Cuti…. Chow-T

23 12 2008

Sekarang ini cuti. Walaupun orang lain sudah mula berkira-kira untuk kembali ke kuliah dan sekolah, saya tetap di rumah bercuti.

Blog ini juga sudah sedikit bersawang. Idea? Ada tetapi kesempatan belum ada. Mood pun tidak tentu hala. Sedikit masa nanti, saya akan mula menulis semula.

Apa-apapun, paling menyeronokkan sehari dua lepas adalah menyaksikan perlawanan Super Series Masters Final di saluran 816. Sangat teruja melihat aksi atlit badminton negara terutamanya Datuk Lee Chong Wei serta beregu Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong.





Reunion : Johor Bahru

15 12 2008

Sebagaimana yang saya kata, rakan-rakan sekolah saya bertandang ke Johor Bahru pada hujung minggu lepas.

Perasaan? Seronok sangat kerana sudah lama tidak berkumpul bersama-sama. Kali terakhir, semasa pergi ke SHAH Pekan, dua tiga tahun lepas rasanya. Lama tu!

Rasyidi memang sudah ada di JB, bekerja di UTM. Ariffin tiba pada Rabu atau Khamis, saya pun tidak ingat. Saiful Nizam dan Hamka tiba lewat, awal pagi Sabtu, jam 3, baru tiba di Taman Universiti JB.

Ketibaan mereka, terus lepak-lepak di kafeteria Noor. Masa itulah dugaan pertama buat Hamka; beg duitnya hilang. Nak buat macam mana, benda dah nak jadi.

Esoknya, bersarapan pagi di rumah saya. Juadah nasi lemak sambal ikan bilis dengan karipap sardin disediakan. Meriah juga pagi yang hening itu, walaupun tidaklah berapa pagi (pukul 11.00 masih dikira pagi, kan?)

AEON Tebrau City

Jalan-jalan di JB sudah tentu. Tetapi, tidak banyak tempat nak dikunjungi. AEON Tebrau City, Plaza Larkin dan Danga Bay sahaja yang sempat diziarahi. Seronok melihat kawan-kawan makan mee rebus Stulang di Plaza Larkin. Sekali lagi, it’s a small world after all, terserempak dengan seorang bekas pelajar SHAH Pekan batch SPM 02, Nur Firdaus Abd Rashid di Plaza Larkin.

Sampai lewat malam, masing-masing sudah mengantuk. Penat. Sudah puas explore Danga Bay semalaman. Ada pesta drift kereta katanya, tetapi seruan tilam lebih kuat.

Danga Bay

Anyway, thanks pada kawan-kawan; Saiful Nizam Mokhtar, Rasyidi Abd Mubin, Mohd Hamka Mohd Nasir dan Ariffin Azmi for this reunion. Juga penghargaan buat Hairina, Umaira dan Khai kerana join sama. Kalau hendak tengok gambar, saya update di friendster sahaja…

p/s : Asalnya hendak taip panjang-panjang, tiba-tiba hilang mood pula.





Jarak : 700 km, sesaran : 0 meter

12 12 2008

6 negeri

Semalam saya kembali ke rumah. Saya sudah maklumkan dalam entri sebelum ini, saya berada di Kuantan sejak Selasa lepas.

Jauh juga saya berjalan. Hendak diceritakan satu-satu, penat la jadinya nanti. Yang menulis hilang mood, yang membaca hilang minat.

Cuma beberapa bingkisan yang ingin saya kongsikan:

1. Dalam masa seminggu, sudah 3 kali saya ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Semuanya urusan hantar-ambil Cik Nurul Asyiqin Mohamed.

2. Setelah bertahun-tahun meng’usha’ kereta Nissan Latio 1.8 edaran Tan Chong Motor milik En Ahmad Reduan, akhirnya saya berjaya memandunya dalm perjalanan UMP-Berjaya Megamall Kuantan-UMP. Kereta ini sangat best! Lain kalin bila datang Kuantan, nak pinjam la, boleh tak?

3. En Reduan dan Adam baru belajar maksud ‘tempat jin bertendang’. Ini semua gara-gara En Reduan membawa kami ke perumahan yang sunyi. Ada sesiapa yang masih tidak tahu maksud frasa ini?

4. Pesta teka-meneka berlaku semasa menonton filem Los dan Faun. Yang peliknya, ada seorang di antara kami yang sempat tidur! Siapa tu ya?! Penat sangat agaknya.

5. Jauh mengembara hingga ke Pekan mencari Murtabak Mengkasar. Rupa-rupanya pemiliknya masih cuti IdulAdha. Dan baru kutahu yang ada cawangan Murtabak Mengkasar di Kuantan.

6. Ali Asyraf dan Khairul Afizan mencapai kat sepakat : Donat Big Apple lebih sedap berbanding Murtabak Mengkasar. Hendak tahu kenapa? Tanya Afizan…

7. Ikan Patin tempoyak di R&R Temerloh tidak laku. Mengapa? Kerana saya dan kakak saya membawa bekalan dari rumah, iaitu Nasi Beriani Daging Korban hasil air tangan ayah. Hingga menjilat jari! Untuk tempahan, sila hubungi 013-7294***.Hihi!

8. Tiada satu gambar kenangan pun saya ambil kali ini. Kenapa? Entah!

9. Adam boleh menggondol anugerah ‘jawapan paling confident’. Pabila ditanya oleh rakannya, “ada tuala spare tak?’, jawapan ringkas yang diberi, dengan penuh yakinnya, “InsyaAllah…”. Ali, Fizan dan Hisyam ‘boink’ sebentar!

10. It’s a small world after all. Khairul Afizan terserempak dengan dua orang kakaknya (di ECM dan Pekan), saya pula ditegur oleh seorang guru SHAH Pekan, En Sukeri (cikgu Bahasa Perancis).

Ada lagi ke yang tertinggal? Yang lain tak berapa menarik rasanya. Lain kali, nak carik Madam Normal pula, nak sotong goreng tepung Tg Lumpur, boleh?

Oh ya! Rakan-rakan sekolah ingin ke JB hujung minggu ini. Nanti saya update ya!





Sudah mula rindu…

10 12 2008

Rabu. Hari Rabu seperti ini, seminggu yang lepas, saya masih di Kuala Lumpur untuk Pertandingan Debat Diraja.

Sekarang, saya di Kuantan. Seperti kelaziman sebelum ini, saya memang selalu ke Kuantan. Menemani kakak saya memandu, kemudian saya pulang semula ke JB menaiki bas.

Kali ini berbeza.

Mengapa? Kerana tercatat sejarah apabila Ali Asyraf Mohamed (dengan bantuan insan tertentu) telah berjaya memujuk En Ahmad Reduan, seorg pegawai Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk membawa bersiar-siar di Kuantan. Kemeriahan jalan-jalan ini juga disertai oleh dua orang pendebat UMP, Khairul Afizan dan Mohd Adam.

Banyak gak cerita best, tetapi tidak dapatlah diceritakan sini Censored! (termasuklah Adam bercerita tentang FRU dan ‘tut’nya). Hanya saya, En Reduan, Fizan dan Adam mengetahuinya.

Hari ini, saya masih di Kuantan. Rancangnya hendak keluar bersiar-siar, tapi tidak tahu hendak ke mana. Student UMP bercuti, kalau tidak, mesti lebih meriah.

Sebenarnya, banyak lagi yang ingin saya ceritakan kehidupan dan liku sepanjang penglibatan saya dalam arena debat intervarsiti di blog ini. Sedikit demi sedikit, akan saya tunaikan.

Apa-apapun, thanks to En Ahmad Reduan, Khairul Afizan dan Mohd Adam (serta insan di Melaka itu) for making my trip to Kuantan a memorable one…

Berbalik kepada tajuk entri, aaaa lu pikirlah sendiri….

dsc02252





Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama…

5 12 2008

Kehidupan sebagai pendebat (ataupun pembahas) sudah sebati dengan jiwa saya. Segala-galanya bermula semasa di tingkatan dua (1999), ada pertandingan pidato peringkat sekolah. Maka, dari detik itulah saya diserap ke dalam pasukan bahas sekolah.

shahpekan

Pemula segala-galanya ialah insan yang bernama Encik Azaman Ahmad, kiniĀ  berkhidmtat di SBPI Pekan. Pada awalnya, saya dan junior-junior serta saudari Sakinah Al-Mubarakah (bekas pendebat UTM yg merupakan senior saya di SHAH) dihantar untuk menyertai Bengkel Debat UIA di Pusat Matrikulasi UIAM di Lembah Pantai ketika itu. Pada saat itulah, buat kali pertama, saya berpeluang mengintai pintu gerbang Universiti Malaya kerana Pusat Matrikulasi UIAM ketika itu berdekatan dengan UM.

Di SHAH Pekan, pendebat dididik bermula dari bawah. Bak kata Nuur Zaffan dalam entrinya, tugas sebagai seorang junior adalah membuat air, membeli makanan untuk senior, research fakta, dan pelbagai tugas lain. Bukan bermakna kami diabaikan, malah En Azaman tetap memberikan kami ilmu dan input berguna, walaupun kami bukan pembahas utama.

Liku hidup sebagai pembahas tidak selalunya indah. Detik ketika digugurkan daripada senarai peserta kontinjen SHAH ke HKSBP di Sek. Men. Sains Sultan Mohd Jiwa (2000) begitu terkesan sehingga hari ini. Ditambah pula dengan pencapaian pasukan bahas SHAH ketika itu berada dalam tahap membanggakan; pusingan separuh akhir, tewas kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar.

SHAHdebat

Kesedihan itu tidaklah berpanjangan, kerana saya diberi peluang menyertai pasukan bahas utama pada tahun 2001. Tahun 2001 ini saya label sebagai tahun kecemerlangan SHAH di mana kami berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dan berjaya mengalahkan KISAS, menjuarai Piala Datuk Syukor Abdullah dan Pidato Piala Diraja (saudara Saidul Adni Abd Latif). Kejayaan ini meletakkan nama SHAH sebaris dengan nama gergasi dunia perbahasan seperti MCKK, SAINA, KISAS dsb.

Bersama En Azaman

Kesudahannya, ada duka, ada suka. Kejayaan saya menyambung legasi SHAH Pekan sebagai wakil negeri Pahang ke Pertandingan Pidato Piala Diraja p’kat kebangsaan 2002 merupakan detik yang manis, walaupun tidak berjaya menempatkan di kedudukan 3 terbaik. Kisah dukanya ialah apabila tewas di pusingan awal PPM dan peringkat akhir Piala Datuk Shukor peringkat negeri meninggalkan kesan yang saya kira sebagai motivasi untuk diri saya.

26798866037486l

Pemergian saya dari SHAH Pekan menyaksikan kegemilangan sekolah saya tidak pernah putus. Nuur Zaffan sendiri mencatat sejarah sebagai pendebat handalan di Piala Jemputan UIAM 2003. Tidak terhenti di situ, adik-adik saya diterajui oleh Helmy Akmal, Amin Firdaus, Syukri Kamal, Syafiq Saifullah, Siddiq, Ikhwan Hibatullah dan ramai lagi meneruskan kegemilangan SHAH dalam pelbagai pertandingan bahas dan debat.

Semuanya bermula oleh En Azaman, dengan anak didiknya yang pertama mencatatkan sejarah di peringkat kebangsaan, iaitu saudari Khairunnisa’ Hj Esa, yang juga merupakan senior saya di Universiti Malaya. Pengajaran yang banyak telah disemai oleh En Azaman, antara lain adalah bahas ini lebih daripada sekadar kalah dan menang. Sifat rendah diri sentiasa diterap, baik menang walaupun kalah. Pergaulan dengan sekolah/pasukan lain perlu dijaga, bersosial dengan baik adalah perlu dan digalakkan, atas batasan yang sendiri ketahui.

Nama Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan mungkin tidakĀ  segah SAINA, SMAP Kajang, MCKK, KISAS dan banyak lagi. Terpahat dalam hati ini nama-nama seperti Khairunnisa’ Esa, Sakinah Al-Mubarakah, Saiful Adni Abd Latif, Bellina Rosli, Nuur Zaffan Khalid, Nur Syuhadah Zainal Abidin, Erma Syafinaza, Sarini, Hafizah, dan banyak lagi. Apa-apapun saya bangga dengan reputasi SHAH Pekan di arena ini.

Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama…





Debat Diraja 2008 : Teknikal dan Tajuk

4 12 2008

royal2008

Penganjuran Debat Diraja kali ini memberi satu ruang untuk pembaharuan.

Antara lain, penyertaan yang terlalu banyak, iaitu menjangkau 64 pasukan bagi debat BM menuntut penganjur (khususnya MADUM) untuk melakukan perubahan terhadap teknikal perdebatan.

Penganjuran di UiTM pada 2007 memulakan format baru iaitu setiap universiti boleh menghantar 4 pasukan; 2 utama dan 2 muda (junior). Peluang sebegini memang memberikan peluang untuk penyertaan yang banyak, tetapi beberapa isu akan timbul.

Memang sudah tradisinya, pasukan utama dan muda akan berentap dalam pusingan awal, tanpa mengira pasukan. Kaedah begini memberikan cabaran buat kedua-dua kategori. Pasukan muda akan menghadapi lawan yang berpengalaman, manakala pasukan utama akan dipaksa memerah tenaga menghadapi pasukan muda yang kadangkali mencetuskan perdebatan yang sukar untuk di’layan’. Atau dengan kata lainnya, pendebat muda seringkali tampil dengan idea tidak terduga dan keraguan yang sukar dijawab.

Sebolehnya, untuk penganjuran akan datang, MADUM boleh mengambil langkah untuk menambah jumlah perlawanan peringkat awal, bukan sekadar 6 perlawanan sahaja. Ini perlu bagi memastikan kesahan atau validity ranking pasukan untuk penentuan ke pusingan kalah mati. Kaedah memisahkan kedua-dua kategori utama dan muda, tanpa menambah jumlah perlawanan juga boleh dibuat, namun ini akan mengurangkan keseronokan dan cabaran untuk perdebatan.

Selain itu, kaedah pemilihan usul juga perlu diperhalusi. Tindakan mencampurkan semua usul menyebabkan perdebatan menjadi bertambah bosan. Jika diberikan pilihan, pendebat sudah tentu akan mencari tajuk yang senang didebatkan dan pasukan pembangkang sudah tentu akan membuang tajuk humor/mantik.Ada di kalangan hakim yang bersuara, “pilihlah tajuk yang berlainan dan memberikan unsur kelainan”. Masalahnya, kami juga perlu berfikir strategi berdebat untuk memilih tajuk. Pasukan saya sendiri, daripada 6 perlawanan pusingan awal, 5 daripadanya berdebat atas isu perpaduan rakyat. Agak bosan recycle fakta sebenarnya. Maka saranan saya agar tajuk dipisahkan kategorinya, sebagaimana Interschool Debate anjuran UIAM.

Selain menjadikan perdebatan menjadi bosan, tindakan mencadangkan usul yang terlalu banyak dalam isu yang berat-berat juga memberikan kelebihan kepada kuasa besar debat IPT seperti UIAM untuk mendominasi perlawanan. Ini akan merugikan dan solah-olah meminggirkan pasukan-pasukan lain untuk menyerlah. Pengalaman saya berkongsi ilmu dengan pendebat UMP menyedarkan saya yang universiti-universiti lain punyai kekuatan tersendiri yang akan mampu menewaskan pasukan handalan. Cuba bayangkan UIAM berdepan dengan pasukan lain dalam isu hiburan, ataupun melawan UPM dengan tajuk sains dan teknologi, ataupun UPNM diberi peluang membincangkan isu keselamatan. Baru seimbang, bukan?

Dalam perlumbaan Formula Satu (F1), apabila Ferrari dan Mclaren terlalu mendominasi perlumbaan, badan induk FIA telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan dominasi kedua-duanya, yang akhirnya membolehkan perlumbaan F1 menjadi menarik semula. Barulah kita dapat lihat keseronokannya. MADUM juga boleh melaksanakan usaha yang sama, jangan sehingga satu hari nanti, perdebatan menjadi semakin membosankan.





Debat Diraja 2008

4 12 2008

Debat Diraja 2008 sudahpun melabuhkan tirainya. Sekalian alam sudah maklum, pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menundukkan juara bertahan Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pusingan akhir. Rugi kepada sesiapa yang tidak hadir, kerana perlawanan ini saya sifatkan sebagai satu perlawanan akhir yang berkualiti.

Malam Anugerah MADUM 2008 memberikan kenangan yang begitu manis buat saya. Memperoleh Anugerah Kecemerlangan Individu adalah satu perkara yang tidak akan saya lupakan dalam detik-detik akhir bergelar sebagai seorang pendebat. Anugerah ini saya tujukan buat Ayah dan Ibu; En Mohamed Ali dan Pn Norazan Ibrahim, kerana kalianlah daku di sini. Juga untuk saudara tersayang, Arbaktun Mardiah, Nurul Asyiqin (yang turut menyertai kontinjen UPNM ke Debat Diraja 08) dan Ariff Asyraf. Buat konsultan tercinta, Azizul Hakim Abd Aziz, juga ahli-ahli UM yang lain; Azri Zahier Azmi, Mohd Zul Fadhli a.k.a Otel, Shahrizan Sarbini, Shen Yee Aun, dan banyak lagi nama yang telah membentuk diri ini. Tidak lupa kepada yang berkongsi kesedihan dan kegembiraan, Maisarah Razali.

dsc045531

Paling mengharukan dah penghargaan tidak terhingga, buat rakan-rakan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Jujurnya, lebih banyak perkara yang diri ini pelajari daripada kalian berbanding ilmu yang kucurah sekelumit cuma. Thanks to Adzwan, Raja, Syed a.k.a Faiz, Pjoyz, Khairul Afizan, Najmie, Masitah, Khairy, Firdaus, Nadya, Effendy, Jumain, Adam, Suria, Syahrul, Ika, Nurza, Arni, Helmy (ade lagi ke yang tidak ditulis?). Jasa kalian amat kuhargai. Jutaan terima kasih tidak akan dapat membalas segalanya!

dsc01372Terima kasih juga buat Khairul Anuar UKM yang bersama-sama menceriakan diri ini selepasa majlis penutup. Nasib baik ada insan kerdil ini. Jika tidak…?

Saya pasti akan membuat beberapa entri lagi tentang debat, mengenangkan saya sudah berada di penghujung dunia sebagai pendebat…