Hikmah Kembara

14 09 2009

Pada suatu pagi yang hening, saya bertanya kepada pelajar-pelajar saya.

“Siapa pernah pergi ke Kuala Lumpur?”

Ramai yang mengangkat tangan. Baguslah! Lebih daripada separuh kelas pernah ke ibu negara Malaysia tersebut. Mudahlah untuk saya membuka cerita bagi membolehkan pelajar membuat tugasan di dalam kelas.

Saya sambung lagi soalan saya, “Siapa yang pernah pergi KLCC?”

Ramai juga yang mengangkat tangan. Baguslah! Lebih separuh kelas pernah ke Kuala Lumpur City Centre, tempat terbina menara berkembar Petronas, menara berkembar tertinggi di dunia itu.

Soalan diajukan lagi, “Siapa yang pernah pergi ke Petrosains di KLCC?”

Kali ini, respons memeranjatkan. Kurang separuh daripada yang mengangkat tangan tadi pernah ke Petrosains. “Habis tu, kamu ke KLCC buat apa?”. “Shopping dan jalan-jalan cikgu.”

Saya hairan. Saya tidak mahu menyalahkan ibu bapa dalam hal ini. Tetapi memang satu situasi merugikan jika anda dari Johor Bahru, pernah ke KLCC, tetapi tidak pernah singgah ke Petrosains.

Dahulu, saya sampai bergaduh-gaduh dengan bapa saudara saya semata-mata hendak ke Planetarium. Malahan, pernah tersangkut dalam jem angkara demonstrasi jalanan anjuran Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa zaman reformasi dahulu. Kalaulah Dato’ Seri Anwar membaca blog ini, saya ingin katakan padanya, yang dia pernah meragut impian seorang kanak-kanak yang terlalu ingin mengunjungi Planetarium Negara pada tahun 1998. Entah berapa ribu impian manusia lain yang pernah dimusnahkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.

Bukan sekadar kembara ke Kuala Lumpur. Saya juga sempat bertanya kepada pelajar di kelas yang lain, “Siapa pernah pergi ke Tasik Kenyir dan Empangan Kenyir?”. Hanya seorang sahaja pernah ke sana, itupun pelajar yang merupakan anak yatim, yang kini tinggal di asrama anak-anak yatim.

Adakah kekangan kewangan menjadi penghalang untuk menambah pengalaman melalui percutian? Saya rasa jawapannya tidak. Kalau ya, sudah tentu saya tidak pernah ke Kenyir seawal umur 11 tahun. Tempoh hari, semasa mengingati kenangan lama, mak saya spontan berkata, “dulu masa duit tak seberapa pun, tetap berjalan gak, kan?” (Terima kasih ibu dan ayah)

Maka, saya seru kepada semua ibu bapa di luar sana. Kalau hendak berjalan-jalan, pilihlah tempat yang bagus ya! Jangan terlalu ghairah bershopping di KLCC atau Pavilion, kemudia memukul canang serata kampung, “I beli baju anak I di Pavilion KL, di butik terkenal tu,” tanpa menyedari yang anaknya tidak ada pengalaman ke Petrosains yang boleh membantu anaknya menambah ilmu.

Ada sesiapa warga Johor Bahru yang tidak pernah ke Muzium Diraja yang dahulu dikenali sebagai Istana Besar?


Tindakan

Informasi

3 responses

15 09 2009
arbaktun@akak ali

thanks ibu and ayah for the great opportunities to us..

15 09 2009
mysarah

Istana Besar sy penah pegi tp zaman kanak2 dulu semasa ayah bertugas di Johor Bharu…

dan sememangnya untungla orang yg kuat berjalan ni… duit bole dicari, tapi masa x bole dibeli…so, selagi ade kesempatan pegi la berjalan sekitar Malaysia..byk tempat bole dilawati…huhu…

( dah mcm duta pelancongan dh…heheh..)

25 09 2009
achtung

eh,ali di jb.

istana besar tu tak pernah pulak masuk.setakat lalu dengan singgah kejap je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: