Ada Apa Dengan Demonstrasi?

10 02 2009

Kini, kebanyakan blog di ruang maya ini bercerita tentang pertukaran kerajaan di Perak.

Sana-sini riuh hendak berkumpul. Ada yang menggunakan label perhimpunan aman. Ada juga yang tegas melaungkan reformasi. Tidak kurang juga yang menyatakan akan melakukan demonstrasi dan tunjuk perasaan. Malah, istilah lebih berat digunakan seperi rusuhan dan sebagainya.

Asasnya sama. Sesetengah pihak tidak puas hati, lantas berkumpul di sesuatu tempat yang dirancang dan mengadakan tunjuk perasaan. Maka, akan wujudlah sepanduk-sepanduk, baik dari semurah kertas A4 bercetak kepada banner yang berharga ratusan ringgit.

Apabila…

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditukar dengan kerajaan BN, pengikut Pakatan Rakyat berang. Sambil berikrar taat setia kepada Nizar, mereka nekad melakukan demonstrasi, sehingga ke tahap berbaring menghalang kenderaan diraja.

Apabila Nizar dan exconya memboikot majlis angkat sumpah, maka pengikut BN pula tidak puas hati. Dijajanya isu ini dalam tunjuk perasaan amannya di seluruh Perak, mencanangkan betapa derhakanya Nizar kepada Tuanku Sultan.

Apabila Karpal Singh nekad ingin menyaman Tuanku Sultan, seluruh rakyat khusus bangsa Melayu tercabar, lantas mengadakan siri tunjuk perasaan di sana-sini, dengan menyelar niat Pengerusi DAP ini.

Apabila canselor universiti dicabar, warga Universiti Malaya juga bertekad mengadakan perhimpunan raksasa untuk menyatakan sokongan dan taat setia kepada Tuanku Canselor.

Bukan sekadar isu di Perak…

Di PJ, sekumpulan penduduk yang tidak berpuas hati dengan tol NPE juga turut mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan menggambarkan betapa terbebannya mereka dengan kadar tol NPE.

Penduduk Kg Tunku di PJ juga turut mencerminkan rasa tidak puas hati dengan kerosakan yang dilakukan oleh kontraktor pemaju kawasan pembinaan berdekatan, dengan mengadakan demontrasi aman kecil-kecilan yang menjadi perhatian media.

Di UM juga, semasa pihak universiti mengadakan program untuk pelajar, sekumpulan pelajar turut bersama-sama menggembleng usaha melakukan demonstrasi di hadapan kawasan letak bas UM, walaupun sekadar disertai puluhan peserta sahaja.

Kenapa demonstrasi?

Yang saya peliknya, mengapa ia menjadi trend masa kini? Jika tidak puas hati, adakan sahaja demonstrasi. Semuanya sama sahaja; parti pemerintah, parti pembangkang, NGO, persatuan penduduk, Penggerak Mahasiswa, Pro-Mahasiswa, semuanya kini begitu gemar melakukan perhimpunan seperti ini.

Kelihatannya seperti perangai budak kecil, yang jika keinginannya tidak dipenuhi, tunjuk perasaan adalah jalan mudah yang efektif. Kenapa mencemar imej diri, terpekik-pekik di tepi jalan, kadangkala disulami ayat-ayat kasar, biadap yang provokatif? Kenapa jalan ini yang dipilih?

Sudah-sudahlah berdemonstrasi. Jangan ikut jejak demon….


Tindakan

Information

5 responses

10 02 2009
jimmy

yeah..aku pn pelik..npe mst dmnstrasi?..

Ali : Entah!

10 02 2009
xmamatx

apakah itu semua budaya atau gejala?

ya, sudah pasti gejala bukan?

Ali : Aku suka perkataan ‘gejala’….

10 02 2009
Insan Kerdil

Kenapa mesti demonstrasi?
Kerana manusia sudah tidak sedar diri..
Lupa untuk bertindak secara rasional sebagai manusia sejati
Yang peliknya, mesti melayu yang mudah lupa diri..
mengapa ini mesti terjadi…
Semoga mereka akan tersedar diri..
Hahahaha
Apalah yang aku merepek ini???

Ali : Aku sangat setuju dengan ‘tidak sedar diri‘, ‘melayu‘ dan ‘merepek‘ ko tu…. haha!

12 02 2009
zaffankhalidnottingham

yang ini aku bersetuju…demonstrasi hanyalah cara terakhir selepas diplomasi dan mesyuwarah dilaksanakan

namun di kebanyakan tempat, mengapa mereka terus berdemonstrasi? sebab sistem demokrasi yang kononnya diplomasi tidak dilaksanakan kah?

di sini orang-orangnya cakap berdepan. Tidak menyindir. Tidak harap orang faham-faham sendiri. Tidak puas hati akan berdepanlah mereka. Jika tidak jalan, maka demo.

yes..manusia dan melayu itulah kita. Bukan mudah menulis manusia.
aku yang bakal pulang.

14 02 2009
auhleyyah

demonstrasi jln pintas utk tunjuk kuasa..semua dua kali lima saja..busan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: