Quantum of Solace

8 11 2008

AMARAN : Spoiler di dalam entri ini. Tidak sesuai untuk yang belum menonton.

qos-teaser

Malam tadi berpeluang menonton filem Bond terbaru. Di Cineleisure Damansara.

Daniel Craig kembali sebagai Bond (yang tidaklah hensem pun). Yang menariknya, filem ini merupakan lanjutan daripada Casino Royale, yang mana Bond menyiasat tentang organisasi yang diterajui oleh Mr White, seorang penjenayah yang ditangkap oleh Bond di penghujung filem Casino Royale.

Mr White

Mr White

Dari situ, bermula satu atmosphere filem yang sudah lama saya tidak rasa sejak Kiss of The Dragon; tiada seorang pun yang boleh dipercayai!

Watak antagonis dalam filem ini ialah Dominic Greene, seorang ahli pergerakan yang dinamakan Quantum, mempunyai syarikat utiliti, yang berselindung di sebalik wajah seorang pejuang alam sekitar. Greene bekerjasama dengan Jeneral Medrano, untuk memperoleh tanah serta kontrak membekal air bersih di Bolivia, sebagai pertukaran Greene membantu Medrano menggulingkan kerajaan Bolivia.

Greene

Greene

Bond sentiasa mengekori Greene. Dari Haiti, ke Austria, dan akhirnya ke Bolivia. Semasa menjejaki Greene, Bond mendapati ada seorang gadis bernama Camille yang rapat dengan Greene ini, namun Greene cuba untuk membunuh Camille, dan diselamatkan oleh Bond dalam adegan kejar-mengejar dalam motobot yang menarik.

Semua pihak menyangka, Greene ingin mencari minyak di Bolivia, malah semasa ‘mesyuarat’ pergerakan Quantum di persembahan Tosca di Autria, perbincangan yang didengari oleh Bond ini juga menggambarkan usaha Quantum untuk memperoleh minyak, kerana mereka berbincang tentang ‘pembelian paip’. Kebijaksanaan Bond, membolehkan beliau menjejaki ahli-ahli pertubuhan Quantum, namun kelicikan Mr White menyebabkan Bond gagal menyedari kehadiran beliau.

Bond mengekori Greene ke mana-mana sahaja. Dari Haiti, ke Austria, akhirnya ke Bolivia. Segala-galanya terbongkar apabila Bond mendapati bahawa bukan minyak yang dikejar oleh Greene, tetapi sumber bekalan air bersih Bolivia yang ingin didominasi.

Filem ini berakhir dengan Bond menjejaki semula kekasih Vesper Lynd, yang sebenarnya juga ahli kumpulan Quantum yang berpura-pura mencintai Vesper, agar beliau dapat mencari dana dan aset untuk Quantum. Kiranya, dendam Bond terbalas, mengetahui siapakah ‘kekasih’ Vesper Lynd itu, dan berjaya meng’kantoi’kan identitinya.

Namun, Mr White masih lagi terlepas…

Apa yang menarik tentang filem ini?

1. Aksi pantas berlawan, bertumbuk, kejar-mengejar yang membuatkan saya teruja. Paling menarik, adegan pembukaan filem, Bond dikejar dalam kereta Aston Martin DBS warna kelabu. Nak satu boleh?

spy-videos-aston-martin-dbs-on-set-for-i-quantum-of-solace-i

Untuk shooting adegan kejar-mengejar di awal cerita ini, enam kereta Aston Martin digunakan, sehingga musnah.

2. Watak James Bond ada karakter! Ego, determined, degil. Kalau sebelum ini, Bond seolah-olah macam robot, menerima arahan M, kemudian menyelesaikan tugasan.

3. Cerita ini merupakan lanjutan daripada Casino Royale, yang mana tiada filem James Bond sebelum ini yang bersambung-sambung.

4. Sebagaimana yang saya katakan, sudah lama tidak merasa filem yang mewujudkan perasaan “tiada siapa yang boleh dipercayai”.

5. Mula-mula dengar lagu Another Way to Die, macam tidak menarik. Tetapi, setelah dengar berulang-kali, sedap juga lagu ini!

6. Watak M sangat dominan dalam filem ini, tidak seperti filem Bond sebelumnya.

7. Sebagaimana filem Casino Royale, Bond tidak bergantung kepada gadget canggih ciptaan Q. Baguslah, menggunakan gadget canggih ni sangat klise bagi cerita ejen penyiasat.

8. Apa yang pasti, filem ini menggunakan daya cerap yang tinggi! Kepada pendebat, filem ini medan yang bagus untuk latihan cerapan!

9. Adegan gun barrel sequence kembali seperti filem James Bond yang klasik. Tetapi adegan ini, di hujung filem ya!

Apa-apapun, filem ini boleh menjadi satu naskhah yang sangat disukai, atau sangat tidak disukai. Bergantung kepada anda.


Tindakan

Informasi

11 responses

8 11 2008
tiram tiram

tak minat lar ceriter cenggini…gaduh2 pastu bunuh2..saper menang dapat awek cantik..nasib baek takder guling2 menari mcm hindustan..kikiki

10 11 2008
izzuddin

ala ali, aku tak sempat lagi nak tengok citer nie coz kat terengganu takder cinema lagi..haaa, final and debat royal dah nak hampir..ntah ada masa..hehe..na tengok cter n ie gak..haha!!

10 11 2008
Mysarah

Sy akui menarik entry ini..baru sy tahu ape sbnrnye cite ni…hehe..tp tetap sy akui bhw jln cite ni mcm ‘ bosan’… Sampai sy bole tertido semasa menonton….hhaha…namun aksi dlm cite ni tetap SMART!!!!

11 11 2008
PakciQue

Babak awal lumba kereta di dalam terowong adalah menarik dan sangat cantik. Kalau berdasarkan temubual Daniel Craig di sebuah rancangan, beliau kata 6 buah Aston Martin telah diranapkan. Memanglah, habis semua kereta kau cabut pintu bahagian pemandu. Dan teknologi dan kelengkapan semasa membuat pengambaran tersebut, memang sangat tinggi. [Berdasarkan tontonan di belakang tabir].

Bacaan Lanjut DI SINI

13 11 2008
yusrizam

CAM TAK SYOK JE CITER CAM NI.. AKU MINAT CITER KUNGFU, ATAU YANG LAWAN2 GUNE SENI BELADIRI… HE..HE.. SANGAT ARTISTIK KALAU DILIHAT DR SUDUT BELADIRI ITU SENDIRI… =P

Ali : Different people have different point of view… (Sedangkan sci-fi Matrix pun guna martial art gak!)

13 11 2008
arbaktun@akak ali

betul tu sarah..
akak pun tertido jugak..
such a nice car they hve…
and such a nice place they shoot..

14 11 2008
mysarah

haha…ali…sy kate bosan…awk x nk mengaku…sy menang ok…hehehe

Ali : Haha… bagi saya tak bosan, and saya mengaku cerita tu membosankan awak dan yang berkenaan…

18 11 2008
wanhidayat

Salam…firstly HAPPY BELATED BUFDAY…didoakan hanya yang terbaik untuk Asyraf….

Have a pleasant day ahead….good luck in whatever you do….

18 11 2008
Corner ARt

ho3…..

jd pgn cepet ntn nih..

btw, nice blog….

19 11 2008
vien88

aku dah tengok dah. ermmm lagi best drp filem Bond yg dulu2 tapi trus trang aku ckp… takde la best sgt. Eagle Eye lagi thrilling. Quantum of Solace x bagi impak pape kat aku =/

19 11 2008
fatin

bro,aku back up ko bro..
citer nih mmg best
prsoalan,
quantum of solace=ketenangan dlm ksengsaraan..kah??hakhakhak!!
yg pnting,james bond kali nih macho giler

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: