The Curious Case of Benjamin Button
Saya berkesempatan menonton filem ini pada khamis yang lepas, thanks to Hairulanuar sebab sudi teman walaupun penat bekerja. Durasi filem ini yang menjangkau 2 jam45 minit ini sangat menguji kesabaran, lantaran saya tidak membawa jaket ke dalam panggung.
Selesai sahaja filem ini, saya rasa puas! Membayar RM10 untuk menonton filem ini dirasakan sangat berbaloi! Tidak hairanlah jika filem ini telah menerima 13 pencalonan untuk Academy Award tahun ini. Komen saya? Filem ini menarik! Terutama sekali adegan Benjamin Button menghuraikan rantaian peristiwa sehingga Daisy dilanggar sebuah teksi.
Namun, saya sedikit kecewa Ahad lepas, setelah beratur 25 minit untuk membeli tiket Geng: Pengembaraan Bermula, saya dimaklumkan bahawa tiket habis a.k.a sold out a.k.a full house. Apa-apapun, ini petunjuk baik untuk filem animasi ini!
Debat Ditangguhkan
Berita penangguhan debat sudah pasti diketahui semua. Kita bersangka-baik sahajalah; IIM sedang sibuk menyediakan laporan TEKAD 2008 dan penganjur UTM memikirkan yang terbaik untuk pelawat dan tetamu. Secara peribadi, saya beranggapan bahawa penganjuran pertandingan debat oleh UTM (merujuk kepada Debat Alam Sekitar 2005) merupakan antara penganjuran paling cemerlang yang pernah saya sertai. Buat pendebat IPT sekalian, masa yang banyak ini bolehlah digunakan untuk latihan, thesis, dsb. Saya difahamkan, semasa tarikh penganjuran debat ini nanti (sekitar bulan Mei) ada IPT (seperti UTP) yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester ketika itu. Tidak kurang juga ada yang akan menjalani latihan industri atau praktikal semasa semester khas nanti. Inilah yang dinamakan rezeki; kalau ada rezeki, ada la. Dan memang setahu saya, Debat PIN pada asalnya memang diadakan pada semester khas, cuma bermula tahun 2007 penganjurannya dianjak ke bulan Februari.
PGL The Musical
Mungkin sudah tercatat, bukan menjadi rezeki saya untuk menonton Puteri Gunung Ledang The Musical. Walaupun sudah musim ketiga dipentaskan, saya masih lagi tidak berkesempatan menyaksikan aksi Gusti Putri di pentas bertaraf dunia itu. Namun, saya harus bersyukur kerana dengan izinNya, saya telah menonton P Ramlee The Musical untuk dua musim.
Politik Perak
Isu politik di Perak masih belum berakhir. Di hati saya, cuma satu harapan. Bunyinya agak idealistik, tetapi marilah kita bersatu. Sudah penat sebenarnya melihat semua orang berbalah tentang isu ini. Lebih sudu dari kuah jadinya! Semua orang ada pendapat, dan ada point masing-masing, baik di pihak BN, mahupun Pakatan Rakyat. Saya seru kepada semua, jangan heret debat ke dalam kehidupan, kerana ia akan jadi satu perbalahan yang tidak berpenghujung.
p/s : Mohon maaf kepada Masita UMP kerana tidak dapat penuhi permintaan…
pe lg cikgu ali..
blanje la..
paling kurang tnjung lumpur..hehehe
ad sesuatu menarik mlm tu..
rujuk blog sy..hehe
best ali PGL the Musikal.. rugi la sape tak tgk…memang hebat dan ber’aura’ lah magis PGL.
sape yang sudah menonton pasti mahu menonton lagi…
Wah… sy belum pernah bkesempatan pegi IB..
Ni masih mcari masa gak sblm PGL abis..
Memang nak sgt sgt sgt g IB terutama nak tgk PGL tu..
Doakan sy dpt g ye..
Huhu….IB dah pegi…cite BENJAMIN BUTTON pun dh tgk…hehe…cite Benjamin tu best!!!…IB mmg kelas…cume tak berpeluang tgk PGL je…pasni lps Mr A keje nk ajk die g IB lg la..bole
x??…huhuhu…