Al-kisah ‘Media Alternatif’ II

7 11 2008

Saya pernah tulis tentang ranking UM, dan harga minyak, yang isunya dimainkan oleh media alternatif ini.

Tidak cukup dengan isu-isu itu, harakahdaily bercerita pula tentang filem.

Kali ini, artikelnya bertajuk Ada apa dengan Eagle Eye. Penulisnya memang selalu menulis di harakahdaily, dengan nota kakinya ‘sekolah pemikiran kampung baru’.

Tetapi, saya kesal. Interpretasi beliau terhadap filem ini, kurang tepat. Salah faham telah berlaku. Lain kali tonton filem tu, kalau hendak buat entri, buat kajian dan catatan ya!

Mari kita semak satu persatu ya…

Kisahnya bermula ketika sekumpulan pasukan risikan tentera mahu membunuh seseorang pengganas yang bernama Majid al-Khoei. Apabila mereka berjaya mengesan kedudukan Majid, tiba-tiba sistem mengirim pesanan, imbasan bahawa sasaran yang mereka cari itu mungkin bukanlah pengganas.

Timbul perbalahan antara pasukan inteligensia, samada mereka mahu teruskan serangan itu atau tidak. Hal itu seterusnya dimajukan kepada Presiden Amerika. Presiden akhirnya cuma berkata, jika sasaran itu benar-benar Majid, maka kedudukan negara republik akan terancam jika sasaran itu tidak dibunuh.

Presiden tidaklah memberikan satu arahan mutlak. Bagaimanapun, pasukan inteligensia telah menarik balik serangan ke atas sasaran tersebut dengan alasan, mereka bimbang kalau-kalau orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Apa yang berlaku, sistem komputer memberi cadangan supaya misi dibatalkan, dan dipersetujui oleh Setiausaha Pertahanan, tetapi presiden As dalam filem tersebut memberikan arahan supaya misi tersebut diteruskan. Silap pemahaman ni.

Bagaimanapun, ketika arahan menarik balik serangan bom C4 diberikan, tiba-tiba sistem komputer tidak mengendahkan arahan pihak inteligensia itu. Sistem komputer ini, malah sebaliknya telah mencipta arahannya sendiri lalu tetap meneruskan serangan tersebut.

Kebenarannya ialah, komputer tetap melarang, namun disebabkan arahan presiden, cadangan oleh sistem komputer diabaikan dan bom dilancarkan. Dan saya rasa, bukan bom C4 yang digunakan, sebaliknya peluru berpandu dilancarkan. Silap pemahaman lagi ni.

Maka di sinilah bermulanya masalah yang ditimbulkan oleh Eagle Eye. Tetapi, perbezaan antara penggunaan bom C4 di dalam filem tersebut dengan penggunaan bom C4 di dalam pembunuhan wanita Monggolia itu ialah bom C4 itu digunakan melalui arahan manusia, sedangkan bom C4 di dalam filem itu diarahkan oleh sistem komputer.

Nyata silap. Pelancaran bom dalam filem itu juga dibuat oleh manusia, di mana saranan sistem komputer diabaikan. Silap fahaman untuk kali ke-n.

Rupa-rupanya dalam kejadian itu juga, seorang tentera inteligensia bernama Ethan Shaw telah dibunuh sistem Eagle Eye ketika beliau memberi arahan menarik balik serangan ke atas sasaran tadi. Ethan bukan dibunuh oleh manusia, tetapi sistem komputer!

Ethan bukannya cuba beri arahan menarik balik serangan itu, tetapi Ethan telah menghentikan keupayaan sistem komputer (yang bernama ARIA) itu untuk melaksanakan plan untuk membunuh presiden. Sebab itu ARIA perlukan Jerry untuk restore semula keupayaan ARIA. Salah tonton!

Eagle Eye menjalankan operasinya memantau pergerakan di seluruh dunia melalui satelit. Sistem ini berkebolehan mendesak mereka yang ada kepakaran tertentu untuk membantu Jerry dan Rachel. Ringkasnya, Rachel, Jerry dan semua manusia ini seolah-olah dijadikan sebagai bidak catur bagi menunaikan impian Eagle Eye untuk menukar kerajaan A.S.

Jerry bukannya catur, tetapi die adalah kunci yang membolehkan ARIA membunuh presiden.

Apabila kerajaan korup, maka rakyat itu berhak menumbangkannya. Saya hairan bagaimana penulis boleh mengiyakan pernyataan ini. Pemahaman penulis yang salah, sejak awal tontonan filem, telah menggambarkan sebenarnya komputer yang korup, bukannya kerajaan. Tiba-tiba setuju akan kerajaan yang korup!

Mungkin banyak sangat berfikir, sehingga penulis artikel itu gagal untuk mencerap.

Bak kata Prof Rahman Shaari, kalau rajin sangat membangkang, selamanya akan berada di baris belakang!


Tindakan

Informasi

5 responses

7 11 2008
mysarah

time kasih kpd maisarah yg ajak tgk cite ni..hehe…( walau sebenarnye nk tgk KAMI…thanks to walid jg ats cadangan ni…huhu…)

kupasan yg relevan…

sy dh tonton, dan sememangmya sy agak x faham pada awalnye cite ni…pas di “cerita”kan blk oleh En Ali baru faham…trimas!!….haha…( mungkin penulis mcm sy kot yg x faham cite ni….huhu…..)

8 11 2008
ghazly

nama pon lidah rasmi pembangkang…pak lah gi shopping kat masjid jamek pon nak membidas…hehe

8 11 2008
hilman

saya risau akan media alternatif ini. bila mesej yang dibawa itu tak menggambarkan ‘menang’ mereka di 5 negeri.

sebaliknya mentaliti kalah yang dibawa. bila nak berfikiran seperti pemerintah?

Ali : Belum tiba masanya. Tetapi, media alternatif ini diperlukan juga, untuk check and balance. Cuma gaya penulisan ’emosi’ tu kena tukar….

11 11 2008
mkhazaidi

waahhhh.. lamanya tidak singgap di teratak ali asyraf ni… puas rasanya baca entry2 yang belum aku baca!!!

respon untuk ulasan akhbar lidah rasmi PAS..

1. Depa tgk cd cetak rompak ni.. sebab tuh, kabur2 kot…. kesianla pulak… lain kali beli lah yang ori atau terus ke pawagam untuk nak buat ulasan… keje duk mereka2 cerita jer…

2. Macam mn laa akhabr rasmi pun buat pembohongan besar… nak buat kaitan isu eagle eye ngan kerajaan jauh sekali menyimpang… aiyooo… patutlah tak maju2 akhbar ni..

suka ayat niii…
kalau rajin sangat membangkang, selamanya akan berada di baris belakang!… dah terbukti betul kot..

13 11 2008
arbaktun@akak ali

erm gud entry..
and such a good movie…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: