Akhirnya, berjaya mendapatkan tiket untuk menonton Geng.
Pengembaraan bermula…
Masa saya belajar KOMSAS di sekolah dulu, setiap cerita ada pendahuluan, konflik, klimaks dan peleraian cerita, barulah menarik cerita tersebut. Saya bukannya pengkritik filem yang bagus, tetapi melalui pengamatan saya, filem ini memang memenuhi elemen-elemen ini dengan baik sekali.
Paling membuat saya teruja ialah kualiti bunyinya. Saya kagum dengan efek bunyi yang digunakan, terutama sekali tatkala adegan dikejar ular raksasa. ”Di Sebalik Tabir Geng’ memaparkan bahawa semua efek bunyi direka sendiri oleh krew Geng. Tabik spring!
Filem Malaysia kebanyakannya menggunakan dubbing suara setelah selesai penggambaran. Kadang-kadang, kualiti bunyinya menjengkelkan. Berbeza dengan filem lain, Geng mempunyai efek suara yang baik. Kalau jauh Upin dari layar, jauhlah efek suaranya. Kalau dekat angsa dengan penonton, dekatlah efek bunyiknya. Sempurna!
Dahulu, semasa filem animasi ‘Silat Legenda’, penerbitnya telah menggunakan khidmat Zainal Abidin untuk lagu tema. Filem ‘Putih’ pula menggunakan nama-nama besar untuk suara. Tetapi filem ini? Saya tidak jumpa. Inilah yang menjadikan filem ini begitu istimewa. Cukup dengan tagline ‘betul betul betul…”
Cuma adegan kejar-mengejar yang begitu menarik bagi saya, mungkin akan menjadi menyeramkan dan menakutkan untuk kanak-kanak. Semasa saya penonton, banyak jeritan boleh didengari. Dari sudut positifnya, filem ini berjaya membuatkan penonton menjiwai penceritaan, seolah-seolah sebahagian daripada watak dalam cerita.
Saya bangga dengan filem ini. Produk graduan Malaysia!
p/s : Semasa entri ini ditulis, Cikgu Maisarah baru keluar dari pawagam. “Bunyi die best! Upin dengan Ipin comel la.”
sangat sedih, belum tonton lagi ~
Mmg tak rugi byr 8 hengget tgk cite ni…jgn beli cetak rompsk sbb ke’ best’ an cite ni adalah tang sound effect die…menonton di pawagam menjanjikan kepuasan yg amat…so,parents out there gaji dpt next week tu,belanja la anak2 anda tgk cite ni…x rugiiiii…sesuai utk semua peringkat umur….tahniah buat krew2 yg menjayakan filem ni….
P/s: komen ni ditulis menggunakan I-touch…sambil mata tak tahan ngantuk…huhu…
selaku org yg mmg x pernh puas hati dgn kualiti filem malaysia,
kali nie, lain sedikt…
memang bez cte geng tuh…
time aq tgk pun ade jugak org menjerit..
tapi kawan sbelah aku(xleh btaw sape)…
tapi, budak dpn aq x jerit pulak, die yg tensyen dgr org bukan kanak- kanak yang jerit..
tp, memg membanggakan, dahla promote malaysia, aspek culture mmg x diketepikan.. stereo meletupsS!! lintah nampak real pulak…
i give them 5 star!!! ngeh3x…
Sayang.. Cerita ni best.. Tapi terlalu berfantasi.. Kalau dia tak wujudkan apa yang tak wujud, buat cerita tentang gelagat U&U kat kampung, macam kat TV series tu, mesti golongan dewasa jugak rasa best!
APe pun, ini pendapat saya.. Saya bangga Malaysia ada animasi macam ni.. Pada masa akan datang, kalau boleh buat lebih advance lagi.. APe pun, U&U Syok jgk!
3 bintang jer kasi leh? (“,)
Ali : Subjektif pada individu… Terima kasih atas komen anda…
Memang Best U&U membuat aku teringat A&A X dapat naik roller coaster sebab tak mencecah garisan