Malam tadi, konsert AF menampilkan tema yang menarik.
Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu dari 3 muzikal teater; Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee dan Impak Maksima. Tiada pula terselit Sirah Junjungan, muzikal juga kan?!
Mungkin ramai di luar sana yang tidak pernah menonton muzikal-muzikal ini. Saya pun hanya menonton P.Ramlee The Musical, mendengar soundtrack PGL, dan tiada berminat menonton Impak Maksima.
Persembahan pelajar-pelajar AF memberikan satu impression baru. Pelakon-pelakon muzikal di Malaysia memang hebat dalam nyanyian.
Ambil Akim sebagai contoh, lagu ‘Titah Sultan’ lebih sedap dinyanyikan penyanyi asalnya iaitu Adlin Aman Ramlie. Begitu juga lagu ‘Katakan’ oleh Claudia, versi asalnya oleh Tiara Jacquelina jauh lebih enak didengar.
Lagu yang paling menarik perhatian saya ialah ‘Mulanya Cinta’. Lagu ini pada asalnya dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, dengan diiringi orkestra pimpinan Erwin Gutawa semasa P.Ramlee The Musical musim pertama. Hasilnya, sangat mengujakan! Namun, semasa musim kedua pementasan muzikal ini, lagu ini dan watak Azizah dipegang oleh Emelda, yang saya rasanya nyanyiannya biasa sahaja. Namun, setelah mendengar Isma menyanyikan lagu ini, saya merasakan yang Emelda jauh lebih baik daripada Isma, atau dengan kata lain, saya tidak suka ‘Mulanya Cinta’ versi Isma.
Hafiz menyanyikan lagu P.Ramlee. Tidak berani saya ingin komen tentang masterpiece ini. Yazid dan Aishah pula biasa-biasa sahaja.
Kepada principal Tiara, bila hendak pentaskan muzikal lagi?
sy tetap suka “KERANAMU KEKASIH”…hehe…^_^
Ali : Haha. Yang tu best!
A’ah biasa jer..tp serius part isma & hafiz mmg best..penghayatan yg mndalam..pndi diorg nie berlakon..hafiz smpi nk menangis tu yg x leh handle tu.lain macam jer feeling dia.upsss.x leh ckp lebih2 nnt abg zul marah hehe…
Ali : Lagi best part Dewa Perang…
mintak2 tiara dapat wt muzikal lagi..
dapat la jejakkn kaki kat istana budaya yg gah tu..
iqin agi ske part PGL dlm AF tu, even akim xla bgus pun..
mgkin sbb PGL still fresh kot..
ini konfirm peminat hafiz..