Sudah-sudah la dengan PPSMI

26 11 2008

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah selalu kita dengar. Kadang-kadang naik muak apabila isu ini dipolitikkan.

Bukan niat saya untuk menentang pejuang-pejuang bahasa kebangsaan seperti Prof Awang Sariyan dan sebagainya. Tetapi, sudah-sudahlah dengan sikap menentang dasar ini.

PPSMI ini adalah cetusan idea Tun Dr Mahathir. Tidakkah kita belajar daripada Tun Dr Mahathir ini? Dahulu, tatkala beliau ingin membina jambatan P.Pinang, ramai yang membantah. Namun, lihatlah sekarang! Hendak dibina jambatan kedua pula. Sama juga dengan KLIA dan Litar F1 Sepang.

Ya! Isu keciciran adalah alasan biasa pihak-pihak yang menentang perkara ini. Persoalan saya, sehingga bila? Semasa dilaksanakan dalam BM pun, ada juga isu keciciran. Adakah jika menggunakan Bahasa Isyarat, barulah isu keciciran ini selesai?

Kalau hendak dikatakan tercicir, banyak sahaja pelajar melayu, baik di kampung, bandar, FELDA, sub-urban dan sebagainya yang menghafal lagu Jason Mraz. Apa yang tercicirnya?

Dan sehingga ke saat saya menulis ini, pandangan masyarakat terhadap aliran sains dalam arena pendidikan masih lagi tidak berubah. Kata masyarakat, aliran sains ini hanyalah untuk si bijak pandai. Betulkan mentaliti dahulu sebelum asyik membantah PPSMI. Kalau hanya si bijak pandai sahaja yang boleh belajar sains, wajarlah PPSMI ini sebenarnya, biar si bijak ini terus bijak. Yang tidak bijak, jangan kata yang anda akan tercicir. Kalau tidak berusaha, memanglah sepanjang masa anda tidak ke mana.

Alasan klise lain, “Jepun, Perancis, Jerman, semuanya berjaya menjadi negara yang hebat teknologi dengan bahasa mereka sendiri”. Baik! Kalau negara kita, semasa perang dunia ke-2 sudah mempunyai pesawat pejuang sendiri, alasan ini boleh diterima. Tetapi hakikatnya, tidak.

Kita boleh tiru langkah orang Eropah dengan membuat terjemahan buku-buku org Arab kepada bahasa mereka. Permasalahannya, sains pada masa itu tidak sepantas hari ini. Kalau hendak tunggu terjemahan, sampai bila kita hendak ditinggalkan. One day, Pluto is considered as a planet. The next day, Pluto is not a planet anymore. Got my point?

Saranan saya, sudah-sudah la dengan PPSMI. Teruskan sahaja dengan idea Tun Dr Mahathir ini. Kerana sepanjang pemerhatian saya, yang membantah PPSMI adalah pejuang bahasa, ahli politik. Ada saintis yang membantah perkara ini? Tidak ada.

Hanya jauhari mengenal manikam…


Tindakan

Informasi

9 responses

26 11 2008
Mysarah

setuju sgt Math n SC Dlm English…tang Jason Mraz tu mcm terasa somting lak…am I correct Mr Ali?hehe….
p/s: komen gune I touch sambil kepala skt dan selsema nk dmm..^_^

Ali : Jason Mraz tu yang paling popular sekarang ni kot…

26 11 2008
mysarah

baik la….x terasa xpela…jgn nk meroy…..CAKAP JAH!!..huhu…

27 11 2008
vien88

Jason Mraz… popular sgt smp meluat aku dgr. BOSAN

Aku pun stuju truskan PPSMI. At least dari skolah kita tau apa istilah sains dlm BI, nak study oversea lg sng.

Aku ingat masa skolah dlu bljr dlm BM. Tetiba masuk matrik bljr dlm BI. Culture shock aku rasa. Amik masa gak nak faham & translate sendiri.

3 12 2008
zaffankhalidnottingham

ok shj sc and maths dlm english…tp TOLONGLAH..tolonglah mantapkan english juga..dan bantulah golongan tercicir…Hishamudin pon ada sebut ttg kerisauan ttg golongan tercicir…hehe..bestnya pendidik anak bangsa!

Ali..lawatla blog sempoi aku…http://zaffankhalid.iluvislam.com.

ada cerita tentang debat..tp cerita sekolah menengah yang maybe tidak gah!

baca lah ye…suka juga kalau ada yg tinggal komen esp bekas satu team dulu

Ali : Baik!

4 12 2008
yanML

PPSMI…aku mmg sokong abis2an…kalo isu keciciran yg selalu dbangkit, aku rasa tak salah kalo dikekalkan dwibahasa smpai ke satu tahap di mana keciciran tak lg menjadi isu…

11 12 2008
Yusuf Nasir

Mungkin PPSMI ini bertujuan untuk mewujudkan perterjemah negara dalam bidang sains dan matematik negara bersaiz hebat. Kelak, negara kita tentunya akan menghasilkan ahli sains dan matematik yang bertaraf dunia, seterusnya semua buku sains dan matematik di universiti-universiti akan dihasilkan dalam bahasa Melayu oleh lulusan PPSMI ini. Mungkin. Bagaimana dengan tidak mungkin…

16 12 2008
awang

Tidak boleh dibanding dengan isu jambatan di Pulau Pinang dengan PPSMI. PPSMI boleh dikiaskan seperti kisah ‘membuka pintu Kota Melaka kepada pihak musuh’.Malah PPSMI sendiri bercanggah dengan ‘syariat negara’ dalam aspek akta bahasa kebangsaan. Dan jangan sesekali hasrat dan niat membolehkan ‘menghalalkan cara’ yang ditegah.

25 12 2008
hiozii8

cam ne nak cakap ye.. urm ni first time tinggalkan komen ni.. tapi just nak cakap la.. ye lah sbagi future teacher, tak salah kalau nak komen sikit.. rasanye satu malaysia dah tau yang sains n math nak tukar balik k bm.. bagus apa.. coz bahasa ibunda is the best.. jangan jadi macam afrika.. ajar anak2 bangsa subjek math n sains dalam bhasa perancis (coz dulu perancis jajah afrika)..last2 skali.. apa jadi kat afrika?? hurmmm.. renung2 kan lah.. tak elok kita nak mengeksperimentasikan anak2 bangsa.. k bye.. hahaha.. menyemak je..sory

1 01 2009
Anon

Orang-orang Inggeris pernah dijajah oleh kuasa asing. Pada ketika itu mereka menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa ilmu. Orang-orang Inggeris meninggalkan bahasa Latin kerana ia bahasa penjajah dan ia tidak dapat membantu memperkasakan orang-orang Inggeris. Orang-orang Inggeris mula maju selepas mereka menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia agak pelik sedikit kerana ramai yang suka mengambil langkah mengundur ke belakang. Orang Melayu meninggalkan bahasa Melayu dalam mengajar sains dan matematik supaya kedua-dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris. Ada yang mengeluarkan hujah dangkal di mana PPSMI perlu kerana banyak sumber ilmu dalam bahasa Inggeris. Ini termasuklah buku-buku, jurnal-jurnal dan sebagainya. Idea sebegini amat ganjil kerana ia tidak menyentuh langsung tentang menterjemah buku-buku, artikel-artikel jurnal dan bahan-bahan lain yang berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Ada orang Melayu yang mempunyai kelebihan mahir dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di samping sains dan matematik. Mereka inilah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja menterjemah. Dimanakah pula galakan kepada cerdik pandai Melayu untuk menulis lebih banyak bahan ilmu dalam bahasa Melayu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: