Debat IKIM

20 01 2009

IKIMzizul

Alhamdulillah.

16 Januari 2009 menjadi satu makna yang bersejarah dalam hidup saya.

Debat Kefahaman Islami ke-6 menjadi saksi : UM berjaya juga melangkah ke pentas final, dan lebih manis lagi apabila berjaya meraih johan.

Dugaan, usah dikata. Kontroversi yang timbul terlerai dengan sikap IKIM dan UM yang professional. Jujurnya, saya kesal dengan semua isu yang timbul, namun kalau tiada ujian dariNya, tidak mungkin Dia akan kurniakan nikmat ini. Seorang pendebat senior pernah bersuara kepada saya, “…whatever you do, will reflect your institution…”. (Apa jua tindakan kamu, akan mencerminkan institusi yang kamu wakili). Thanks kepada pendebat senior itu, kata-kata anda memang memberikan pengajaran.

Apa-apapun, terima kasih tidak terhingga saya tujukan buat kedua ibu dan ayah; En Mohamed bin Ali dan Pn Norazan binti Ibrahim, kerana kalianlah diri ini begini, tidak jemu-jemu memberikan sokongan buat diri ini sejak dahulu. Tidak lupa buat Arbaktun, Asyiqin, Ariff dan Maisarah, kalianlah sumber kekuatan diri ini. Warga orator UM; Azizul Hakim, Zul Fadhli, Azri Zahier yang banyak memberi tunjuk ajar buat diri ini. Tidak dilupa kepada yang lain, tidak tertaip semua nama, namun kalian tetap di hati.

Buat pendebat-pendebat universiti lain, teruskanlah mewarnai arena debat IPT. Diri ini sudah lelah dan penat dengan sepak terajang dunia debat.

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi…

teamintegriti08

p/s : John, jangan sentap isu tersalah umum itu ya! Kita ini sesama universiti, kan?





Muzik dan Filem

4 01 2009

Duduk di rumah, peluang menonton TV sentiasa ada.

Baru-baru ini menonton Bujang Senang di salah satu saluran ASTRO, saya terlupa salurannya. Tiba-tiba, dapat satu idea untuk entri di blog ini.

Saya bukanya pakar perfileman, bukan juga seorang yang pernah mengarah atau menulis skrip sesebuah filem. Tetapi, saya begitu hairan dengan kualiti filem tempatan, yang begitu dibanggakan oleh sesetengah pengarah dan produser.

Entri kali ini, saya ingin menyentuh tentang muzik latar yang mewarnai sesebuah filem.

Filem Hollywood, ataupun filem-filem negara lain seringkali tampil dengan muzik tema tertentu. Dengar sahaja muziknya, sudah tahu apa judulnya. Ramli MS pernah memuji tentang kehebatan penyusun muzik handalan seperti John Williams, bagaimana beliau sentiasa mempunyai idea terbaik untuk filem-filem seperti Star Wars, Indiana Jones, Harry Potter, Jurassic Park dsb.

Ya! Tidak adil untuk bandingkan filem kita dengan filem luar. Tetapi, apa salahnya jika aspek muzik juga diberi penekanan supaya filem kita nampak segar.

Bukannya tidak boleh buat. M Nasir pernah memberi sentuhan emas untuk runut bunyi Puteri Gunung Ledang. Adnan Abu Hassan juga telah membuat susunan muzik yang simple tetapi boleh diingati dalam Trauma.

Lain pula ceritanya dengan filem Bujang Senang. Muzik filem ini ada sebahagiannya dipetik daripada runut bunyi filem “The Litte Mermaid” terbitan Disney. Begitu juga filem Jutawan Fakir, ada mengambil muzik daripada filem “Mulan”. Filem dari syarikat Skop Production pula sudah berulang kali menggunakan efek muzik dan bunyi yang sama, sejak Maria Mariana, Janji Diana, Sembilu 2005 dan banyak lagi.

Saya tahu perkara ini, kerana saya sangat berminat mendengar runut bunyi filem, terutamanya filem asing. Dan acapkali saya gunakan muzik dari runut bunyi ini, untuk video/presentation saya semasa di universiti. Maklumlah, masih lagi amatur, tidak mampu karang muzik sendiri.

Maka, saya ingin bertanya, adakah penyusun-penyusun muzik untuk filem di Malaysia ini masih bertaraf amatur seperti saya yang menggunakan muzik import untuk video? Ataupun saya yang sudah professional seperti mereka, pandai crop muzik, kemudian selitkan sahaja dalam filem atau video…

Mungkin penonton yang jarang dengar lagu soundtrack tidak sedar. Tetapi, bagi yang selalu mendengarkannya, rasa amat pelik dan jelik. Buatlah muzik baru, tidak perlu guna orkestra pun. Janji, filem itu dapat memberikan sesuatu yang segar.





2009

1 01 2009

Semua orang menyambut tahun baharu. Tidak kira tahun baharu kalendar suria, mahupun kalendar qamari. Tahun ini seperti tahun lalu, istimewa. Kerana tahun baharu hijrah berdekatan tarikhnya dengan tahun baharu masihi.

Untuk entri kali ini, saya hendak imbas kembali, beberapa kenangan menarik sepanjang 2008. Banyak juga sebenarnya, tempoh 366 hari, sudah tentu banyak perkara berlaku, kan?

Paling manis ialah kelahiran blog saya di wordpress ini pada Januari 2008. Sebelum itu, saya sekadar menggunakan blog di friendster sahaja. Alhamdulillah, walaupun selalu bersawang, sekurang-kurangnya blog ini tidak mati. Azam saya tahun 2009? Menulis lebih banyak entri yang boleh memberikan manfaat. Sehingga entri ini ditulis, blog saya sudah di’view’ sebanyak 45,554 kali. Tahniah!

Tahun lalu, saya menyambut tahun baru 2008 di Seremban, atau lebih tepat, di rumah Abg Azerai. Masih ingat lagi, saya, Otel, Dayat dan Haris pergi bertandang dan menyepahkan rumahnya dengan penuh belas ihsan. Haha! Seronok berjalan-jalan sejauh Port Dickson masa tu!

Kenangan paling manis saya untuk tahun 2008 ialah tatkala menjalani praktikal latihan mengajar saya di Sek Men Agama Persekutuan Kajang. Sepuluh minggu terasa seperti sepuluh hari sahaja.

Semasa menyertai kontinjen SMAPK ke HKSBP

Semasa menyertai kontinjen SMAPK ke HKSBP

Selain mengiringi pasukan bahas, memori bersama-sama guru-guru SMAPK juga mengajar kelas 4 Neptun dan 4 Uranus juga memberikan impak yang besar pada saya.

Bilik guru SMAPK yang happening!

Bilik guru SMAPK yang happening!

Kenangan debat saya juga begitu indah sepanjang 2008. Walaupun hanya sekali sahaja berjaya menjengah ke pentas akhir, namun kenangan bersama-sama rakan pendebat yang paling saya syukuri.

Meraih gelaran johan Debat Perdana Integriti 2008. Thanks Azri and Shen!

Meraih gelaran johan Debat Perdana Integriti 2008. Thanks Azri and Shen!

Latihan bersama pendebat UMP

Latihan bersama pendebat UMP

Pendebat askar dari UPNM... (kanak-kanak ni takde gaya askar langsung! byk main jek...)

Pendebat askar dari UPNM... (kanak-kanak ni takde gaya askar langsung! byk main jek...)

Paling manis dalam kehidupan bergelar pendebat untuk tahun 2008 ialah menggondol Anugerah Kecemerlangan Individu semasa Debat Diraja di UIAM. Thanks utk semua especially my parents and Azizul Hakim kerana banyak beri bantuan dan sokongan.

Bersama Maisarah, sejurus berakhir perlawanan debat terakhir saya untuk 2008

Bersama Maisarah, sejurus berakhir perlawanan debat terakhir saya untuk 2008

Banyak lagi yang menarik, cuma ini yang saya tertulis.

Apa-apapun, moga sukses untuk semua pada tahun 2009 ini!!! (Juga buat diri saya…)