5 saat yang berharga
Belajar 4 tahun, untuk menerima skrol dalam masa 5 saat sahaja.
Itu mungkin persepsi awal saya semasa berada dalam Dewan Tunku Canselor tempoh hari. Pergi ke kuliah beberapa tahun, tunggu dalam istiadat konvokesyen berjam-jam, hanya untuk 5 saat tidak ternilai itu.
Tetapi konvokesyen adalah lebih daripada itu.
Melangkah keluar dewan konvokesyen, keluarga dan rakan-rakan sudah menanti. Pada masa itulah segala-gala yang pernah saya alami sejak 2004 di kampus tercinta Universiti Malaya seolah-olah berulang kembali. Bagaikan baru semalam saya sekeluarga mendaftar di Kolej Kediaman ke-10 lima tahun lepas. Seperti baru sahaja selepas menjalani minggu haluansiswa sebagai mahasiswa baru.
Kenangan konvokesyen tiada taranya dengan yang lain (setakat ini). Kepuasan memakai jubah yang diambil rekaan daripada jubah sarjana muda Universiti Oxford dan berada dalam istiadat hanya dialami oleh insan tertentu sahaja.
Sebenarnya, banyak yang hendak ditulis, tetapi a picture is worth a thousand words.
Nanti bila gambar studio dah siap, saya kongsikan ya!
Tahniah!!
aik.. 4 tahun jer ker.. cam salah jer tuh..hehe
walaupun hanya 5 saat…
tapi impaknya pd diri sgt manis kan…:)
congrats ali….
Tahniah Ali Asyraf….
Assalam mu alaikum wr wbt.
Saya yakin Ali belum mengalami keadaan ini. Saya juga pernah berkonvo tahun 1977 (Dip Sc Ed) tahun 1986 (BSc Hons) tetapi kegembiraan yang amat sangat terasa ialah apabila menatap wajah anak-anak berkonvo. Setakat ini sudah tiga kali kegembiraan begitu dirasai. Anak Pertama di Management and Science University (MSU – KUTPM), Anak Kedua di UNIMAS dan anak ketiga di UTHM, Insya Allah menanti satu di UTM dan dua orang di UM. Sebagai ayah waktu 5 saat itu kemuncak kegembiraan kerja berjaya menghantar anak belajar. Itulah kegembiraan Cikgu Ali
Ali : Mak saya sangat teruja apabila berada betul-betul di hadapan pentas semasa istiadat konvokesyen…
sedih xdapat g UM sekali… i’m missing in the family pic there…
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………. 😥
Ali : Orang suruh chow-ti…
salam…
hey…
b4 too late…
congratulation for your graduation…
haha…
smoga anda menjadi pendidik yg cemrlang,gemilang,terbilang…
tumpang bangge dgn anda…
haha….
p/s:salam ramadhan…hehe
Ali : Thanks! Kamu juga!