Debat Diraja 2008 : Teknikal dan Tajuk

4 12 2008

royal2008

Penganjuran Debat Diraja kali ini memberi satu ruang untuk pembaharuan.

Antara lain, penyertaan yang terlalu banyak, iaitu menjangkau 64 pasukan bagi debat BM menuntut penganjur (khususnya MADUM) untuk melakukan perubahan terhadap teknikal perdebatan.

Penganjuran di UiTM pada 2007 memulakan format baru iaitu setiap universiti boleh menghantar 4 pasukan; 2 utama dan 2 muda (junior). Peluang sebegini memang memberikan peluang untuk penyertaan yang banyak, tetapi beberapa isu akan timbul.

Memang sudah tradisinya, pasukan utama dan muda akan berentap dalam pusingan awal, tanpa mengira pasukan. Kaedah begini memberikan cabaran buat kedua-dua kategori. Pasukan muda akan menghadapi lawan yang berpengalaman, manakala pasukan utama akan dipaksa memerah tenaga menghadapi pasukan muda yang kadangkali mencetuskan perdebatan yang sukar untuk di’layan’. Atau dengan kata lainnya, pendebat muda seringkali tampil dengan idea tidak terduga dan keraguan yang sukar dijawab.

Sebolehnya, untuk penganjuran akan datang, MADUM boleh mengambil langkah untuk menambah jumlah perlawanan peringkat awal, bukan sekadar 6 perlawanan sahaja. Ini perlu bagi memastikan kesahan atau validity ranking pasukan untuk penentuan ke pusingan kalah mati. Kaedah memisahkan kedua-dua kategori utama dan muda, tanpa menambah jumlah perlawanan juga boleh dibuat, namun ini akan mengurangkan keseronokan dan cabaran untuk perdebatan.

Selain itu, kaedah pemilihan usul juga perlu diperhalusi. Tindakan mencampurkan semua usul menyebabkan perdebatan menjadi bertambah bosan. Jika diberikan pilihan, pendebat sudah tentu akan mencari tajuk yang senang didebatkan dan pasukan pembangkang sudah tentu akan membuang tajuk humor/mantik.Ada di kalangan hakim yang bersuara, “pilihlah tajuk yang berlainan dan memberikan unsur kelainan”. Masalahnya, kami juga perlu berfikir strategi berdebat untuk memilih tajuk. Pasukan saya sendiri, daripada 6 perlawanan pusingan awal, 5 daripadanya berdebat atas isu perpaduan rakyat. Agak bosan recycle fakta sebenarnya. Maka saranan saya agar tajuk dipisahkan kategorinya, sebagaimana Interschool Debate anjuran UIAM.

Selain menjadikan perdebatan menjadi bosan, tindakan mencadangkan usul yang terlalu banyak dalam isu yang berat-berat juga memberikan kelebihan kepada kuasa besar debat IPT seperti UIAM untuk mendominasi perlawanan. Ini akan merugikan dan solah-olah meminggirkan pasukan-pasukan lain untuk menyerlah. Pengalaman saya berkongsi ilmu dengan pendebat UMP menyedarkan saya yang universiti-universiti lain punyai kekuatan tersendiri yang akan mampu menewaskan pasukan handalan. Cuba bayangkan UIAM berdepan dengan pasukan lain dalam isu hiburan, ataupun melawan UPM dengan tajuk sains dan teknologi, ataupun UPNM diberi peluang membincangkan isu keselamatan. Baru seimbang, bukan?

Dalam perlumbaan Formula Satu (F1), apabila Ferrari dan Mclaren terlalu mendominasi perlumbaan, badan induk FIA telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan dominasi kedua-duanya, yang akhirnya membolehkan perlumbaan F1 menjadi menarik semula. Barulah kita dapat lihat keseronokannya. MADUM juga boleh melaksanakan usaha yang sama, jangan sehingga satu hari nanti, perdebatan menjadi semakin membosankan.


Tindakan

Informasi

5 responses

5 12 2008
masy2k

Ure entry this time around opens a vast area to discuss be it the number of teams, topics of debate, the number of qualifying rounds or the “muda” (YOUNG) “utama” (TUA, DEWA or whatever)

Cuma kurang memaklumi mengenai keberatan tajuk pakai kati ke atau paun atau …?

My pleasure to watch The Royal 08 At UIAM or IIUM as it states at my keychain THANKS ALL DEBATORS!!!

p/s Wipe That Smile Of Your Face ALI

Ali : Jangan meminta perincian atas perincian ya! Semua org faham maksud ‘tajuk berat’…

5 12 2008
Zhafrie Johari

cadangan kau rasional.aku rasa boleh dipertimbangkan oleh pihak berkenaan.

Ali : Semua benda perlukan perubahan. Thanks!

8 12 2008
cikgu_eya

setuju2 bab mempelbagaikan usul dan pembahagian usul mengikut ketagori. Yang kes tajuk berat tu, masa pangkah usul, tajuk2 berat itu yang dibuang, tu sebab banyak match tajuk yang berkisar tentang perpaduan, kan?

Kalau pembahagian usul ikut kategori, nak tak nak, kena gak usul unsur humor/mantik, sosial dll, kan?

Debat nih satu nasib gak. Contohnya ada satu kumpulan muda, 5 match saringan bertembung dengan kumpulan Utama. Kena pulak bertemu tuh dengan gergasi2 Utama pulak.. kesian anak ikan yang baru nak bertatih. Tenggelam terus walhal bakatnya lebih menyerlah dari pasukan yang mara ke peringkat seterusnya… aduyai~

29 12 2008
sklington

betul tu… sy sokong… jumlah perlawanan perlu diperbanyakkan, namun, perlawanan antara junior n senior tetep diteruskan. selain pendedahan, sy rasa, lebih baik, kalau sehari sebelum perlawanan diadakan kelas perdebtan. sebab, sekarang, macam terdapat bnyk sgat mazhab dalam debat. ada juri nak literal, ada yangtak nak. ada yang suka tepuk meja, ada yg tak. ada yang suka unsur sindiran, ada yang tidak. maka, keselarian teknikal itu mungkin kurang….

17 01 2009
Iqa

Suka sgt dgn usul ekonomi. Tapi kebanyakkan pasukan akan buang tajuk ni. Nape ek…?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: