Karipap. Epok-epok. Curry puff. Shell puff pastry.
Semuanya membawa maksud yang sama. Sejenis kuih yang mempunyai inti yang disalut tepung yang dikelim. Kuih ini merupakan salah satu kuih dalam senarai Warisan Negara!
Kuih karipap mempunyai banyak jenis, dan biasanya dibezakan dengan intinya. Inti yang paling biasa dibuat (kerana murah dan mengenyangkan) ialah inti kentang atau keledek. Selain itu, inti yang menjadi kegemaran ramai termasuk saya ialah inti sardin. Jangan tanya saya berapa banyak saya boleh makan dalam satu masa, haha!
Dahulu, semasa saya belajar di Pekan, Pahang, saya menemui satu lagi variasi karipap yang jarang didapati di Johor Bahru, iaitu Temosa ataupun karipap inti ikan. Ada kelapa dicampur dengan intinya dengan rasa yang lebih lemak dan kurang pedas.
My favourite karipap sudah semestinya karipap sardin buatan sendiri, disediakan oleh dua orang chef terbaik; En Mohamed dan Pn Norazan. Sedap! Kalau karipap sardin yang dijual, saya suka karipap yang dijual di sebuah gerai menjual putu piring di Jalan Cenderawasih, Larkin. Tetapi kena cepat, kalau lambat, melepaslah jawabnya.
Di ruang maya ini, ada satu group ditubuhkan di facebook. Mereka menamakan kumpulan ini sebagai Persatuan Penggemar Karipap Nasional. Macam-macam hal mereka ini.
Ada sesiapa tahu gerai mana yang menjual karipap sardin yang sedap?
ye karipap sardin ibu yng paling world…
Apsal dulu-dulu masa saya bawak bakul jual “kueh” istilah yang digunkan lain ek :
Epok-Epok Intinya Keledek
Tembosa Intinya Daging Dan Kentang
Tepung Bawang Intinya Sardin
Karipap Yang Dijual Oleh Bai Roti Bawak basikal Dengan Bakul Besar Dan Kalau Kat JB Cari Kat Jalan Dhoby Ada Kedai Membuat Roti Yang Masih Mengekalkan Cara Terdahulu
Ali : Kerana dunia dah berubah, zaman dah maju. Haha! Still your karipap are the best!