Coret-coret

23 03 2009

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di blog ini. Tetapi keadaan kesihatan beberapa minggu lepas agak membataskan aktiviti sebenarnya.

Chikungunya

Bila sudah kena, barulah terasa sakitnya. Demam chikungunya ini amatlah menyakitkan. Setelah saya membuat beberapa pembacaan di internet, dan mengalami penyakit ini sendiri, kefahaman tentangnya bertambah.

Paling jelas, demam panas sehingga 40°C dan sakit di seluruh sendi. Aduh! Kalau orang muda dijangkiti, tidak mengapa. Boleh tahan sakit. Tetapi, saya tidak dapat bayangkan kalau yang sudah berumur terkena. Alamat tidak bangun dari katil la jadinya!

OIAM dan AF

Demam Chikungunya bagi saya sudah berlalu. Demam One In A Million dan Akademi Fantasia pula bermula. Seronok! Peserta OIAM memang menjanjikan sesuatu yang menarik dalam setiap persembahan. Dan jujurnya, saya sedikit teruja dengan transformasi konsert AF yang nampak lebih segar, cuma kualiti peserta sahaja yang tidak berubah. Malahan, tidak keterlaluan jikalau saya mengatakan pengritik-pengkritik AF begitu peka dan cekap menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Dalam edisi AF kali ini, salah seorang alumni UM juga turut diberi peluang untuk melakar nama. Pelajar yang saya maksudkan ialah Sobri (atau nama AFUNDInya Obri, pelik!). Rakan-rakan PM sudah tentu mengenali Sobri ni, kan? Tetapi, saya harus berkata jujur dan benar, saya merasakan yang persembahannya mengecewakan.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Hiburan terbaik minggu lepas bagi saya di kaca TV ialah persembahan Datuk Lee Chong Wei di final Terbuka Switzerland. Tangan Chong Wei memang jahat! Haha! Saya sekeluarga terhibur dengan persembahan beliau. Harap akan terus berjaya menjinakkan Lin Dan selepas ini.

Semua orang kata, atlit Malaysia ada masalah psikologi berbanding atlit negara lain. Tetapi, pada pengamatan saya, Chong Wei telah berjaya menimbulkan tekana psikologi ke atas Lin Dan. Kalau tidak, takkanlah Lin Dan bertindak membaling raketnya di tepi gelanggang, kan?

PPSMI

Isu semakin hangat nampaknya. Malah, saya sendiri telah beberapa kali diprovokasi dengan isu ini.

Saya harus katakan, yang terbaik untuk pelajar sekolah ialah Bahasa Malaysia, bahasa ibunda kita sendiri. PPSMI mungkin satu kesilapan yang dibuat oleh pimpinan sebelum ini. Tetapi, pimpinan sebelum ini yang saya maksudkan, kesilapannya sebesar kejayaannya! Susah juga untuk katakan yang PPSMI ini juga akan menemui kegagalan.

Apa-apapun, kepada pejuang BM, henti-hentikanlah menentang isu PPSMI ini. PPSMI tidak akan membunuh BM. Seharusnya, pejuang BM ini lebih peka dengan keadaan industri hiburan kita yang lebih bersifat membinasa BM. Namun, A. Samad Said lebih cenderung berdemonstrasi menentang sistem pendidikan, daripada membetulkan caca-merba lirik lagu, skrip drama dan filem, dan sebagainya. Lagu “camnilah-camnilah” tu bagus ke?

Cinta Terakhir

Aiman sudah menyiapkan single terbaru, Cinta Terakhir judulnya. Saya mungkin bukan pakar muzik seperti Hafiz Hamidun yang menguruskan karier Aiman, tetapi nampaknya potensi dan kekuatan Aiman semakin pudar dan terhakis.

Semasa di Akademi Nasyid dahulu, persembahan terbaik Aiman pada pendapat saya adalah ketika beliau menyanyikan lagu Salahudin Al-Ayubi. Dengan lagu rancak, disulami dengan qasidah dan lenggok taranum, itulah yang menjadi kelebihan buat Aiman. Tetapi, Cinta Terakhir membuatkan Aiman lebih terarah kepada Pop, yang tidak pun menonjolkan kekuatan Aiman.

Tetapi, jujurnya, Cinta Terakhir adalah lagu yang sedap didengar, dengan music arrangement yang menarik. Harap Aiman kembali kepada kekuatan sebenar beliau. Jangan ulangi kesilapan “baju ular di bahu” semasa AJL dahulu.


Tindakan

Informasi

7 responses

24 03 2009
Insan Kerdil

dah lama tidak menulis.
sekali menulis berderap semua isu dicoretkan.
huhu

Ali : okay la tu, kan?

24 03 2009
shapit

err bang ali….kena chikugunya
aduish…….
tumpang simpati

24 03 2009
mysarah

take care…

24 03 2009
kudozu

AFUNDI OBRI!

xP

tahniah kerana dah sihat semula.

25 03 2009
eqin

sokong aiman….
hehe…
iqin pun br baik demam…
nsht pd semua, jgn biarkn nyamuk membiak..

3 04 2009
jumain

salam…
hye abg ali…
sehat?

giler la kena chikugunya hu3
serius ke?

Ali : dah baek dah!

24 04 2009
Nadia

i think u are an all-rounded person,!hebat!:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: