(def. pertandingan debat = pertandingan debat yang melibatkan MADUM)
Setiap semester pengajian di universiti, pasti ada pertandingan debat.
Semester lepas sungguh meriah. Bermula di Pertandingan Debat Alam Sekitar pada bulan Julai di UMS, Pertandingan Debat Kemerdekaan (Ogos – UMT), Pertandingan Debat Kepenggunaan (Oktober – MMU) dan Pertandingan Debat Diraja (Nov/Dis – UIAM). Meriah sangat!
Namun, saya boleh katakan tiada pertandingan debat di semester ini. Mengapa? Kerana Pertandingan Debat Perdana Integriti ditangguhkan oleh penganjur. Saya kurang pasti rasional penangguhannya. Yang saya tahu, saya sedikit kecewa…
Inilah yang dikatakan tiada rezeki.
p/s : Jangan sekadar vote ya! Kalau boleh, tinggalkan komen sekali. Teringin hendak dengar pendapat kalian…
Kecewa sangat2, apatah lagi jika benarlah tiada pertandingan debat untuk sem ni..maknanya, penglibatan dalam arena perdebatan telahpun berakhir tatkala baru hendak berjinak jinak..soal setuju atau tidak, mungkin penganjur ada sebab dan musababnya..*tergantung…
Ali : Tau takpe…
IIM mahu siswa tumpu pada pengajian agaknya. Haha. Sabar..
Ali : Alasan tepat juga! Core business kita = belajar, kan?
tidak berasa apa-apa.
ya, mungkin akan berasa senang bila pemenang debat meluangkan sedikit masa duduk makan serta minum semeja dengan kawan-kawannya.
erk?
baik, berusahalah!
Ali : Ayat berlapik dan berlapis!
kecewa sbb ditangguhkan ke waktu latihan industri..
sudah la debat perpaduan pun dalam cuti..
nk buat macamane..x ada rezeki..huhu..
Ali : Sabar, pasti akan ada rezeki…
hmmm… no komen.. UTP pon tengah study week.. kenapa tangguh sampai bulan 5? pelik laa… Pastu tak bg postpone letter pun!
kecewa sebab nanti ali tak dapat belanje.. sebab tak ada $$$$
…opsss selama ni pon “beliau” tak pernah belanja kami..
Ali : Pernah sahaja la… cuma maybe bukan rezeki ko lagi kot…
Kecewa kerana tagguhan itu akan berlangsung tatkala saya praktikal…
Kecewa kerana perancangan yang saya kira sudah lama dilakukan boleh ditangguhkan sesuka hati pula…
Kecewa sebab berita penagguhan seperti tidak dijelaskan dengan baik..
Hahhaa
Ali : No komen… (hatiku berkata yang sama)
err…asal tangguh!!! bosan la hidup aku merentas sem ni kalu tak ada debat
Ali : Menguji kesabaran. Banyak masa untuk berlatih!
btw.. kami takley join debat kali nie!! sebab utp dah exam masa tu… tak besshhh.. mohon iim buat penilaian semula!! jangan la sampai bulan 5! pelik, kepada komiti dekat utm, terima kasih atas segala daya usaha!!
Ali : Maklumkanlah kepada penganjur…
tak rasa apa-apa….
sebab sy bukan student lg..( kalau student mcm la aku masuk debat ni…huhu…)
p/s sekadar memenuhkan ruang komen jahhh…..
urm.. ditangguhkan kerana ada masalah pengurusan.. lagipon sekarang IIM tengah buat LAPORAN FASA PERTAMA tentang TEKAD 2008.. tu je yang boleh bagitau.. tentang berita penangguhan,NO KOMEN LA.. coz dengarnye IIM yang akan hantar surat penangguhan tu..
(debater UTM)
Ali : Thanks. Rasanya, surat sudah diedarkan. Terima kasih atas makluman…
selamat berkarat wahai pendebat sekalian… kecewa la cikgu ali.. jom kita buat demonstrasi secara aman (wah!!!) hahahaha mesti comel kan debater buat demonstrasi kehkehkeh
Ali : Ala…. asyik demo jek! Buhsan… Masa inilah nak minta YB perwakilan pelajar anjurkan PERAMAH II, kan?
betul3X, setuju cdngan Ali kepada YDP PMUPM
Ali : Cadangan untuk dicadangkan diterima. Cadangan perlu diterima oleh YDP itu…