Sebagaimana yang saya kata, rakan-rakan sekolah saya bertandang ke Johor Bahru pada hujung minggu lepas.
Perasaan? Seronok sangat kerana sudah lama tidak berkumpul bersama-sama. Kali terakhir, semasa pergi ke SHAH Pekan, dua tiga tahun lepas rasanya. Lama tu!
Rasyidi memang sudah ada di JB, bekerja di UTM. Ariffin tiba pada Rabu atau Khamis, saya pun tidak ingat. Saiful Nizam dan Hamka tiba lewat, awal pagi Sabtu, jam 3, baru tiba di Taman Universiti JB.
Ketibaan mereka, terus lepak-lepak di kafeteria Noor. Masa itulah dugaan pertama buat Hamka; beg duitnya hilang. Nak buat macam mana, benda dah nak jadi.
Esoknya, bersarapan pagi di rumah saya. Juadah nasi lemak sambal ikan bilis dengan karipap sardin disediakan. Meriah juga pagi yang hening itu, walaupun tidaklah berapa pagi (pukul 11.00 masih dikira pagi, kan?)
Jalan-jalan di JB sudah tentu. Tetapi, tidak banyak tempat nak dikunjungi. AEON Tebrau City, Plaza Larkin dan Danga Bay sahaja yang sempat diziarahi. Seronok melihat kawan-kawan makan mee rebus Stulang di Plaza Larkin. Sekali lagi, it’s a small world after all, terserempak dengan seorang bekas pelajar SHAH Pekan batch SPM 02, Nur Firdaus Abd Rashid di Plaza Larkin.
Sampai lewat malam, masing-masing sudah mengantuk. Penat. Sudah puas explore Danga Bay semalaman. Ada pesta drift kereta katanya, tetapi seruan tilam lebih kuat.
Anyway, thanks pada kawan-kawan; Saiful Nizam Mokhtar, Rasyidi Abd Mubin, Mohd Hamka Mohd Nasir dan Ariffin Azmi for this reunion. Juga penghargaan buat Hairina, Umaira dan Khai kerana join sama. Kalau hendak tengok gambar, saya update di friendster sahaja…
p/s : Asalnya hendak taip panjang-panjang, tiba-tiba hilang mood pula.