Celcom Broadband

26 08 2009

celcom vodafone modem (580x387)

Situasi di bawah ini adalah situasi yang saya lalui sebelum mendapatkan wireless broadband daripada celcom.

Di celcom centre

“Encik, saya datang untuk mohon broadband”
“Encik nak pakej yang bagaimana? Encik kerja kerajaan ke?”
Lantas saya menjawab, “Ya.”
“Kalau begitu, encik pergi ke tingkat atas, ada harga khas untuk kakitangan kerajaan.”

Di tingkat atas.

“Modem untuk pakej kakitangan kerajaan ni free. Encik boleh daftar hari ini, tetapi modem dah habis. Order mungkin sampai dalam dua minggu.”
Saya memberi respons, “Tidak mengapalah. Hari isnin nanti saya datang semula.”

Saya datang semula ke Celcom Centre pada hari isnin berikutnya.

“Cik, saya datang nak daftar untuk broadband pakej government servant. Hari tu, saya diberitahu yang modem dah habis.”
“Oh. Mungkin stok modem akan tiba dalam masa sebulan.”
Dengan spontannya, “Eh? Jumaat lepas saya datang, kata dua minggu. Hari ni saya datang, dah jadi sebulan. Pelik?”

Saya tangguhkan dahulu niat untuk dapatkan broadband itu.

Beberapa hari kemudian, saya survey di sebuah booth di Plaza Angsana berkenaan pakej kakitangan awam.

“Maaf encik, pakej itu hanya ditawarkan di Celcom Centre sahaja”. Jawapan yang ringkas, tepat dan memuaskan hati.

Dua minggu kemudian, ayah saya pula membuat tinjauan di PC Fair. Kononnya ada promosi di sana. Tetapi, itu semua propaganda semata-mata. Semuanya harga yang sama di Celcom Centre. Yang berbeza cumalah layanan dan juga beg kertas cantik serta beberapa hadiah cabutan bertuah. Apabila ditanya tentang pakej government servant, jawapan mudah yang menyakitkan telinga, “Oh, itu dah takde dah…”

Tempoh hari di AEON Tebrau City, ada promosi broadband oleh Celcom juga. Harga? Sama juga dengan di Celcom Centre. Yang lainnya pun mungkin seringgit dua, modem yang cantik (warna hitam) dan hadiah cabutan bertuah. Apabila ditanya tentang pakej kakitangan kerajaan, dijawabnya, “Ala bang, yang pakej government servant tu pun abang kena bayar modem die, RM200.”

Setelah difikirkan, saya kembali ke Celcom Centre setelah sebulan saya menunggu. Stok modem pun dah tiba. Dan diaktifkan setelah 48 jam mendaftar.

Lu pikirlah sendiri.


Tindakan

Information

17 responses

26 08 2009
masita md shah

pengalaman yang sama sewaktu saya mencari utk student package!!

Salam Ramadhan!!

26 08 2009
ily

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
suda lama tak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dah grad la katakan
tapi jgn lupa ajak kawin nti tauuuuuuuuuuuuuuuuu
and kim slm kt ishaaaakk
kami rindu sama broQ

Ali : Rindu bangat sama kamu semua jugak!

26 08 2009
Nurul Asyiqin

la, begitu la cte nye…
baru ku tahu cikgu……..

27 08 2009
penamaya

dpt free la nie modem nya …?

ok la tu….

Ali : Nak kerja government ke?

27 08 2009
fazilyahaya

baru ni ade PC Fair kat UPM… riuh rendah promosi broad band maxis dan celcom.. nasib baik tak terniat nak beli cos ade wayerless free. kalu tak mungkin akan menyambungkan cerpen ni… hehe

Ali : Internet di kolej kediaman ke-10 UM mempunyai kelajuan setaraf blackbird….

21 09 2009
gambang

Internet di kolej kediaman ke-10 UM mempunyai kelajuan setaraf blackbird… p/s – : Dulu….

Ali : Blackbird = Jetfire…. tu mmg kisah dulu… hehe!

27 08 2009
^_^

dah ade broadband….tahniah!!….
selamat berpuasa…
p/s : bulan baik…lembutkan hati…maafkan kawan anda ye…^_^

28 08 2009
nisdasyarfini

waaa.. A.Ali.. Lama x kelihatan.. Tahniah dh grad!

time sy g plak, hrga modem kt Celcom Centre RM399.. n hrga kt kaki lima just RM299.. Celcom Centre jual lagi mahal untuk broadband yang same jenis.. dan diorg pn x btau klu area KL guna pakej RM68 or RM98 still dpt speed yg same.. dats celcom broadband weaknesses.. mungkin die ingat saya xd pengalaman membeli broadband pdhal dh utk kali 3..

16 09 2009
Yen Kerhack

HAhah.. sama jer la… da pkai bb celcom ni da lamer… so saper2 yg bru nk apply tuh, better batalkan niat… celcom ni pnipu…

15 11 2009
rahim

kenALI,

saya baru trebaca cerita ni pagi ni (15.11.09). BB ni offer 1 bulan saja utk kt kerajaan dgn up to 3.6mbps pada harga rm100 upfront dan rm50 bulanan. upfront dapat balik dlm bentuk potongan bil bulanan sehingga habis!. tempoh tamat twrn 30mei09 lalu. saya tau last minit dan reg pd 30.05.09. modem dijanjikan 1minggu utk dapat krn habis (sbb terlalu ramai reg.) kena faham tu. stok habis.
lepas tu skim ini ditangguhkan sekejap. bermula ogos 09 skim ni start balik tp dgn tawaran berbeza pulak. upfront rm200, speed turun kpd 384k, caj bulanan naik kpd rm68 (kalau tak silap)!. modem pun dpt lewat juga krn ramai yg reg.
skrg ni saya seronok pakai bb ni. lagi satu bb ni yg paling luas liputan di malaysia. semua jenis bb saya dah cek.
sekian

22 11 2009
teko

hurm..bukan nak kate ape..tp lumrah kalau nak free,mmg susah sket kan..
sy dah gune broadband dah beberape tahun,dan sgt berpuas hati..and jgn smpaai tertipu ngn modem2 yg jual kat kaki lima..ramai yg dah terkene.. =)

9 12 2009
MIA

CELCOM NI PENIPU SEBENARNYA.PEKEJ GOV LEMBAB GILER LINE DIA. TAK PERNAH DAPAT PUN LAIN.MASA NAK APPLY DULU MCM2 PIHAK DIA KATE.CECAP LA,TANGKAS LA, BOLEH GUNE SAMPAI UNLIMITED LA.MACM2.TAPI KESUDAHANNYA,LINE LEMBAB GILER.BAIK GUNE STREAMYX LAGI CEPAT.BILA CALL CELCOM TAHU TAK PIHAK DIA CKP APE ” KAWASAN TEMPAT SAYA DUDUK NI RAMAI ORANG GUNE INTERNET”. ADA KE DIA JAWAP MCM TU.TAK LOGIK LANGSUNG.KEPADA PIHAK CELCOM, TAK BAIK MAKAN DUIT ARANG .BERDOSA BESAR KALAU ARANG TAK HALALKAN.FIKIR2KANLAH

27 01 2010
erie

iye ke lambat? saya pkai ok jer… pakej RM50 per month utk gov srvnt… masa duk kat bangi dlu mmg intrnt lmbt skit la (kalo dpt line 3g), skrg ni kne pndh kat alor star, intrnt laju jer (dpt line hsdpa, full plak tu)… smpaikn duk kat opis pn pkai bb sbb intrnt gov ni kdg2 prob…huhu…

19 06 2010
diena

broadband rm69: kdg2 ok kdg ko… trutama hri berangin… n ikut tmpt. klu tmpt yg xde 3G (tmn teja Changlun, Kedah) mmg lmbt giler… tp kat kg, Pokok Sena, kedah laju beb.. tp, klu kat kolej UUM, siang jer blh guna. bla mlm, lps pukul 12 bru blh on wireless. xde signal..

lbh baik guna Wimax.. tp, skrg duit xde lagi la.. hahaha

5 08 2010
zulkeflee

saya pun nak ambil Celcom…pakej kerajaan, sebab yang lain line lembab la..nak cuba ….celcom lak

26 03 2011
mdzulha

nasib ko hampir same dgn aku.aku g kt centre selayang dioarang ckp kne register kt kolumpo,kat jalan ampang.lusa tu aku pn pergi register kt sne dgn rakan opis aku.pergi sne tny customer service diaorang cakap boleh tp dioarang akan pos modem tuh,seminggu.tak bagi terus.aku pn terpikir apa salahnye kalu bagi terus.lagipun dah datang centre kn.bodoh betul.pastu nk register kalu xde modem n nk tukar plan kerajaan kena bayar rm200(celcom lah) dan kontrak 2tahun.kalu dah pakai celcom sebelum nih free.oklah.cuma aku terkezut sbb sebelum ni centre selayang cakap rm100 je utk bayar modem kalu xpernah daftar. mmbe aku yang register sebelah pn kne bayar rm100 je. pastu aku cakap apsal jd len plak.last2 mmbe aku sound kt cust service tmpt aku daftar tuh. alih2 cust service tu konpius dan tny membe2 dia dan jd rm100 plak. korang pikir sendirilah management disitu cmne??

ok,abih cite kat situ. pastu cite tang tunggu modem plak. janji seminggu. tp dua minggu bru sampai. tu pun bermasalah penghantaran.syrkt kourier tu marah2 kat aku cakap alamat ringkas,xdapat nk cari.aku sound balik aku dah bagi alamat betul.rupe2nye celcom bagi alamat ringkas sedangkan masa aku register aritu alamat penuh.dah dua masalah dah.bangang kan..

arini plak, tadi aku nk g bayar celcom broadband. guna mesin teller lah. check jumlah yang perlu dibayar rm68 ringgit. terkejut campur marah aku.sebabnye cust service cakap aritu pakej kerajaan rm48 je kne bayar dan just jadi rm50 kalu nak hantar bil guna surat.celcom charge rm2.so camne tuh??aku xpuas ati giler skg nih..suck gk celcom upenye.takkan aku nk bayar rm68 sebulan.kalu bayar rm68 bek xpayah masuk pakej govt.pakej celcom biasa je..

26 03 2011
mdzulha

satu lagi celcom memang penipu. cakap laju lah pape. aku pakai setakat sebulan nih memang line xbrape stabil. menyakitkan hati kadang2. kepada sape yang nak mendaftar internet pada pandangan aku baik korang pakai streamyx atau unifi jelah. bb ni mengarut je…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: