Perak : Nilaikan sendiri

8 02 2009

(Mungkin) Semua orang sudah tahu tentang kerajaan negeri di Perak sudah bertukar wajah. Pakatan Rakyat ‘digulingkan’ oleh Barisan Nasional. Macam-macam cerita sudah kita dengar. Ada yang kata TPM guna kekerasan, ada yang kata ADUN sudah ‘dibasuh’, tidak kurang juga yang kata Nizar macam budak kecil.

Saya tidak mahu komen banyak tentang ahli politik yang terlibat. Lucas dalam filemnya Star Wars telah menyampaikan mesej “… politicians cannot be trusted…”. Maka, saya tidak mahu komen lebih isu Nizar mahu berlumba ke pejabat ataupun Karpal yang mula bersuara lantang.

Saya lebih tertarik untuk menyeru kepada penyokong-penyokong fanatik Pakatan Rakyat di seluruh negara. Isu di Perak ini perlu diperhalusi semua agar tidak terus berada di landasan kurang bijak.

Penderhaka

Semua orang kena Hang Jebat. Ada yang menganggapnya sebagai penderhaka, tidak kurang juga yang mengangkatnya sebagai hero. Laksama Bentan juga pernah berkata, “…raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah…”. Asas kedua-keduanya sama; tidak bersetuju dengan titah perintah sultan.

Begitulah yang berlaku di Perak. Hakikatnya, Tuanku Sultan telah perkenan perlantikan MB yang baru. Bukan calang-calang Sultan, DYMM Sultan Azlan Shah merupakan seorang yang bijak dalam selok-belok perundangan. Namun, yang menyedihkan saya, tindak-tanduk rakyat yang derhaka ini telah mencerminkan kedangkalan mereka sendiri.

Bantahan dijelmakan dengan melakukan demonstrasi di Masjid Ubudiah. Malah, media harakahdaily begitu bangga dengan demontrasi ini, yang disifatkan sebagai mengulangi reformasi 98. Hari ini, di dalam akhbar Berita Harian bertajuk 9 Direman Dua Hari, polis sedang memburu suspek-suspek yang diharap dapat membantu siasatan. Yang memeranjatkan saya, salah seorang dari suspek tersebut adalah mahasiswa UM yang tidak asing lagi di arena demonstrasi di UM.

Demonstrasi di Perak diburukkan dengan perbuatan melampau menghalang pergerakan kenderaan Raja Dr Nazrin. Tidak melampau kah itu? Tidak derhaka kah itu?

Nilaikan Semula

Saya seru semula kepada semua, nilaikan kembali sokongan anda. Usah ikutkan hati dan emosi, jangan terus tegakkan benang yang basah. Bukan sekadar sokongan kepada Pakatan Rakyat, malah sokongan kepada Pro-M juga perlu difikirkan semula, kena sudah terang dan jelas, mereka memang terlibat dengan politik luar yang tidak bermaruah.

Motif Ayuni datang ke majlis penutup Debat Terbuka ASTAR 2009?


Tindakan

Information

6 responses

10 02 2009
mamy

Motif Ayuni datang ke majlis penutup Debat Terbuka ASTAR 2009?

kalau dtg ada jemputan ok la… tapi kalau dtg sebagai suke2…hmmm nampak pelik sikit…

Ali : Jemputan untuk hadir sepanjang debat ASTAR ada la. Datang majlis penutup utk dengar ucapan TNC, rasanya tiada…

12 02 2009
anti kezaliman

salam.saya nak tegur penulis blog.tolong jgn bercakap soal perak jika tidak tahu perundangan.BN menarik sultan ke kancah politik.tindakan kurang ajar seorang yang bergelar TPM.yang kononya fkr dia berkuasa di mana sahaja.perkara 16(6) sistem raja berperlembagaan Malaysia menyatakan bahawa sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli mwsyuarat negeri tetapi tidak MB. MB hanya terlucut dari jawatan sekiranya berlaku undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun MB sendiri yang letak jawatan.sekarang peranan jahat BN mula jelas ketara.menggugat kestabilan politik di Perak.dalam Islam, mereka yang bertindak seperti inilah yang dianggap penderhaka (Bughah). rakyat hanya mahu sultan adil.jadi jika kezaliman yang berlaku,tiada ketaatan yang akan diberikan.jgn jadi balaci nasionalis yang mengagungkan bangsa dengan menegenepikan syariat Islam. sedangkan syariat yang diturunkan oleh Allah melangkaui batasan sempadan bangsa dan negara.ini adalah soal kezaliman dan ketidakadilan.jgn hebat orator sahaja tanpa memahami isi sebenar yang digariskan Islam.keadilan wajib ditegakkan.tidak layak bagi seorang bekas ketua hakim negara bertindak membelakangi undang2 sedangkan dia tahu selok-belok perundangan. hakikatnya, BN takut untuk bertempur dalam P/raya.tatkala populariti dan rasuah serta moral pemimpinnya jatuh merudum.BANTAH BN. BN PENGKHIANAT NEGARA.MEDIA MASSA PERDANA TIPU RAKYAT. SEDARLAH WAHAI SEMUA ORANG YANG CERDIK.KAMU REDHA DENGAN KEZALIMAN, MAKA KAMU JUGA TERLIBAT SEKALI.

Ali : Ada part yang kamu miss, tentang hilang keyakinan dan sokongan itu. Kalau tidak, masakan tuanku sultan berani melantik MB baru. Mahukah kita akan kerajaan boneka parti lain?

12 02 2009
zaffankhalidnottingham

melayu itu sangat taat pada pemimpinnya..samada raja atau yang sedang berkuasa

jika perlu nilai semua sokongan…aku kira..sokongan kepada semua pihak pihak bukan?

sokongan kepada institusi beraja
sokongan kepada kerajaan semasa

akan engkau bilang aku derhaka kah? sedangkan sokongan kepada semua perlu dinilai semula berdasarkan Islam. Nila semula SEMUA sokongan kita.

p/s: aku lama tungguh kau update…hehe

Ali : Allah menyeru untuk taat pada pemimpin, bukan politicians. Mana nak cari pemimpin sebenar ya?!

14 02 2009
zaf

politicians sekarang mempunyai `kuasa`. Merekalah mempunyai kuasa untuk memimpin. Harus jadi pemimpin yang hambat kepada rakyatnya. Melakukan kerja untuk rakyat.

Rasulullah juga politician hebat. Cuma zaman sekarang kita dimomokkan politik itu kotor dan diasingkan dari Islam. Sebenarnya siapa yang kotor?

Mencari pemimpin sebenar? Doakan supaya orang beriman sentiasa ada kemahuan untuk memimpin kita, biarpun mereka dicela, diancam nyawanya dengan bertanding pilihanraya (sebagai salah satu method). Kerana politics is a tool to make things happened.

Andai mufti pon orang tak dengar kata, memang perlu gila untuk memegang kuasa, jika tidak dipijak-pijak.

Mana nak cari pemimpin? Pertama jom sama-sama pimpin diri. Kedua, doalah supaya golongan ulama` sentiasa memimpin kita. Jika tidak banyak bala!

17 02 2009
amin firdaus

salam…
bro…
thanks for concerning for the perak issue…
well…
abg ali…
betui cakap abg kiter patut reunites but…
ader skit masalah dgn aper yg berllaku di perak…
firstly,kalo ikut lawlah kan,supposedly,biler ader pihak yg telah melompat parti n then claims that they are calon bebas…of coz calon2 tu kener bertanding balik coz times election,diorang dipilih atas parti yg diwakili,bukan disebabkan diorang nih calon bebas time election.so,3 calon keadilan yg tukaq bebas tu diorang patut bertanding balik n pada hemat sayerlah sultan perak sepatutnya meluluskan permohonan pembubaran dun di perak n election baru patut diadakan…cumer,sayer kurang pasti coz sayer dengar perak ader its own constitution yg memperuntukkan kuasa sultan dlm kes seperti nih…wallahualam n sayer sendiri merasakan kerajaan pakatan rakyat di perak seperti dianiaya…n berkenaan isu karpal mahu saman sultan perak,sayer kire perkara itu aderlah normal…takder kaitan dgn penderhakaan terhadap sultan pon…that’s why lah diwujudkan satu mahkamah khas untuk proceeding terhadap mana2 rulers di malaysia…so…sbg seorang melayu n plajar law,sayer raser terkilan sangat ngan kaum sayer snediri…kire main taram jer tanpa pikir aper yg sepatutnyer kiter pikir…ya…demo untuk meluahkan ketidakpuashatian mmg buleh,but utk perkara seperti nih,kiter kener pikir dulu before bertindak…coz kiter bertamadun…sayer sendiri sangat pelik dgn kartun2 di paper2 seperti utusan n berita harian yg melabelkan kerajaan pakatan rakyat seperti hang jebat…sedangkan sebagai org melayu,kiter patut tau sejarah sebenar hang jebat yg bersusah payah nak selamatkan hang tuah dari dibunuh sultan melaka yg kejam…tetibe dicop sebagai pemberontak dan penderhaka…mmg sangat memalukan bagi mereka yang mendakwa diri sbg org MELAYU,namun gagal untuk memahami sejarah bangsa sendiri…

so…
in this case…
sayer raser tak salah berlakunyer keadaan kudeta seperti di perak…
cumer dari aspek teknikal law…
banyak perkara yang gagal diselesaikan…
cumer harapan sayer satu sahaja…

jgn disebabkan gajah sama gajah bergaduh…
pelanduk yang ditengah jua akhirnya mati…

wallahualam…
may ALLAH bless us…

p/s:hanya IMAN dan TAQWA kepada ALLAH jualah sebaik2 perhiasan bagi manusia…

24 02 2009
anti kezaliman

kepada ali, kalu BN kata kerajaan pakatan perak hilang sokongan dan keyakinan, ayuh, apakata diadakan sidang dun, buat la undi tak percaya kat YB Nizar. tak cerdik betul la jika orang yang cerdik tak nampak benda yang dah benar ni. kalau kata rakyat hilang keyakinan terhadap PR perak, buat la p/raya negeri. Tapi hakikatnya, BN tak berani. Sultan mungkin diugut, kenapa sampai sekarang tiada kenyataan drpd Sultan untuk terangkan benda ni. sedarlah woooiiiiiiiii………….

Ali : Sultan mungkin diugut? Seronok benar membaca tilikan anda. Nilaikan sendiri komen ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: