Syurga yang hilang

25 11 2008

Hidup indah selalu digambarkan seperti hidup di dalam syurga.

Ya! Semuanya ada untuk kita. Makan, minum berehat dan sebagainya.

Kalau kita kata ‘rumahku syurgaku’, kita menggambarkan betapa rumah kita memberikan segala-galanya kepada kita.

Natijahnya kita hidup selesa.

Namun, malam tadi, saya terpandang dan terfikir sesuatu. Ada ‘syurga’ sudah hilang.

Jika dahulu, ‘mereka’ ini bahagia, ibarat dunia ini syurga. Segalanya terhidang di depan mata, hanya memilih mana yang ada.

Malam tadi, ‘mereka’ merintih melihat saya. “Tolonglah kami, syurga kami sudah hilang. Semuanya sudah berubah.”

Kasihan saya. Tatkala semua mahasiswa balik ke kampung, berbahagia bersama-sama keluarga, ada juga ‘mereka’ yang merana.

Hendak tahu apa yang saya maksudkan?

Haha! Saya kasihan melihat kucing-kucing di kolej saya. Masa cuti begini, tiada student, maka tiadalah makanan untuk mereka. Kasihan bukan? Syurga telah hilang…

En Tiger

(gambar ini adalah En Tiger semasa die masih kecil. En Tiger adalah kucing kesayangan keluarga saya. Haha!)