Kehidupan sebagai pendebat (ataupun pembahas) sudah sebati dengan jiwa saya. Segala-galanya bermula semasa di tingkatan dua (1999), ada pertandingan pidato peringkat sekolah. Maka, dari detik itulah saya diserap ke dalam pasukan bahas sekolah.
Pemula segala-galanya ialah insan yang bernama Encik Azaman Ahmad, kini berkhidmtat di SBPI Pekan. Pada awalnya, saya dan junior-junior serta saudari Sakinah Al-Mubarakah (bekas pendebat UTM yg merupakan senior saya di SHAH) dihantar untuk menyertai Bengkel Debat UIA di Pusat Matrikulasi UIAM di Lembah Pantai ketika itu. Pada saat itulah, buat kali pertama, saya berpeluang mengintai pintu gerbang Universiti Malaya kerana Pusat Matrikulasi UIAM ketika itu berdekatan dengan UM.
Di SHAH Pekan, pendebat dididik bermula dari bawah. Bak kata Nuur Zaffan dalam entrinya, tugas sebagai seorang junior adalah membuat air, membeli makanan untuk senior, research fakta, dan pelbagai tugas lain. Bukan bermakna kami diabaikan, malah En Azaman tetap memberikan kami ilmu dan input berguna, walaupun kami bukan pembahas utama.
Liku hidup sebagai pembahas tidak selalunya indah. Detik ketika digugurkan daripada senarai peserta kontinjen SHAH ke HKSBP di Sek. Men. Sains Sultan Mohd Jiwa (2000) begitu terkesan sehingga hari ini. Ditambah pula dengan pencapaian pasukan bahas SHAH ketika itu berada dalam tahap membanggakan; pusingan separuh akhir, tewas kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Kesedihan itu tidaklah berpanjangan, kerana saya diberi peluang menyertai pasukan bahas utama pada tahun 2001. Tahun 2001 ini saya label sebagai tahun kecemerlangan SHAH di mana kami berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dan berjaya mengalahkan KISAS, menjuarai Piala Datuk Syukor Abdullah dan Pidato Piala Diraja (saudara Saidul Adni Abd Latif). Kejayaan ini meletakkan nama SHAH sebaris dengan nama gergasi dunia perbahasan seperti MCKK, SAINA, KISAS dsb.
Kesudahannya, ada duka, ada suka. Kejayaan saya menyambung legasi SHAH Pekan sebagai wakil negeri Pahang ke Pertandingan Pidato Piala Diraja p’kat kebangsaan 2002 merupakan detik yang manis, walaupun tidak berjaya menempatkan di kedudukan 3 terbaik. Kisah dukanya ialah apabila tewas di pusingan awal PPM dan peringkat akhir Piala Datuk Shukor peringkat negeri meninggalkan kesan yang saya kira sebagai motivasi untuk diri saya.
Pemergian saya dari SHAH Pekan menyaksikan kegemilangan sekolah saya tidak pernah putus. Nuur Zaffan sendiri mencatat sejarah sebagai pendebat handalan di Piala Jemputan UIAM 2003. Tidak terhenti di situ, adik-adik saya diterajui oleh Helmy Akmal, Amin Firdaus, Syukri Kamal, Syafiq Saifullah, Siddiq, Ikhwan Hibatullah dan ramai lagi meneruskan kegemilangan SHAH dalam pelbagai pertandingan bahas dan debat.
Semuanya bermula oleh En Azaman, dengan anak didiknya yang pertama mencatatkan sejarah di peringkat kebangsaan, iaitu saudari Khairunnisa’ Hj Esa, yang juga merupakan senior saya di Universiti Malaya. Pengajaran yang banyak telah disemai oleh En Azaman, antara lain adalah bahas ini lebih daripada sekadar kalah dan menang. Sifat rendah diri sentiasa diterap, baik menang walaupun kalah. Pergaulan dengan sekolah/pasukan lain perlu dijaga, bersosial dengan baik adalah perlu dan digalakkan, atas batasan yang sendiri ketahui.
Nama Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan mungkin tidak segah SAINA, SMAP Kajang, MCKK, KISAS dan banyak lagi. Terpahat dalam hati ini nama-nama seperti Khairunnisa’ Esa, Sakinah Al-Mubarakah, Saiful Adni Abd Latif, Bellina Rosli, Nuur Zaffan Khalid, Nur Syuhadah Zainal Abidin, Erma Syafinaza, Sarini, Hafizah, dan banyak lagi. Apa-apapun saya bangga dengan reputasi SHAH Pekan di arena ini.
Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama…
mcm nk nangis je bc entry ni….bangga pun ada juga….ehm…..2 in 1 feeling bole x??..huhu…
I’M PROUD OF U….CONGRATS!!!…..
ali…hehe…terima kasih..
aku perasan..link blog aku di `idea kawan lama` dan `idea pendebat`…
huhu….rasa jauh dari dunia itu..tp seronok tgk anda semua (ie pendebat) melalui detik-detik yang banyak mengajar aku dulu
ps: cik mysarah…grad sudah..bilakah berumah tangga pula? =p
next time datang kuantan cari la i…huhuhu
Ali : Next time I cari you… haha!
jalan2, terjumpa blog kau ni. kau spm batch bila ye? salam perkenalan…
Ali : SPM02…. Salam kembali!
salam…
seronok membaca this post…
abg ali…
u such a great senior…
well…
shahpekan bukan tak gah…
cumer terlebih gah…
coz kiter sangat ramai bbdak yang berbakat…
hehe…
have a nice day…