Al-Mubarak

21 08 2009

Ramadhan menjelma lagi. Marilah merafakkan kesyukuran kerana bertemu kembali dengan ramadhan.

Nostalgia

Nostalgia ramadhan saya cukup banyak, terutama sekali semasa belajar di Universiti Malaya. Seawal jam 4 pagi, saya dan rakan-rakan sudah bangkit, menaiki motosikal ataupun JAS400 ketika itu, mencari makanan untuk sahur. Antara lain, mamak place SS14 dan PJ Oldtown menjadi pilihan. Di waktu petang, bazar ramadhan pun jadi kawasan yang diserbu. Kemudiannya berbuka bersama-sama rakan sama ada di bilik ataupun di kafe fakulti. Indah sungguh memori itu.

Kempas Indah yang indah

Saya kagum dengan penduduk-penduduk Taman Kempas Indah. Mengapa? Kerana mereka yang lebih dahulu menduduki kawasan ini telah menubuhkan jawatankuasa sendiri, bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Yang lebih bagusnya, organisasi ini mempunyai fotopagenya sendiri yang boleh diakses di http://kempasindah.fotopages.com/.

Kepada semua, selamat mengharungi bulan ini dengan amalan mulia.