Hidup indah selalu digambarkan seperti hidup di dalam syurga.
Ya! Semuanya ada untuk kita. Makan, minum berehat dan sebagainya.
Kalau kita kata ‘rumahku syurgaku’, kita menggambarkan betapa rumah kita memberikan segala-galanya kepada kita.
Natijahnya kita hidup selesa.
Namun, malam tadi, saya terpandang dan terfikir sesuatu. Ada ‘syurga’ sudah hilang.
Jika dahulu, ‘mereka’ ini bahagia, ibarat dunia ini syurga. Segalanya terhidang di depan mata, hanya memilih mana yang ada.
Malam tadi, ‘mereka’ merintih melihat saya. “Tolonglah kami, syurga kami sudah hilang. Semuanya sudah berubah.”
Kasihan saya. Tatkala semua mahasiswa balik ke kampung, berbahagia bersama-sama keluarga, ada juga ‘mereka’ yang merana.
Hendak tahu apa yang saya maksudkan?
Haha! Saya kasihan melihat kucing-kucing di kolej saya. Masa cuti begini, tiada student, maka tiadalah makanan untuk mereka. Kasihan bukan? Syurga telah hilang…
(gambar ini adalah En Tiger semasa die masih kecil. En Tiger adalah kucing kesayangan keluarga saya. Haha!)
haha,
kemana pergi syurga kucing-kucing tersebut?
cuba lihat, ada tidak di bawah kaki?
huh??!
Ali : ‘Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu’ tidak tergunapakai untuk kucing ya!
tak tau kenapa terasa gile dengan post kali nie.. rasa cam watak kucing sebagai watak sampingan je.. hahaha
tiger…. in memories…
berat aswad @ hitam, 3kg..
benci baca entry ni…feeling mula2..then rupe2 nye kucing…ceh…haha….
ayat nenek sy masa anak kucing kat umah die mati….” PADAN MUKA MATI TIGA-TIGA EKOR…PUAS HATI AKU..”..wakaka…
Ali : Erm…. leh plak cenggitu ek?
no problem ali…hehehe…good luck for royals…i pun suka kucing…kat rumah i ada 6 ekor…memang hidup mereka bagai di syurga…kesian kan kucing2 dikampus…paradise lost…gitu
Ali : Kadang-kadang belikan jugak lauk untuk kucing masa cuti ni…
kena minta tlg guard bagi makan kat kucing2 tu
en tiger???hurm…suspicious laa
Ali : Haha! Kenapa? Tak boleh ek?
exotic@stokin(name bg kucing yg berkaki mcm pkai stokin)ade anak2 yg mcm die.berkaki mcm pkai stokin.
sy x ske kucing…tak0t.. =(