Alhamdulillah.
16 Januari 2009 menjadi satu makna yang bersejarah dalam hidup saya.
Debat Kefahaman Islami ke-6 menjadi saksi : UM berjaya juga melangkah ke pentas final, dan lebih manis lagi apabila berjaya meraih johan.
Dugaan, usah dikata. Kontroversi yang timbul terlerai dengan sikap IKIM dan UM yang professional. Jujurnya, saya kesal dengan semua isu yang timbul, namun kalau tiada ujian dariNya, tidak mungkin Dia akan kurniakan nikmat ini. Seorang pendebat senior pernah bersuara kepada saya, “…whatever you do, will reflect your institution…”. (Apa jua tindakan kamu, akan mencerminkan institusi yang kamu wakili). Thanks kepada pendebat senior itu, kata-kata anda memang memberikan pengajaran.
Apa-apapun, terima kasih tidak terhingga saya tujukan buat kedua ibu dan ayah; En Mohamed bin Ali dan Pn Norazan binti Ibrahim, kerana kalianlah diri ini begini, tidak jemu-jemu memberikan sokongan buat diri ini sejak dahulu. Tidak lupa buat Arbaktun, Asyiqin, Ariff dan Maisarah, kalianlah sumber kekuatan diri ini. Warga orator UM; Azizul Hakim, Zul Fadhli, Azri Zahier yang banyak memberi tunjuk ajar buat diri ini. Tidak dilupa kepada yang lain, tidak tertaip semua nama, namun kalian tetap di hati.
Buat pendebat-pendebat universiti lain, teruskanlah mewarnai arena debat IPT. Diri ini sudah lelah dan penat dengan sepak terajang dunia debat.
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi…
p/s : John, jangan sentap isu tersalah umum itu ya! Kita ini sesama universiti, kan?
Congratulation…!!!
Ali : Thanks…
salam…
tahniah buat saudara ali.
teruskan kecemerlangan anda.
kecemerlangan anda sam seperti cemerlangnya pro-m memenangi pilihanraya, ha..ha..
gurau je..
Tahniah!
leh belanja pas nie yek..
hehe…
congratulations, and celebrations..
la la la la..
Assalamualaikum…tahniah abg ali…lama x dengar khabar abg ali…hehe…apa pun hebat la korang..by the way jangan lupa anak murid abg ali kat pahang nih..hahaha
tahniah abang ali!!!….dtg mlk cepat…hahaha
perkembangan terkini astar mcm mn? usul dah keluar?
16 september????? hmm…
apa pun, tahniah pada ali yang berjaya jadi best speaker IKIM final!!!!
salam.
x de ek gambar saya….?
btw, tahniah….
Tahniah..
Untuk kesekian kalinya…
tahniah UM… kemenangan atas dasar yg kotor lebih hina drpd kekalahan yg memalukan.. sepanjang hidup tiadalah layak mendapat penghormatan…
Ps: harap dpt sertai pertandingan debat yg seterusnya… membuktikan pasukan debat UM sememangnya tidak bermaruah….
Ali : Terima kasih. Tak hidup dek puji, tak mati dek keji…
salam
Tahniah abg ali
bangga junior shah pekan
kan saya dah cakap… mesti ader kejayaan tuk abg
tapi saya sendiri pelik akan sumpahan saya…
cakap je mesti jadi…
yg lebih pelik kat abg je plak yg akan jd…
dah macam cerita movie bed time st0ry plak hehehe
Tahniah!
Promising start. Hopefully the momentum stays longer, until the end of the season. 🙂
assalamualaikum!!..tahniah atas kejayaan!!semoga terus maju!
yeah ali, congratz.
actually, just curious..what exacly did happened on that day?
pondan mane la yg komen kurang ajar sgt tu?
weh pondan, ko takyah masuk debat la..
ko tak belajar ape2 dari debat pun..
debat mengajar kite untuk menerima kekalahan dengan hati terbuka dan matang..
debat bukan untuk menjadikan kite org yg bersifat dengki dan iri hati melihat kejayaan org lain…
Ali : John meroyan kah? haha… memang betul cakap ko tuh…
debat ikim adalah debat yg eksklusif dan lain drpd lain.biarlah kemenangan dbt ikim mampu menjadikan diri kita semakin dkt dengan-Nya. ikhlas saya katakan, sepanjang sy mengikuti debat saya paling menggemari sdr burhan, pendebat ums yg memenangi pendebat terbaik 2006. beliau berdebat benar2 atas ilmu yg benar dan tidak dibuat.. hatta, beliau tidak pernah mengejar apa2 aungerah dan gelaran,ketika dianugerahkn anungerah kecemerlangan individu oleh madum, beliau tidak hadir wlpun anugerah itu impian setiap pendebat.orgnya terkenal dgn bersongkok.. wlpun jrg pendebat2 len bercerita mengenainya tetapi sy amat menghormatinya sbgai pendebat. Tahniah kpd UM.. semoga pendebat2 yg menyertai benar2 faham apa yg di perkatakan…
Ali : Saya kenal benar, dan jujurnya kagum dengan beliau yang dimaksudkan. Harus saya akui, di Debat Kefahaman Islam inilah saya mempunyai peluang menambah ilmu yang sebenar, bukan seperti debat-debat lain. Terima kasih buat Zakiyya USM yang berpesan kepada saya, “jangan jual agama untuk dunia”.
tahniah buat UM. apapun terjadi, berbalik kepada ketentuan Yang Maha Esa.
Sesungguhnya abg dah dapat nilai sapa kawan, siapa lawan dalam isu yang berlaku.
kepada budak > jangan la over sangat nak mengata pun. junjunglah kesucian dan martabat pendebat.
btw, tahniah buat abg ali,
ade pulak yang tak puas hati.=)
Congrats Ali Asyraf!
tahniah..
truskn pjuangan dan bykkn bsabar..
Ali : Thanks bieb! Same goes to you…
Tahniah UM sungguhpun pada nilaian diri ini semasa mendengarnya melalui radio IKIM kemenangan berpihak kepada USIM ( beza kemenangan cuma 0.28% ) Jadi mungkin nilaian saya agak selari dengan hakim “agaknyalah”. Tentang pendebat terbaik pula mengikut nilaian diri ini juga berpihak kepada pembangkang ketiga dari USIM namun sekalung budi terima kasih dirakamkan kerana ayah mu tetap bangga dengan anugerah itu
salam ziarah..
tahniah..
smoga truskan perjuangan anda..
jmput ke blog sy ye..
syukran..
salam alaik..
A’kum,
Tahniah atas kemenangan UM utk debat IKIM…biasalah dalam hidup, akan ada yang tidak puas hati dgn apa yang kita miliki. asalkan kita tahu kita telah buat apa yang kita rasakan betul, pedulikan kata orang…tahniah sekali lagi utk UM.
Tahniah Ali Asyraf…walau lambat meng”komen” di blog ni…namun sekalaung tahniah buat dirimu….semoga dirimu sentiasa dimurahkan rezeki….
hargailah “ia” sementara “ia” masih di sisi…take care…
First, Maaf kerana tak tahu apa-apa pun!!
Second, Kalau terlibat dalam zero sum game (permainan satu mesti menang satu mesti kalah) jangan marah kalau kalah dan jangan sombong kalau menang.
Third, Apa-apa pun tahniah atas kejayaan anak muda dalam bercakap!! Kalau dah pandai bercakap nantinya kena pandai buat pula. Kalau tidak “cakap tak serupa bikin”.
Fourth, Belajarlah sungguh-sungguh melalui kuliah, melalui pengalaman, melalui hands on, melalui intuisi, melalui penghayatan wahyu dan sunnah serta melalui liku-liku perjuangan.
Sekian, TK
akum…
terutama sekali tahniah sbb menang…
panas gak kontroversi yg berlaku…
xpe la abg ali…
anggap semuanya dugaanNYA…
bagi yg dengki…
jgn jadikan debat satu perkara yg di pandang rendah…
dek kerana ada perasaan PHD itu…
kita berdebat..berdebat gak…
bila kat luar…
kita bersaudara…
tak guna utk kt bermusuh2han…
tahniah skali lagi he3
Ali : Buat Jumain, jangan berhenti usaha ya!
kalau x leh terima kekalahan baik tak payah masuk dunia perdebatan,
kalau takut berjuang jgn sesekali keras menentang,
kalau jatuh terduduk jgn sesekali cepat mengutuk,
igt….kalah atau mng sepatutnya kita masih kawan, bukan lawan
Ali : Hadapi dengan senyuman.
wah,nama saya abg ali x sebut pon..kecik ati saya..hukhuk..
Ali : Jangan la begitu… Terima kasih Siti…!!!
Salam…
Tahniah…tahniah dan tahniah…
Dengan bakat ini yang datangnya dari DIA…semoga perjuangan sebagai bangsa Melayu dan ummat Isalam tidak terhenti di sini…
Wish u all the best bro….
Kim salam pada…Azizul (*yang bergambar atas sekali tu kan)…
Lama tak tengok dia…semakin sihat…
Ali : InsyaAllah. Memang sedia sehat pun… hihi!