Situasi di bawah ini adalah situasi yang saya lalui sebelum mendapatkan wireless broadband daripada celcom.
Di celcom centre
“Encik, saya datang untuk mohon broadband”
“Encik nak pakej yang bagaimana? Encik kerja kerajaan ke?”
Lantas saya menjawab, “Ya.”
“Kalau begitu, encik pergi ke tingkat atas, ada harga khas untuk kakitangan kerajaan.”
Di tingkat atas.
“Modem untuk pakej kakitangan kerajaan ni free. Encik boleh daftar hari ini, tetapi modem dah habis. Order mungkin sampai dalam dua minggu.”
Saya memberi respons, “Tidak mengapalah. Hari isnin nanti saya datang semula.”
Saya datang semula ke Celcom Centre pada hari isnin berikutnya.
“Cik, saya datang nak daftar untuk broadband pakej government servant. Hari tu, saya diberitahu yang modem dah habis.”
“Oh. Mungkin stok modem akan tiba dalam masa sebulan.”
Dengan spontannya, “Eh? Jumaat lepas saya datang, kata dua minggu. Hari ni saya datang, dah jadi sebulan. Pelik?”
Saya tangguhkan dahulu niat untuk dapatkan broadband itu.
Beberapa hari kemudian, saya survey di sebuah booth di Plaza Angsana berkenaan pakej kakitangan awam.
“Maaf encik, pakej itu hanya ditawarkan di Celcom Centre sahaja”. Jawapan yang ringkas, tepat dan memuaskan hati.
Dua minggu kemudian, ayah saya pula membuat tinjauan di PC Fair. Kononnya ada promosi di sana. Tetapi, itu semua propaganda semata-mata. Semuanya harga yang sama di Celcom Centre. Yang berbeza cumalah layanan dan juga beg kertas cantik serta beberapa hadiah cabutan bertuah. Apabila ditanya tentang pakej government servant, jawapan mudah yang menyakitkan telinga, “Oh, itu dah takde dah…”
Tempoh hari di AEON Tebrau City, ada promosi broadband oleh Celcom juga. Harga? Sama juga dengan di Celcom Centre. Yang lainnya pun mungkin seringgit dua, modem yang cantik (warna hitam) dan hadiah cabutan bertuah. Apabila ditanya tentang pakej kakitangan kerajaan, dijawabnya, “Ala bang, yang pakej government servant tu pun abang kena bayar modem die, RM200.”
Setelah difikirkan, saya kembali ke Celcom Centre setelah sebulan saya menunggu. Stok modem pun dah tiba. Dan diaktifkan setelah 48 jam mendaftar.
Lu pikirlah sendiri.