Jarak : 700 km, sesaran : 0 meter

12 12 2008

6 negeri

Semalam saya kembali ke rumah. Saya sudah maklumkan dalam entri sebelum ini, saya berada di Kuantan sejak Selasa lepas.

Jauh juga saya berjalan. Hendak diceritakan satu-satu, penat la jadinya nanti. Yang menulis hilang mood, yang membaca hilang minat.

Cuma beberapa bingkisan yang ingin saya kongsikan:

1. Dalam masa seminggu, sudah 3 kali saya ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Semuanya urusan hantar-ambil Cik Nurul Asyiqin Mohamed.

2. Setelah bertahun-tahun meng’usha’ kereta Nissan Latio 1.8 edaran Tan Chong Motor milik En Ahmad Reduan, akhirnya saya berjaya memandunya dalm perjalanan UMP-Berjaya Megamall Kuantan-UMP. Kereta ini sangat best! Lain kalin bila datang Kuantan, nak pinjam la, boleh tak?

3. En Reduan dan Adam baru belajar maksud ‘tempat jin bertendang’. Ini semua gara-gara En Reduan membawa kami ke perumahan yang sunyi. Ada sesiapa yang masih tidak tahu maksud frasa ini?

4. Pesta teka-meneka berlaku semasa menonton filem Los dan Faun. Yang peliknya, ada seorang di antara kami yang sempat tidur! Siapa tu ya?! Penat sangat agaknya.

5. Jauh mengembara hingga ke Pekan mencari Murtabak Mengkasar. Rupa-rupanya pemiliknya masih cuti IdulAdha. Dan baru kutahu yang ada cawangan Murtabak Mengkasar di Kuantan.

6. Ali Asyraf dan Khairul Afizan mencapai kat sepakat : Donat Big Apple lebih sedap berbanding Murtabak Mengkasar. Hendak tahu kenapa? Tanya Afizan…

7. Ikan Patin tempoyak di R&R Temerloh tidak laku. Mengapa? Kerana saya dan kakak saya membawa bekalan dari rumah, iaitu Nasi Beriani Daging Korban hasil air tangan ayah. Hingga menjilat jari! Untuk tempahan, sila hubungi 013-7294***.Hihi!

8. Tiada satu gambar kenangan pun saya ambil kali ini. Kenapa? Entah!

9. Adam boleh menggondol anugerah ‘jawapan paling confident’. Pabila ditanya oleh rakannya, “ada tuala spare tak?’, jawapan ringkas yang diberi, dengan penuh yakinnya, “InsyaAllah…”. Ali, Fizan dan Hisyam ‘boink’ sebentar!

10. It’s a small world after all. Khairul Afizan terserempak dengan dua orang kakaknya (di ECM dan Pekan), saya pula ditegur oleh seorang guru SHAH Pekan, En Sukeri (cikgu Bahasa Perancis).

Ada lagi ke yang tertinggal? Yang lain tak berapa menarik rasanya. Lain kali, nak carik Madam Normal pula, nak sotong goreng tepung Tg Lumpur, boleh?

Oh ya! Rakan-rakan sekolah ingin ke JB hujung minggu ini. Nanti saya update ya!


Tindakan

Informasi

5 responses

12 12 2008
farhan ghadzali

cite los & faun tu bes x abg ali???..igt nk usha gak tp takot tak berbaloi huhu..maklum lerr,cite melayu haha

Ali : Bagus juga ceritanya!

12 12 2008
mysarah

8. Tiada satu gambar kenangan pun saya ambil kali ini. Kenapa?

jawapan : sebab xde “orang” yg rajin amikkan awk gmbr..huhu….^_^

14 12 2008
eqin

lar… 3 kali ekk?
xprasan la.. hehe.. cowie2…

Ali : No big deal la…

15 12 2008
Rem

Asyraf,
“Tempat jin bertendang”? 🙂

Yang saya tau, “tempat jin berTANDANG”. Maksudnya, jin-jin datang bertandang (melawat) kat situ.

Tapi kalau tempat jin bertendang… ini tentu satu tempat yang lagi ajaib. Mungkin orang-orang kat tempat tu banyak sangat buat maksiat, sampai jin-jin tu pun naik cuak. Sampai menendang-nendang! 🙂

Ali : Oh! Ye ke? Baru kutahu… Thanks!

19 02 2009
LaLaLOLa

ali, lenkali turun kuantan saon aku erk…
huhu kasihanilah daku yg sebatang kara di sini
xder kawan!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: