Main Video Game

7 11 2008

Sekarang, komputer sudah canggih-canggih. Boleh main computer game yang pelbagai. Kalau tiada komputer, sekarang sudah ada banyak console yang juga canggih. Siap ada memory untuk disimpan. PS2, PS3, Xbox, banyak lagi la yang tiada di rumah saya.

Video game dalam hidup saya bermula, apabila suatu hari (entah bila tarikhnya), ayah bawa pulang satu console, jenama Micro Genius.

micro-genius

Masa tu saya masih kecil lagi. Nak pasang pun kurang pandai. Rasa-rasanya, belum masuk sekolah lagi. Hendak main, kena pasang kat televisyen. Nak tak nak, orang lain terpaksa mengalah dengan kanak-kanak, tak boleh nak tonton TV semasa permainan sedang berlangsung. Atuk selalu marah. “Ha! Tengok ni, dah susah nak dapat TV1, ni sebab banyak sangat main game la!”. Tetapi, kami kanak-kanak peduli apa masa itu. “Ala atuk, takde kena mengena la video game ni dengan TV. Mak cik umah sebelah tu, anak die tak main game, TV1 teruk gak!”. Itulah jawapan biasa yang diberi. Budak-budak.

Nak main game, boleh! Tetapi kena ada katrijnya. Harganya? Mak datuk, mahal yang amat. Mencecah puluhan ringgit. Pada masa itu, puluhan ringgit itu nilainya tinggi. Sekarang ini, dengan RM10 sudah boleh beli DVD permainan baru.

128_game_catridge

Cara nak masukkan katrij, kena ketuk, tetapi jangan kuat sangat! Nanti rosak la game tu. Dah siap semua, baru boleh main game. Masa kecil dahulu, permainan ini meriah! Yang bermain hanya seorang dua, tetapi riuh penyokongnya, mengalahkan yang bermain.

Permainan kesukaan saya, sehingga kini tetap saya ingat ialah Super Mario Brothers 3. Mario kalau dapat daun, boleh jadi raccoon (masa kecil dahulu, kami panggil kucing). Kalau lari laju-laju, boleh terbang!

supermariobros3snes

Semua game Mario adalah menarik. Walaupun matlamatnya sama, iaitu untuk menyelamatkan tuan puteri dari Bowser a.k.a King Koopa, Nintendo telah memperkenalkan variasi versi Mario, yang pernah saya main. Tetapi, Mario 3 tetap jadi kesukaan! Tetapi, bila sudah ada emulator di komputer, barulah saya boleh tamatkan game ini sehingga ke penghujung. Mengapa? Kerana game ini sangat panjang, dan console yang saya gunakan itu tidak ada kebolehan untuk menyimpan game, tidak seperti kebanyakan console sekarang.

Selain Mario, saya pasti ramai yang pernah mencuba permainan-permainan lain bukan? Termasuklah :

Contra, game tembak-menembak. Selalu berebut po

Contra, game tembak-menembak. Selalu berebut power 'S' dengan ayah!

Street Fighter. Selalu nak buat power, tapi rumit la!

Street Fighter. Selalu nak buat power, tapi rumit la!

Donkey Kong

Donkey Kong

Ice Climber

Ice Climber

Popeye! Yang ini seronok juga. Tapi spinach itu kena jimat! Save the best for the last!

Popeye! Yang ini seronok juga. Tapi spinach itu kena jimat! Save the best for the last!

Kalau ada pistol, boleh main Duck Hunt!

Kalau ada pistol, boleh main Duck Hunt!

Banyak lagi rasanya, tetapi saya tidak ingat la. Zaman kegemilangan itu memang satu memori indah. Saya pernah bermain Super Mario 3 itu sampai kul 3 pagi, bagi budak kecil, pencapaian cemerlang la!

Kalau ditanya budak-budak zaman sekarang, bukannya mereka pernah lihat benda ini!

Tinggalkan komen anda ya! Kongsilah dengan semua, apakah game kesukaan anda. Ataupun anda tidak pernah mencuba?


Tindakan

Information

14 responses

7 11 2008
x mamat x

aku tak pernah rasa semua tu.
tapi kan, bila da besar (dah tua sebenarnya, barulah tahu apa itu “game”). haha.
itu pun disebabkan pengaruh roommate (dulu) dan housemate (sekarang).
haha, kelakar.
yosh, musim sekarang ialah “spore”.

Ali : Korang memang!

7 11 2008
kudozu

so nostalgic!
ade lagi, game yg buat burger.

ape2 pon, kalau lawan ngan abg ngan kakak, mmg aku yg slalu kalah.wuuwuuxD

Ali : Game buat burger? Kenapa aku tak pernah main? Waa…

7 11 2008
7 11 2008
masy2k

X cakap pun masa main kaki ternaik-naik macamlah dia yang nak melompat? Bahagian Design motor lompat x cerita juga ke?

Tak berani ke terlupa cerita siapa yang paling cekap main game ni …..

BTW Walaupun mahal ketika itu! Diusahakan juga untuk anak-anak

Ali : Teringat tangan sampai mengikut sekali Mario tu time melompat lubang yang besar. Thanks Dad!

7 11 2008
masy2k

Tang berebut power ngan ayah janganlah catat

Ali : Kena juga tulis, sebab selalu tak dapat. Haha!

7 11 2008
rasa sayang

hahaha
best game2 ni smua
sanggup xmakan nasik sbb nak main game mario ni

7 11 2008
mysarah

game mario…—-> selalu kalah dgn abg..x penah menang…sbb time tu kat umah hanya ada abg dan sy…
street fighter—-> selalu amik pompuan yg terer tu..kaler pink if xsilap…game ni bole menang dgn abg….haha…
donkey kong —–> suke giler main game ni….
ice climber —->game ni kiteorang (sepupu sepapat) mesti main kat umah janah, time ni bising sampai kene belasah dgn Cik NOr…haha…
duck hunt —–> game yg paling kerap sy menang sbb sy selalu tepat bile menembak…( mungkin sebab selalu ikut ayah memburu kot..haha..)

ape2 pun…dulu sy seorang yg kuat main game mase kanak-kanak..makin besar…makin hilang kerajinan tu..kerana byk lagi kerja perempuan yg perlu diselesaikan dari main game yg agak “buang masa” ni…huhu…..( lgpun mak sure jerit kalau asyik mengadap komputer je…haha…)

game yg paling sy suke main sekarang adalah SUDOKU….sebab game ni je bole kalahkan ira…haha…game lain mesti ira menang…hehe….

9 11 2008
naz

teringat balik.. betul betul.. setuju sangat..cume kat umah ni suke main tumbuk2 sebab nak rebut sape dapat main. hahaha

9 11 2008
jumain

hahahha…
sy jugak tergolong dlm golongan kanak2 yg main game nie…

siap gadoh2 lagi dgn adik beradik sebab main game nie…hu3

rindunya~

18 11 2008
vien88

ororo aku dulu main game klasik ni gak. tp dlu aku tak gheti main, aku slalu merajuk. Kitorg ada atari dulu, aku waris dari mak aku la jadi kaki game ni.

aku membesar main video game Sonic gitu.
Ada satu masa kitorg ada GBA, game2 klasik sume kat situ. aku dgn mak aku lwn main bomberman, tgk sape sampai level tertinggi. kekeke… best gak main game lama2. tak stres sgt, stret fwd je.

game zmn skrg lai complicated. Aku tergolong dlm adult yg masih main game😀. skrg game makin susah maa, makin ganas, makin perlukan penggunaan otak.

23 11 2008
Pjoyz Zul

Yeah.. aku pon memula dulu masin game micro genius nih… time tu mmg best gile ar… tapi spanjang aku main game nih, aku cuma ada 2 katridge jek.. satu katridge free dan satu lagi free.. tu pon beli yg paling murah.. family aku kureng skit kalo bab beli benda main nih.. tu pon puas pujuk.. huhuhuhu… katridge yg lain besenye pinjam kat jiran sebelah je… gitulah kisahnya.. huhuhuhu… game aku paling suka time tu game ninja turtle.. cam best jek.. pinjam katridge kat kawan.. nak beli mahal wo.. rm 60++.. huhuhu

2 12 2008
Peminat Setia Games

Saya masa kecik takder chance nak main games so bila dah dewasa ni asyik gile main game je..sampaikan blog saya pun bertemakan game jugak. Nak wat camne kan…dah memang kaki games..:-)

31 03 2010
BAGAK

ATARI adalah cita2 saya nak beli sejak darjah enam dulu

7 08 2010
hizairi

haha pengalaman ko ni sama la ngan pengalaman aku tapi ayah aku beli micro genius ni time aku darjah 3,tu pun sebab tiap2 ari aku g main game ni kat umah kawan aku (sebelah umah je sampai tido situ semata2 nak main game,kadang2 x leh nak main sebab dierang main so tgk pun jadi) haha..last2 sekali sebab ayah aku sayang kat aku die pun beli la.zaman ni seingat aku satu tape game ni harga dalam rm70 gitu la..mahal giler..xmacam skrg..tapi apa2 game yg xpernah aku habiskan dulu aku dah berjaya habiskan skrg (aku download game2 oldskool ni dari internet) haha..memang bes la zaman kegemilangan mario bros.aku juge bermain sampai 2 3 pagi..kalo ari sabtu ahad je lagi la bes,bangun tido je terus main game sampai la ke petang.xmakan pun xpe asalkan dapat main game ni.haha kenangan gila ni,huhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: