada ijazah Kelas Pertama dari Akademi Fantasia? Saya masih ingat majlis konvokesyen yang disiarkan secara langsung itu. Kalau tak silap, Canselor yang menganugerahkan ijazah ketika itu ialah Prof. Dr. M. Nasir. Kalau tak silap-lah. Atau mungkin saya salah? š
Ali : Setuju! Menangis si Mawi itu, terharu katanya…
butang baju nuar insan kerdil berada di sebelah kiri macam mana???? (aku mengeji nuar di page ko boleh kan??? hahahahaha).
fakta menarik :
ali merupakan cikgu yang garang tapi penyayang betul ke?? (kehkehkeh)
Ali : Fakta terbaru, seorang cikgu mengeji seorang cikgu di blog seorang cikgu. Fakta menarik ko tu dapat dari mana? Aku berbelah bagi nak mengesahkannya. Haha!
Amboi, berjangkit-jangkit simptom mengeji aku sekarang ni.
Ali : Haha! Pengeji ko menumpang ruang je kat sini… Aku tak masuk campur ek! Hehe!
Seronok kan mengeji nuar. Hehehe.
Tambahan fakta no 9.
Banyak lagi perkataan yang x boleh guna seperti lpt1, lpt2, nul, com1, com2, com3, com4, clcok$, prn dan lain-lain.
Sebabnya perkataan ni adalah reserve word untuk DOS operating system untuk execute command. So untuk elak masalah dalam OS, ada perkataan perlu untuk reserve dari penggunaan. TQ.
Ali : Thanks pjoy!
1 2 3 5 X 7 8
Apakah X?
Mohamad bin Hussein
Ali bin Mohamad
Mohamed bin Ali
YYY YYYYYY bin Mohamed
Apakah YYY YYYYY?
……….
Ali : Motif?
hahahaha…
sah2 la soalan 5 & 10 akan di cuba…
sebab dah naluri manusia…
akan mencuba apa yg di depan mata…
sebab ingin tahu~
he3