Ramai yang pernah mendengar ungkapan seperti tajuk entri ini.
Kerana kali ini, saya ingin berkongsi koleksi terbaru saya. Semasa kanak-kanak dulu, saya tidak punya ruang dan peluang untuk mempunyai permainan mahal untuk dijadikan koleksi. Apabila sudah berkerja, bolehlah melayan hobi baru ini.
Bersiar-siar di ruang maya memberikan saya peluang untuk mencari barangan terpakai yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Namun, saya begitu gembira apabila barang yang saya idamkan akhirnya diiklankan di mudah.my dengan harga yang murah.
Saya telah membeli The Revenge of The Fallen Optimus Prime Voyager Class dan Bumblebee Battle Damage.
Keseronokan bermain permainan ini terletak pada seni untuk mengubahnya, daripada alternate mode (ataupun mod kenderaan) kepada robot mode. Masa yang diambil tidak lama, 5 minit untuk setiap robot. Kalaulah robot ini mengambil masa 5 minit untuk berubah bentuk semasa dalam filem, alamatnya habis dibunuh Megatron kesemuanya.
Seronok!
Tinggalkan Jawapan