Rezeki

15 08 2009

Konsep rezeki perlu untuk difahami.

Biarpun bergelar pemain no. 1 dunia, ataupun dirasakan berada pada tahap terbaik, bukan itu yang akan menentukan nasib kita.

Heads_of_badminton_raquets

Itulah yang berlaku kepada pemain badminton kita di Kejohanan Dunia kali ini. Akhirnya, perjuangan pemain-pemain kita tamat setelah dua beregu kita tewas di pusingan separuh akhir.

Kecewa

Rakyat Malaysia mungkin akan rasa kecewa. Sekali lagi Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakan gagal dalam misi menaikkan nama negara.

Di sinilah konsep rezeki perlu difahami. Tuhan berhak memberi atau menarik rezeki dari makhluk ciptaanNya. Tidak kiralah anda hebat atau tidak, rezeki Tuhan juga perlu dipohon juga.

Tetapi, bersyukurlah! Ada lagi sukan yang dikuasai rakyat Malaysia; Badminton.





Istiadat Konvokesyen 2009

15 08 2009

5 saat yang berharga

Belajar 4 tahun, untuk menerima skrol dalam masa 5 saat sahaja.

Itu mungkin persepsi awal saya semasa berada dalam Dewan Tunku Canselor tempoh hari. Pergi ke kuliah beberapa tahun, tunggu dalam istiadat konvokesyen berjam-jam, hanya untuk 5 saat tidak ternilai itu.

Tetapi konvokesyen adalah lebih daripada itu.

Melangkah keluar dewan konvokesyen, keluarga dan rakan-rakan sudah menanti. Pada masa itulah segala-gala yang pernah saya alami sejak 2004 di kampus tercinta Universiti Malaya seolah-olah berulang kembali. Bagaikan baru semalam saya sekeluarga mendaftar di Kolej Kediaman ke-10 lima tahun lepas. Seperti baru sahaja selepas menjalani minggu haluansiswa sebagai mahasiswa baru.

Kenangan konvokesyen tiada taranya dengan yang lain (setakat ini). Kepuasan memakai jubah yang diambil rekaan daripada jubah sarjana muda Universiti Oxford dan berada dalam istiadat hanya dialami oleh insan tertentu sahaja.

Sebenarnya, banyak yang hendak ditulis, tetapi a picture is worth a thousand words.

DSC_1217

DSC_1227

DSC_1232

SDC12089

SDC12139

DSC_1259

Nanti bila gambar studio dah siap, saya kongsikan ya!