Demi Anak Bangsa

1 02 2010

Saya penat. Benar-benar penat. Mengapa tidak? Sebulan ini memang banyak bebanan kerja tugas diberikan kepada saya. Kelas pengajaran, guru kelas, setiausaha HEM disiplin, Sistem Maklumat Murid, Ketua Guru Rumah Sukan, dan tugas Ko-Kurikulum yang masih lagi belum dimulakan. Tidak mengapalah. Sudah namanya tanggungjawab, perlu dijalankan dengan amanah. Demi anak bangsa.

Manusia sama dengan komputer. Boleh multi-tasking. Tetapi, kalau terlebih multi-tasking, komputer boleh hang. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia, boleh menyerap tekanan dan mengatasi, tidak terus hang seperti komputer. Bagusnya! Apatah lagi seorang guru, sentiasa bersabar menghadapi dugaan multi-tasking ini. Tidak mengapa. Demi anak bangsa.

Namun, perlu diingat. Komputer tidak punya hati dan perasaan. Dan pada sifat inilah uniknya manusia. Sedihnya, saya boleh katakan yang hati dan perasaan saya telah dijentik dan diguris oleh tugas dan kerjaya. Demi anak bangsa.

Maka, saya persoalkan kembali. Benarkan demi anak bangsa?! Tugas-tugas pengkeranian guru itu memang benar kesudahannya ialah untuk kebaikan murid dan pelajar. Namun, adakah itu yang benar-benar memberikan faedah langsung kepada pelajar?

Buktinya cukup mudah. Pabila ibu dan ayah mempersoalkan kredibiliti seorang guru, tidak disentuh walau sehebat mana seorang guru itu menyiapkan Rekod Mengajar, malah tidak dipersoalkan pun sebarang minit mesyuarat atau fail-fail yang gagal disiapkan. Namun ayat perlekeh mereka, “Guru ini semua tak reti mengajar ke?”

Dan apabila ditanya kepada pelajar, mengapakah seorang guru itu sentiasa diingati? “Adakah kerana data SMM kamu semua sentiasa dikemaskini, ataupun kerana fail peribadi yang lengkap terisi?” Tidak. Pelajar akan sentiasa mengingati, itulah guru yang pandai mengambil hati, yang tahu bahawa hari Isnin bukanlah waktu terbaik untuk memarahi, yang memastikan pelajar bukan sekadar tahu ABC, tetapi pandai menulis dan mencanai isi.

Kerana itulah kadangkala saya terfikir. Adakah kerja-kerja pengkeranian seorang guru itu memenuhi kata-kata ‘Demi Anak Bangsa’? Ataupun demi…

Saya bukan anti dengan kerja pengkeranian. Cuma saya kesal apabila saya sedang menunggu jemaah menguruskan jenazah paklong saya di Perak tempoh hari, dalam keadaan tidak tentu tidur semalaman, saya menerima panggilan telefon untuk diberikan tugas-tugas sedemikian. Kesal. Yang akhirnya malam selepas bacaan tahlil itu, saya tertidur dengan laptop di sisi, berbisik pada diri sendiri, “demi anak bangsa…”


Tindakan

Informasi

8 responses

1 02 2010
daia dellas

Demi Anak Bangsa..
Akak amat suka dan amat setuju dengan entry Ali.. Keep the good work up!

Sentiasala berdoa Ali, Akak dan semua guru di muka bumi nie akan terus tabah menghadapi gelora profesyen dan gelodak sosialisasi yg takkan pernah surut tu..

InsayaAllah, kerja kita satu Ibadah mulia.. InsyaAllah..

Ali : Thanks!

1 02 2010
mysarah

i agree 110% with u opinion….
kerja2 kekeranian yg menyebabkan sy mula “x suke” pd kerjaya guru….tp tidak bermakna tidak suke mengajar..i love teaching…but not “clerk-king”…….
sabar ye…May ALLAH bless u…^_^

Ali : Lebih berbaloi berpenat kerana mengajar di kelas…

2 02 2010
aimi

skarang mengajar kat mane?

Ali : SMK Tasek Utara Johor Bahru

4 02 2010
Jam_Pekak

Lantas Kerana Perasaan Seperti Entri Inilah Yang Mengakibatkan Tugas Pengkeranian Oleh Kerjaya ” Demi Anak Bangsa ” Tidak Dapat Dilihat Oleh Seorang Ayah Kerana Sudah Tentulah Ianya Dibuat Tidak

1. Sepenuh hati
2. Dengan Keikhlasan

Oleh Itu Elakkan Situasi Ini Stelah Kamu Berada Dissitu

4 02 2010
Jam_Pekak

Tolong Cek Egu Semak Ungkapan, Ejaan atau apa-apa yang silap

5 02 2010
mindamind

..ya, demi anak bangsa. 😉

1 03 2010
DaHLia

itulah..sama laa..kul 11 mlm pun dpt msg suh emel data OPMEN…dahlaaa waktu cuti sekolah..geram tull..

anyway, takziah 🙂

17 03 2010
Peace

Nasib baik la ada guru2 macam anda, sabar dan tabah walaupun kekadang buat kerja sampai nak rebah. Harapnya pelajar2 anda tak nakal sangat dan mencabar kesabaran anda.

Generasi kini sudah banyak yang dirosakkan akhlaknya dan bukannya mudah nak menanganinya.

Rokok; Budak sekarang naik tingkatan 1 bukannya baru mengenal rokok,dah jadi tokan rokok. Bapa yang merokok takkan dapat menghalang anaknya menjadi perokok kerana remaja cepat mencontohi hobi orang dewasa, dalam kes ini guru lelaki dan bapa yang biasanya merokok. Perkara ni tak dapat dielakkan selagi wujud benda bernama rokok, dan tidak perlu kempen2 anti rokok di sekolah.

Ponteng sekolah; mak bapak tak kisah, sampai ada budak beritahu saya,”Mak saya bagi cuti hari ni, takpe tak pergi sekolah.”
“Hari ni ada koko, balik pukul 5 petang, tu yang malas pergi sekolah.” (situasi mungkin berbeza di sekolah asrama)

Malas belajar; Malas membaca terutamanya subjek bahasa dan sejarah, dan malas mengira bagi subjek2 berkaitan.

18SX;Periksa saja pendrive atau telefon bimbit, berapa kerat yang tak simpan video lucah.

Kurang beragama: Bagi yang muslim pada namanya, tapi perangai tak sepertinya. Terlebih so-sial, meruntuhkan tiang agama dsb. Tak mungkin tak diajar semasa sekolah rendah, tapi kebarangkalian tiada praktikal di rumah di mana ibu bapa mereka juga tidak kisah tentang amalan harian, yang diingat raya,raya.Puasa pun banyak yang ponteng.

Kurang adab; Banyak remaja yang tidak menghormati guru, malah segelintir penjaga pula menganggap kerjaya guru mudah, tak banyak kerja dan banyak cuti. Penjaga paling ramai anak pun munkin dalam 20 orang. tapi guru perlu menjaga jumlah yang lebih banyak daripada itu. Melentur buluh bermula dari rebung bunyinya mudah tapi kalau beratus-ratus rebung boleh terkehel jugak dibuatnya.

Perkara-perkara di atas BUKAN untuk diserahkan sepenuhnya kepada guru, tapi tanggungjawab ibubapa/penjaga mereka. Kerjasama daripada mereka2 diperlukan untuk menjayakan anak-anak mereka menerima pengajaran dengan lebih baik.

Tak semua guru hebat dan pantas menaip. Bila kerja dilambakkan, boleh hang jugak seluruh badan. Tak payahla nak pertikaikan keikhlasan para guru. Letih + tekanan. Sekali-sekala kena luahkan perasaan. Yang bujang mungkin boleh pulun bekerja tapi dalam masa yang sama perlu juga mencari cinta. Bagi yang berkeluarga lebih banyak tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

Selagi kementerian tidak menyediakan kerani khas untuk membantu kerja2 menaip para guru, saya mendoakan guru2 Malaysia sentiasa cekal,tabah dan sabar.

Petikan rangkap terakhir lagu Joget Di manalah jodoh
“apa pun rintangan
apa pun halangan
apa pun cabaran
sabarlah Ali… jeng jeng jeng”

Ali : Thanks a lot!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: