Al-kisah ‘Media Alternatif’ II

7 11 2008

Saya pernah tulis tentang ranking UM, dan harga minyak, yang isunya dimainkan oleh media alternatif ini.

Tidak cukup dengan isu-isu itu, harakahdaily bercerita pula tentang filem.

Kali ini, artikelnya bertajuk Ada apa dengan Eagle Eye. Penulisnya memang selalu menulis di harakahdaily, dengan nota kakinya ‘sekolah pemikiran kampung baru’.

Tetapi, saya kesal. Interpretasi beliau terhadap filem ini, kurang tepat. Salah faham telah berlaku. Lain kali tonton filem tu, kalau hendak buat entri, buat kajian dan catatan ya!

Mari kita semak satu persatu ya…

Kisahnya bermula ketika sekumpulan pasukan risikan tentera mahu membunuh seseorang pengganas yang bernama Majid al-Khoei. Apabila mereka berjaya mengesan kedudukan Majid, tiba-tiba sistem mengirim pesanan, imbasan bahawa sasaran yang mereka cari itu mungkin bukanlah pengganas.

Timbul perbalahan antara pasukan inteligensia, samada mereka mahu teruskan serangan itu atau tidak. Hal itu seterusnya dimajukan kepada Presiden Amerika. Presiden akhirnya cuma berkata, jika sasaran itu benar-benar Majid, maka kedudukan negara republik akan terancam jika sasaran itu tidak dibunuh.

Presiden tidaklah memberikan satu arahan mutlak. Bagaimanapun, pasukan inteligensia telah menarik balik serangan ke atas sasaran tersebut dengan alasan, mereka bimbang kalau-kalau orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Apa yang berlaku, sistem komputer memberi cadangan supaya misi dibatalkan, dan dipersetujui oleh Setiausaha Pertahanan, tetapi presiden As dalam filem tersebut memberikan arahan supaya misi tersebut diteruskan. Silap pemahaman ni.

Bagaimanapun, ketika arahan menarik balik serangan bom C4 diberikan, tiba-tiba sistem komputer tidak mengendahkan arahan pihak inteligensia itu. Sistem komputer ini, malah sebaliknya telah mencipta arahannya sendiri lalu tetap meneruskan serangan tersebut.

Kebenarannya ialah, komputer tetap melarang, namun disebabkan arahan presiden, cadangan oleh sistem komputer diabaikan dan bom dilancarkan. Dan saya rasa, bukan bom C4 yang digunakan, sebaliknya peluru berpandu dilancarkan. Silap pemahaman lagi ni.

Maka di sinilah bermulanya masalah yang ditimbulkan oleh Eagle Eye. Tetapi, perbezaan antara penggunaan bom C4 di dalam filem tersebut dengan penggunaan bom C4 di dalam pembunuhan wanita Monggolia itu ialah bom C4 itu digunakan melalui arahan manusia, sedangkan bom C4 di dalam filem itu diarahkan oleh sistem komputer.

Nyata silap. Pelancaran bom dalam filem itu juga dibuat oleh manusia, di mana saranan sistem komputer diabaikan. Silap fahaman untuk kali ke-n.

Rupa-rupanya dalam kejadian itu juga, seorang tentera inteligensia bernama Ethan Shaw telah dibunuh sistem Eagle Eye ketika beliau memberi arahan menarik balik serangan ke atas sasaran tadi. Ethan bukan dibunuh oleh manusia, tetapi sistem komputer!

Ethan bukannya cuba beri arahan menarik balik serangan itu, tetapi Ethan telah menghentikan keupayaan sistem komputer (yang bernama ARIA) itu untuk melaksanakan plan untuk membunuh presiden. Sebab itu ARIA perlukan Jerry untuk restore semula keupayaan ARIA. Salah tonton!

Eagle Eye menjalankan operasinya memantau pergerakan di seluruh dunia melalui satelit. Sistem ini berkebolehan mendesak mereka yang ada kepakaran tertentu untuk membantu Jerry dan Rachel. Ringkasnya, Rachel, Jerry dan semua manusia ini seolah-olah dijadikan sebagai bidak catur bagi menunaikan impian Eagle Eye untuk menukar kerajaan A.S.

Jerry bukannya catur, tetapi die adalah kunci yang membolehkan ARIA membunuh presiden.

Apabila kerajaan korup, maka rakyat itu berhak menumbangkannya. Saya hairan bagaimana penulis boleh mengiyakan pernyataan ini. Pemahaman penulis yang salah, sejak awal tontonan filem, telah menggambarkan sebenarnya komputer yang korup, bukannya kerajaan. Tiba-tiba setuju akan kerajaan yang korup!

Mungkin banyak sangat berfikir, sehingga penulis artikel itu gagal untuk mencerap.

Bak kata Prof Rahman Shaari, kalau rajin sangat membangkang, selamanya akan berada di baris belakang!





Main Video Game

7 11 2008

Sekarang, komputer sudah canggih-canggih. Boleh main computer game yang pelbagai. Kalau tiada komputer, sekarang sudah ada banyak console yang juga canggih. Siap ada memory untuk disimpan. PS2, PS3, Xbox, banyak lagi la yang tiada di rumah saya.

Video game dalam hidup saya bermula, apabila suatu hari (entah bila tarikhnya), ayah bawa pulang satu console, jenama Micro Genius.

micro-genius

Masa tu saya masih kecil lagi. Nak pasang pun kurang pandai. Rasa-rasanya, belum masuk sekolah lagi. Hendak main, kena pasang kat televisyen. Nak tak nak, orang lain terpaksa mengalah dengan kanak-kanak, tak boleh nak tonton TV semasa permainan sedang berlangsung. Atuk selalu marah. “Ha! Tengok ni, dah susah nak dapat TV1, ni sebab banyak sangat main game la!”. Tetapi, kami kanak-kanak peduli apa masa itu. “Ala atuk, takde kena mengena la video game ni dengan TV. Mak cik umah sebelah tu, anak die tak main game, TV1 teruk gak!”. Itulah jawapan biasa yang diberi. Budak-budak.

Nak main game, boleh! Tetapi kena ada katrijnya. Harganya? Mak datuk, mahal yang amat. Mencecah puluhan ringgit. Pada masa itu, puluhan ringgit itu nilainya tinggi. Sekarang ini, dengan RM10 sudah boleh beli DVD permainan baru.

128_game_catridge

Cara nak masukkan katrij, kena ketuk, tetapi jangan kuat sangat! Nanti rosak la game tu. Dah siap semua, baru boleh main game. Masa kecil dahulu, permainan ini meriah! Yang bermain hanya seorang dua, tetapi riuh penyokongnya, mengalahkan yang bermain.

Permainan kesukaan saya, sehingga kini tetap saya ingat ialah Super Mario Brothers 3. Mario kalau dapat daun, boleh jadi raccoon (masa kecil dahulu, kami panggil kucing). Kalau lari laju-laju, boleh terbang!

supermariobros3snes

Semua game Mario adalah menarik. Walaupun matlamatnya sama, iaitu untuk menyelamatkan tuan puteri dari Bowser a.k.a King Koopa, Nintendo telah memperkenalkan variasi versi Mario, yang pernah saya main. Tetapi, Mario 3 tetap jadi kesukaan! Tetapi, bila sudah ada emulator di komputer, barulah saya boleh tamatkan game ini sehingga ke penghujung. Mengapa? Kerana game ini sangat panjang, dan console yang saya gunakan itu tidak ada kebolehan untuk menyimpan game, tidak seperti kebanyakan console sekarang.

Selain Mario, saya pasti ramai yang pernah mencuba permainan-permainan lain bukan? Termasuklah :

Contra, game tembak-menembak. Selalu berebut po

Contra, game tembak-menembak. Selalu berebut power 'S' dengan ayah!

Street Fighter. Selalu nak buat power, tapi rumit la!

Street Fighter. Selalu nak buat power, tapi rumit la!

Donkey Kong

Donkey Kong

Ice Climber

Ice Climber

Popeye! Yang ini seronok juga. Tapi spinach itu kena jimat! Save the best for the last!

Popeye! Yang ini seronok juga. Tapi spinach itu kena jimat! Save the best for the last!

Kalau ada pistol, boleh main Duck Hunt!

Kalau ada pistol, boleh main Duck Hunt!

Banyak lagi rasanya, tetapi saya tidak ingat la. Zaman kegemilangan itu memang satu memori indah. Saya pernah bermain Super Mario 3 itu sampai kul 3 pagi, bagi budak kecil, pencapaian cemerlang la!

Kalau ditanya budak-budak zaman sekarang, bukannya mereka pernah lihat benda ini!

Tinggalkan komen anda ya! Kongsilah dengan semua, apakah game kesukaan anda. Ataupun anda tidak pernah mencuba?