Learn.Teach.Love

25 12 2009

Terlebih dahulu, untuk Pn Fadzleen, saya pinjam tajuk blog anda.

Saya sangat suka ungkapan itu. Learn. Teach. Love.

Maklumlah, sekarang ini musim keputusan PMR, dan sudah hendak mulakan penggal persekolahan baru, maka tema-tema pendidikan/persekolahan kian berlegar di kepala.

Tulisan kali ini saya tulis dari kaca mata seorang guru baru. Seorang pendidik yang baru 8 bulan menjengah alam kerjaya sebagai seorang cikgu. Saya beruntung. Cukup beruntung. Dahulu bersekolah di sekolah berasrama penuh (SBP), menjalani praktikal di SBP dan akhirnya ditempatkan di sebuah sekolah premier, sekolah kawalan.

Hakikat ‘budak sekarang sudah berubah’ pasti kita dengari. Dari penoreh getah di ceruk kampung di tepi gunung, sehinggalah ke taman-taman perumahan elit di ibukota.

Dan, setelah 8 bulan saya belajar (learn) untuk mengajar (teach), saya mengakui akan kebenarannya. Budak sekolah sekarang sudah berubah. Pandangan seorang pelajar juga sudah berubah terhadap guru. Berbeza dengan guru zaman 50-an atau 60-an dahulu.

Mungkin kerana pandangan guru dan masyarakat terhadap profesyen itu sendiri telah menyebabkan berlaku sedemikian. Jikalau dahulu, seorang ayah akan berkata pada anaknya, “belajarlah rajin-rajin, nanti dah besar boleh jadi cikgu.” Tetapi ayat seorang ayah zaman sekarang boleh jadi, “belajarlah rajin-rajin, kalau tidak, kamu akan jadi seorang cikgu”. Malahan, ada guru-guru sendiri berkata, “biasa la ada student yang kurang pandai tu. Kalau semua orang pandai, siapa hendak jadi cikgu.”

Mungkin juga kerana pandangan ibu bapa terhadap sekolah sudah berubah. Sekolah ibarat nursery, tempat dihantar anaknya bagi memastikan anaknya itu terjaga. Malah, tidak kurang juga yang menjadikan guru sebagai sasaran andai anaknya gagal memperoleh kecemerlangan. Lebih menyedihkan, ada ibu bapa yang terdiri daripada golongan pendidik mahupun professional dalam kementerian bersikap lepas tangan dan meletakkan sepenuh tugas didikan kepada guru.

Berubah

Ya, berubah. Bukan hendak dikatakan saya ini sempurna dan muluk. Kelak tidaklah guru yang cekap kerja pengkeranian sahaja bisa dipandang tinggi grednya. Juga tidaklah penggunaan ICT itu hanya untuk guru muda dan menjadi keajaiban andai guru senior mampu format sebuah komputer. Tidak juga seorang pelajar berkata “ala… apa yang cikgu tahu pasal benda ni semua, zaman dah berubah la cikgu”. Dan pastinya perubahan ini tidak dilabel dengan putar belit label ‘transformasi’.

Saya akan berubah, cuma terkadang tertanya-tanya, adakah saya berada di landasan yang betul?

Saya cinta. (love)


Tindakan

Informasi

3 responses

26 12 2009
beSt FreNz

it such a great entry… i love it..lama sgt x tgk awk menulis sekian rupe…keep updating…miss u entry….n miss u too…@_@

31 12 2009
che' mat

assalamualaikum wbt,

‘budak sekarang sudah berubah’… yes, diorang dah tak hormat guru. mebbe salah guru jugak – probably circa 70s-80s bila guru mula agak longgar dengan murid2, nak jadi kawan dengan murid2. so, bila generasi murid zaman tu pulak jadi guru, dia pun akan lebih open-minded. budak2 biasa la, kita bagi seinci, dia nak 2 inci. lama2, pijak kepala. jgn salah sangka, saya pun di SBP around tahun 80s. walaupun suka guru lebih open, tapi in the long run ia akan beri adverse effects. sampai sekarang saya masih hormat guru2 lama, terutama yg tegas kerana mereka yang lebih membentuk peribadi saya sekarang dari guru2 yg terlalu open.

kalau terlalu open, bilamana guru tak dihormati masa seseorang tu jadi murid, maka bila murid tu jadi mak bapak, dia akan kata pada anaknya ‘belajarlah rajin-rajin, kalau tidak, kamu akan jadi seorang cikgu’. so, macam mana anak nak hormat guru kalau mak bapak dah cakap macam tu. maknanya, baru lepas satu generasi saja, kedudukan guru itu dah jatuh.

saya agak biasa dengar ayat macam ‘ala… apa yang cikgu tahu pasal benda ni semua, zaman dah berubah la cikgu’, nadanya pun rasanya saya boleh agak. saya cuba untuk mengajar anak2 saya supaya tak gunakan ‘ala’ dan ‘eleh’ dalam perbualan harian tak kira dengan sesiapa pun. sebabnya, 2 perkataan ini bila digunakan akan menjadikan ayat seterusnya berbaur merendah-rendahkan pendengarnya.

apapun, saya doakan cikgu menjadi tenaga pengajar yg berjaya mendidik anak2 murid semuanya. sekian, apa yg salah itu hanyalah dari saya. wassalam.

terima kasih.

1 01 2010
yanml

rasanye guru2 baru mg cam tu kan?!…mula2 belajar utk mengajar…kemudian mengajar diri ni plak untuk cinta kepada profession ni dan pelajar…

Ali : Setuju!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: