Isu harga minyak sering dijadikan isu oleh semua pihak, baik kerajaan, NGO, parti pembangkang, rakyat dsb. Malah, sebuah debat perdana yang disiarkan secara langsung di televisyen juga berkisar tentang harga minyak.
Benar, harga minyak mentah dunia sudah turun. Saat saya menulis entri ini, harga minyak adalah sekitar USD50 setong. Harga petrol RON97 di pasaran Malaysia pula berada pada RM2.00 seliter.
Beberapa analisis tentang harga minyak telah dibuat, baik oleh yang pakar, mahupun yang pandai-pandai jadi pakar minyak. Paling saya sendiri tidak boleh terima, apabila harga minyak petrol dikira secara terus daripada setong minyak (159 liter). Kalau guna formula itu, harga minyak sekarang ialah RM1.14 seliter. Ya! Ini harganya kalau dikira secara terus. Namun, hakikatnya, petrol yang terhasil daripada setong minyak ini adalah 73 liter sahaja, tidak sampai separuh pun! Malah, dalam banyak-banyak produk minyak, inilah hasil tapisan yang paling berharga. Maka wajarlah harganya lebih mahal berbanding bitumen, kerosin, diesel dan sebagainya. Ditambah lagi dengan ‘bahan perasa’ dalam petrol; formula lebih kilometer, teknologi infiniti, TECHRON dan macam-macam lagi. Keuntungan syarikat juga perlu diambil kira, takkanlah syarikat-syarikat minyak ini tidak mahu keuntungan?
Kita abaikan kira-kira itu tadi. Saya seru kepada semua, jangan terikut-ikut kepada maklumat/blog yang suka-suka hati mengira harga minyak menggunakan formula itu.
Kita analisis guna logik akal. Harga minyak mentah pada Ogos 2005 adalah sekitar USD60 setong, dan harga pasaran Malaysia adalah RM1.52 seliter. Maka, sewajarnya, inilah harga yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Saranan ini saya petik dari harakahdaily.net. Namun, perlu diingat, harga RM1.52 itu tatkala kerajaan belum melaksanakan pengurangan/penstrukturan semula subsidi dan pemberian rebat. Akibatnya, harga minyak perlu untuk sedikit tinggi berbanding RM1.52 seliter itu.
Ada pihak mempertikaikan, mengapakah kerajaan sangat drastik menaikkan harga petrol (Jun 08: RM1.92/liter kepada RM2.70/liter) namun mengambil masa yang cukup panjang untuk menurunkannya. Perlu diingat, kerajaan menentukan harga berdasarkan harga purata di pasaran dunia selama tempoh dua minggu. Maka, penurunan yang sedikit menggambarkan tindakan berhati-hati kerajaan dalam isu harga minyak ini.
Namun, tatkala harga minyak naik dahulu, kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga. Kenaikan harga RM1.92/liter pada Februari 2006 adalah semasa harga minyak dunia berada pada tahap USD70 setong. Sejak dari itu, harga minyak naik secara tetap sehingga mencecah USD135/tong, hampir sekali ganda, namun kerajaan mengambil tindakan mengekalkan harga RM1.92/liter sehinggalah kerajaan tidak tertanggung dan akhirnya kenaikan mendadak RM2.70/liter berlaku.
Semua orang ingin harga minyak yang murah. Semua orang inginkan harga barang yang murah. Barangan keperluan katanya. Namun, sudah tiba masanya untuk kita berjimat. Kalau syarikat-syarikat gergasi di dunia ini sudah mula mengurangkan kos dengan memperlahankan operasi, begitu juga dengan kita di Malaysia. Biarlah kerajaan dengan jawatankuasanya menentukan harga minyak.
Kepada rakyat Malaysia yang bertamadun, tolonglah sedar yang dunia dalam krisis sebenarnya.
TONG-TONG MINYAK TU MEMBOSANKAN !!!!!!!
Ali : Adakah entri ini membosankan juga?
kadang kadang kita terlupa utk bersyukur dan sentiasa inginkan perkara mudah dalam kehidupan..tapi sendiri pun merungut jugak..expenses semakin meningkat..RM50 tidak semewah setahun yang lalu..
Ali : RM50?
Setuju ngan komen kedua tu mintak elaun lebih skit bleh tak?
Ali : Ini blog ya, bukan ruangan forum… haha!
Setuju. Ada pendebat pun terjebak dengan fahaman itu. Bagus Ali.
Ali : Thanks. Rasa sedih jika pendebat pun berfikir seperti itu….
suka baca post kali ini. snagt tajam..tp, perlu ditambah sumber untuk meyakinkan lagi audience
Hmm entri yang bagus… Kita semua kena berjimat sebab tu la kerajaan anjurkan Jualan Jimat Malaysia hehehe
ehm..ni nk pk dua tiga kali ni nk dtg royal ke x…hehehe….^_^..
p/s : jgn meroy….all there 4 u…wakaka…