Coret Debat Terbuka ASTAR 09

5 02 2009

Debat Terbuka ASTAR (DTA) ke-13 sudah melabuhkan tirainya. Pengalaman indah menjalankan tugas sebagai ketua hakim akan menjadi satu pengajaran yang berguna untuk saya. Alhamdulillah, hampir semua pengalaman pernah saya rasa. Menjadi pendebat sudah, menjadi AJK pun sudah, menjadi hakim pun pernah, bergelar ketua hakim pun udah diredah.

Seperti kebiasaan, DTA akan menjadi medan setiap IPT membariskan pendebat-pendebat junior untuk menimba ilmu dan pengalaman. Medan perdebatan dijadikan satu peluang terbaik untuk semua mengasah bakat masing-masing. Sekalung tahniah buat kontinjen UM, dibarisi Munirah, Azzairi, Firdaus, Siti, Syazwan, Sara, Adeline dan Hasyim yang telah mempamerkan persembahan yang membanggakan. Untaian tahniah dan terima kasih juga buat Azizul, Zul, Azri dan Shen atas usaha tidak kenal jemu untuk membantu adik-adikmu.

Tahniah dan terima kasih juga buat mereka yang membantu saya untuk menjalankan tugas; Hazren, Zati, Fairuz dan Syam. Tanpa kalian, apalah makna diri ini. Chewah! Juga buat pendebat-pendebat senior yang banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar sepanjang DTA baik dari UM, mahupun dari IPT-IPT lain. jasa dan tunjuk ajar anda amat saya hargai.

Juga kepada semua panel hakim yang banyak memberikan kerjasama untuk DTA ini, andalah nadi DTA! Jujurnya, saya begitu terharu dengan komitmen beberapa pendebat yang begitu komited menjadi hakim sepanjang keenam-enam perlawanan awal, dan pusingan kalah mati bermula di peringkat octo-final.

Mohon mencadang.


Tindakan

Information

5 responses

7 02 2009
mysarah

insiden “leter-meleter” tak nak tulis kat blog ke??huhu…

Ali : Perlu ke?

8 02 2009
srikandi_kasih

tahniah atas kejayaan penganjuran DTA..
tahniah bjaya menguruskan kehakiman spjg DTA ’09..
keep up the good work!

Ali : Trimas gak sebab banyak membantu…

8 02 2009
Insan Kerdil

hahaha.
agak2 aku menyusahkan tak.

Ali : Takmo komen. Haha!

14 02 2009
shapit

dalam bnyak2 team….team swing sekali pon tak kuar nama hahahahah

Ali : Aik?

12 04 2009
sarini

Assalamualaikum…

wah..nampaknya ali ashraf masih berdebat
rindu pada teman teman debat yang lain….
mungkin satu hari nanti kita semua boleh duduk semeja lagi~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: