Entri ini saya taip, bukannya luahan emosi, tetapi lebih kepada review perkhidmatan.
Jumaat lepas, saya melakukan servis rutin ke atas Proton Persona saya, dan sebagaimana biasa saya akan menuju ke Pusat Servis Proton yang sah.
Kebiasaannya, saya akan memilih untuk membuat servis rutin di Skudai Lube Bay, sebuah pusat servis Proton di Taman Universiti Johor Bahru. Tetapi, atas kekangan masa dan ingin mencuba kelainan, kali ini saya memilih untuk menggunakan khidmat pusat servis Alam Biru Auto Sdn Bhd di Jalan Skudai.
Mengapa saya memilih pusat servis ini? Kerana di sini terdapat ruang rehat dan ruang pameran yang membolehkan saya mencuci mata seketika semasa menunggu kereta diservis.
Selesai servis, saya menyedari tayar kereta saya sudah kehilangan angin. Tidak mengapalah, mungkin kereta ini pinta dimanjakan, saya terus menuju ke Petronas berdekatan. 6 jam kemudiannya, tayar saya kembali ke keadaan yang ‘meminta nyawa’, saya pam sekali lagi. Dan keesokan harinya, memang nyata tayar itu sudah menunjukkan tanda-tanda tertusuk besi. Huhu!
Tidak kisahlah cerita selepas itu. Persoalannya : Mengapa mekanik di Pusat Servis Proton (Alam Biru Auto) itu gagal mengesan keadaan tayar saya yang kehilangan angin?
Pagi tadi, saya menelefon kembali Alam Biru Auto. Saya bertanyakan dua soalan dan mendapat jawapan jelas daripada service advisor di Alam Biru Auto.
Cik, saya nak tanya, sebelum kereta saya diservis, apa basic check yang akan dibuat oleh mekanik?
Oh! Mekanik akan check air bateri, screen wash, tyre pressure dsb.And kalau katakan mekanik check air bateri kurang, atau tyre kurang pressure, adakah customer akan diberitahu?
Ya!
Dua soalan ringkas menjawab persoalan saya. Sama ada mekanik gagal memberitahu saya yang tayar saya sudah kehilangan angin, ataupun mekanik GAGAL memeriksa tekanan angin tayar saya.
Selama ini, jikalau saya menghantar kereta saya untuk diservis di Skudai Lube Bay, mekaniknya tidak pernah gagal untuk memeriksa tekanan angin tayar saya. Kerana tiada ruang rehat di sana, sana berpeluang memerhati prosedur servis kereta saya.
Maka, itulah review saya untuk pusat servis Proton di Alam Biru Auto. Selepas ini, saya pasti akan kembali melakukan servis rutin di Skudai Lube Bay.
Bagaimanapun, saya sudah memaklumkan perkara ini kepada service advisor di Alam Biru Auto, dan beliau memaklumkan bahawa perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak atasan.