31 Ogos

31 08 2009

Jalur_Gemilang

1Malaysia.

Selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke-52.

Pada tahap umur ini, negara kita sudah banyak mencapai kemajuannya. Jangan asyik dibandingkan dengan negara-negara Barat dan Asia Timur, mereka memang sudah jauh meninggalkan kita. Tatkala mereka sudah berperang dengan kapal pengangkut di lautan, kita masih lagi bercucuk tanam di ladang.

Bersyukurlah, dengan kemerdekaan pada tahun 1957, kita sebenarnya jauh lebih selesa berbanding negara-negara yang seusia kemerdekaan dengan kita. Antara negara lain yang mencapai status merdeka sekitar 1986-1956 ialah Sudan (1956), Tunisia (1956), Maghribi (1956), Ghana (1957), dan Guinea (1958).

Jangan rajin membangkang, tetapi sama-sama kita membina!

How Malaysian Are You?

Saya terbaca satu artikel menarik dalam majalah sekolah adik saya. Ingin saya kongsi bersama-sama dalam entri kali ini. Terdapat senarai soalan-soalan yang menarik, berkenaan kehidupan rakyat Malaysia. Tetapi saya tidak mahu tulis semua. Antara soalan-soalan menarik itu termasuklah:

How Malaysian Are You?

  1. How much is satu kupang?
  2. Where’s the favourite spot to take wedding pictures in Taiping?
  3. In what dialect is Apo Nak Di Kato?
  4. Name at least five variations of roti canai.
  5. What is the staple food of Sarawakians?
  6. Name a popular oitment made from “sea-cucumber”.
  7. Name the sauce made from fish or shrimp that the Kelantanese love.
  8. What does pi mai pi mai tang tu mean?
  9. Which fruit is Ipoh famous for?
  10. What is the English name for putu mayam?
  11. “Lah” is to Peninsular Malaysia as “…” is to Sabahans?
  12. What does ABC stand for?
  13. How long is a sari?
  14. What does the Cantonese phrase “ngam ngam” means?
  15. Name Penang’s famous beach.
  16. How do you order coffee mixed with tea at a kopitiam?
  17. What’s on Malaysian TV at 8pm?
  18. On one side of our RM1 coin is the bunga raya, what’s on the other?
  19. Now what’s on our 10 sen coin?
  20. What was the name of the KL Commonwealth Games 1998 mascot?
  21. When you fill in a form, it you’re not Malay, Chinese or Indian, you are …..?
  22. Who is Malaysia’s favourite Kampung Boy?
  23. What is the meaning of the word “gostan“?
  24. How did the word “gostan” come about?
  25. Lobo’s Whispers in the Wind is the English version of which famous Malay song?
  26. When did Malaysia last win the Thomas Cup?
  27. What is the name of our national flag?
  28. What’s the name of the Malaysian-made 175cc motorbike?
  29. Name our national bird.
  30. If the father is a baba, and the mother is a nyonya, then what is the son?

Anda tahu jawapannya? Tuliskan di bahagian komen kalau terdapat soalan yang anda musykil akan jawapannya ya!





Roti John

28 08 2009

john

Semalam, saya makan roti john sebagai juadah berbuka dan bersahur. Terhidang di meja makan pada waktu berbuka, ada 5 keping roti john. (Mengapakah ayat ini seperti ayat Yoda?)

Banyak bukan?

Kerana roti john yang saya makan bukannya roti john yang dibeli di pasar malam, sebaliknya roti john buatan sendiri di rumah. Sedap!

Menurut bacaan saya di wikipedia, roti john ini dinamakan ‘roti john’ kerana bahan-bahannya. Nama ‘john’ berasal dari french loaf ataupun Baguette dan sos tomato yang asalnya digunakan oleh orang barat. Semasa zaman penjajahan British, orang putih ini digelar ‘John’ dan dari situlah roti john mendapat namanya.

Ayah dan ibu saya punyai pengalaman 15 tahun menjual roti john. Bermula di pasar malam dan berakhir di bazar ramadhan dua tahun lepas. Kini tidak lagi meniaga disebabkan faktor kekangan tenaga kerja. Doakan kami mempunyai rezeki untuk berniaga tahun depan, kerana sudah ramai yang bersuara, “Mat, kau tak jual roti lagi ke?”, “Kak Nor, dah tak meniaga roti lagi ek?”.

Tetapi roti john di bazar ramadhan sekarang sudah berbeza. Kurang enak. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, adunan telur yang digunakan untuk roti john perlu ditambah dengan bawang secukupnya dan digoreng dengan roti perancis (french loaf). Tetapi, pemerhatian saya di bazar ramadhan sekitar JB ini, tiada roti yang memenuhi resepi asal roti john yang banyak ditulis di blog-blog yang menghuraikan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura ini. Mengapa? Bawang tidak dibubuh secukupnya dan roti yang digunakan bukanlah roti perancis, tetapi roti aiskrim yang kecil itu.

Pengalaman saya, selain roti john yang ibu dan ayah saya buat (termasuklah saya, haha!) ialah roti john yang dijual di Kebayan KOMTAR JB, tetapi saya tidak tahu di mana hendak cari semula gerai ini, kerana KOMTAR sudah pun ditutup untuk renovation.





Celcom Broadband

26 08 2009

celcom vodafone modem (580x387)

Situasi di bawah ini adalah situasi yang saya lalui sebelum mendapatkan wireless broadband daripada celcom.

Di celcom centre

“Encik, saya datang untuk mohon broadband”
“Encik nak pakej yang bagaimana? Encik kerja kerajaan ke?”
Lantas saya menjawab, “Ya.”
“Kalau begitu, encik pergi ke tingkat atas, ada harga khas untuk kakitangan kerajaan.”

Di tingkat atas.

“Modem untuk pakej kakitangan kerajaan ni free. Encik boleh daftar hari ini, tetapi modem dah habis. Order mungkin sampai dalam dua minggu.”
Saya memberi respons, “Tidak mengapalah. Hari isnin nanti saya datang semula.”

Saya datang semula ke Celcom Centre pada hari isnin berikutnya.

“Cik, saya datang nak daftar untuk broadband pakej government servant. Hari tu, saya diberitahu yang modem dah habis.”
“Oh. Mungkin stok modem akan tiba dalam masa sebulan.”
Dengan spontannya, “Eh? Jumaat lepas saya datang, kata dua minggu. Hari ni saya datang, dah jadi sebulan. Pelik?”

Saya tangguhkan dahulu niat untuk dapatkan broadband itu.

Beberapa hari kemudian, saya survey di sebuah booth di Plaza Angsana berkenaan pakej kakitangan awam.

“Maaf encik, pakej itu hanya ditawarkan di Celcom Centre sahaja”. Jawapan yang ringkas, tepat dan memuaskan hati.

Dua minggu kemudian, ayah saya pula membuat tinjauan di PC Fair. Kononnya ada promosi di sana. Tetapi, itu semua propaganda semata-mata. Semuanya harga yang sama di Celcom Centre. Yang berbeza cumalah layanan dan juga beg kertas cantik serta beberapa hadiah cabutan bertuah. Apabila ditanya tentang pakej government servant, jawapan mudah yang menyakitkan telinga, “Oh, itu dah takde dah…”

Tempoh hari di AEON Tebrau City, ada promosi broadband oleh Celcom juga. Harga? Sama juga dengan di Celcom Centre. Yang lainnya pun mungkin seringgit dua, modem yang cantik (warna hitam) dan hadiah cabutan bertuah. Apabila ditanya tentang pakej kakitangan kerajaan, dijawabnya, “Ala bang, yang pakej government servant tu pun abang kena bayar modem die, RM200.”

Setelah difikirkan, saya kembali ke Celcom Centre setelah sebulan saya menunggu. Stok modem pun dah tiba. Dan diaktifkan setelah 48 jam mendaftar.

Lu pikirlah sendiri.





Epok-epok inti sardin

24 08 2009

karipap

Karipap. Epok-epok. Curry puff. Shell puff pastry.

Semuanya membawa maksud yang sama. Sejenis kuih yang mempunyai inti yang disalut tepung yang dikelim. Kuih ini merupakan salah satu kuih dalam senarai Warisan Negara!

Kuih karipap mempunyai banyak jenis, dan biasanya dibezakan dengan intinya. Inti yang paling biasa dibuat (kerana murah dan mengenyangkan) ialah inti kentang atau keledek. Selain itu, inti yang menjadi kegemaran ramai termasuk saya ialah inti sardin. Jangan tanya saya berapa banyak saya boleh makan dalam satu masa, haha!

Dahulu, semasa saya belajar di Pekan, Pahang, saya menemui satu lagi variasi karipap yang jarang didapati di Johor Bahru, iaitu Temosa ataupun karipap inti ikan. Ada kelapa dicampur dengan intinya dengan rasa yang lebih lemak dan kurang pedas.

My favourite karipap sudah semestinya karipap sardin buatan sendiri, disediakan oleh dua orang chef terbaik; En Mohamed dan Pn Norazan. Sedap! Kalau karipap sardin yang dijual, saya suka karipap yang dijual di sebuah gerai menjual putu piring di Jalan Cenderawasih, Larkin. Tetapi kena cepat, kalau lambat, melepaslah jawabnya.

Di ruang maya ini, ada satu group ditubuhkan di facebook. Mereka menamakan kumpulan ini sebagai Persatuan Penggemar Karipap Nasional. Macam-macam hal mereka ini.

Ada sesiapa tahu gerai mana yang menjual karipap sardin yang sedap?





Al-Mubarak

21 08 2009

Ramadhan menjelma lagi. Marilah merafakkan kesyukuran kerana bertemu kembali dengan ramadhan.

Nostalgia

Nostalgia ramadhan saya cukup banyak, terutama sekali semasa belajar di Universiti Malaya. Seawal jam 4 pagi, saya dan rakan-rakan sudah bangkit, menaiki motosikal ataupun JAS400 ketika itu, mencari makanan untuk sahur. Antara lain, mamak place SS14 dan PJ Oldtown menjadi pilihan. Di waktu petang, bazar ramadhan pun jadi kawasan yang diserbu. Kemudiannya berbuka bersama-sama rakan sama ada di bilik ataupun di kafe fakulti. Indah sungguh memori itu.

Kempas Indah yang indah

Saya kagum dengan penduduk-penduduk Taman Kempas Indah. Mengapa? Kerana mereka yang lebih dahulu menduduki kawasan ini telah menubuhkan jawatankuasa sendiri, bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Yang lebih bagusnya, organisasi ini mempunyai fotopagenya sendiri yang boleh diakses di http://kempasindah.fotopages.com/.

Kepada semua, selamat mengharungi bulan ini dengan amalan mulia.





Middle of August

18 08 2009

Pagi semalam saya bangun sambil berjalan-jalan keliling rumah. “Bangun, hari ini kerja la…”

Dalam masa yang sama, saya sempat berseloroh sambil berkata, “bagi cikgu, bukan sekadar hari ini kerja, tetapi hari-hari kerja…”

RIMUP

Perhimpunan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Peringkat Kebangsaan sedang berlangsung di Johor Bahru sehingga 20 Ogos ini. Kepenatan menjadi J’Kuasa Pendaftaran sangat terasa. Banyak juga yang dipelajari, terutamanya menangani tekanan kerja. Paling menggeramkan hati ialah apabila ada kontinjen dari sebuah negeri, membuat pertukaran kesemua pesertanya, dan hanya menulis senarai nama peserta di atas sehelai testpad yang sudah renyuk. Tidak patut, kan?

Debat

Di India, kontinjen Malaysia terus hampa apabila gagal meraih gelaran juara, biarpun ada yang bergelar pemain no.1 dunia. Nasib yang sama juga dialami oleh kontinjen UM di Debat Kemerdekaan kali ini. Biarpun memperoleh gelaran juara liga, tetapi Azri dan rakan-rakan ditunjukkan jalan keluar di pusingan suku akhir. Tiada rezeki untuk debat kemerdekaan la rasanya.

Temuduga

Esok saya akan menjalani temuduga untuk pengesahan jawatan. Maka, sebagaimana aktiviti cliche seorang guru muda yang ingin ditemuduga, saya mula mencari arkib lama untuk membaca maklumat yang perlu disemat di dada; PIPP, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya.

Kepada semua, doakan saya ya!





Rezeki

15 08 2009

Konsep rezeki perlu untuk difahami.

Biarpun bergelar pemain no. 1 dunia, ataupun dirasakan berada pada tahap terbaik, bukan itu yang akan menentukan nasib kita.

Heads_of_badminton_raquets

Itulah yang berlaku kepada pemain badminton kita di Kejohanan Dunia kali ini. Akhirnya, perjuangan pemain-pemain kita tamat setelah dua beregu kita tewas di pusingan separuh akhir.

Kecewa

Rakyat Malaysia mungkin akan rasa kecewa. Sekali lagi Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakan gagal dalam misi menaikkan nama negara.

Di sinilah konsep rezeki perlu difahami. Tuhan berhak memberi atau menarik rezeki dari makhluk ciptaanNya. Tidak kiralah anda hebat atau tidak, rezeki Tuhan juga perlu dipohon juga.

Tetapi, bersyukurlah! Ada lagi sukan yang dikuasai rakyat Malaysia; Badminton.





Istiadat Konvokesyen 2009

15 08 2009

5 saat yang berharga

Belajar 4 tahun, untuk menerima skrol dalam masa 5 saat sahaja.

Itu mungkin persepsi awal saya semasa berada dalam Dewan Tunku Canselor tempoh hari. Pergi ke kuliah beberapa tahun, tunggu dalam istiadat konvokesyen berjam-jam, hanya untuk 5 saat tidak ternilai itu.

Tetapi konvokesyen adalah lebih daripada itu.

Melangkah keluar dewan konvokesyen, keluarga dan rakan-rakan sudah menanti. Pada masa itulah segala-gala yang pernah saya alami sejak 2004 di kampus tercinta Universiti Malaya seolah-olah berulang kembali. Bagaikan baru semalam saya sekeluarga mendaftar di Kolej Kediaman ke-10 lima tahun lepas. Seperti baru sahaja selepas menjalani minggu haluansiswa sebagai mahasiswa baru.

Kenangan konvokesyen tiada taranya dengan yang lain (setakat ini). Kepuasan memakai jubah yang diambil rekaan daripada jubah sarjana muda Universiti Oxford dan berada dalam istiadat hanya dialami oleh insan tertentu sahaja.

Sebenarnya, banyak yang hendak ditulis, tetapi a picture is worth a thousand words.

DSC_1217

DSC_1227

DSC_1232

SDC12089

SDC12139

DSC_1259

Nanti bila gambar studio dah siap, saya kongsikan ya!





Petrosains dan Konvokesyen

12 08 2009

Hari ini hari Rabu, 12 Ogos 2009. Semalam menjadi hari yang menarik untuk diingati, esok pula pasti menjadi hari yang tidak ternilai dalam hidup ini.

Petroscienceshow

Terima kasih kepada Cik Nisa’, Hazlyzuan, Faiz, Aisyah, Ilyas, Hazim Omar dan Hairul Anam. Lain kali, kita buat lebih elok ya!

DSC00095

DSC00099

DSC00100

DSC00127

Konvokesyen

Saya akan digraduasi pada 13 Ogos 2009, sidang petang. Kepada yang berkesempatan, datang la ya!