Leadership is craft

29 03 2010

Entri ini merupakan luahan emosi, untuk perbaik diri sendiri, untuk suarakan isi hati…

Minggu lepas saya berkursus. Penceramah yang sangat memberikan inspirasi, seorang pengetua yang bagi saya mempunyai kemahiran penggunaan teknologi yang mengkagumkan. Siapa kata usia itu penghalang?

Kata-katanya tersemat di hari saya. ‘Leadership is a craft, Teaching is an art, Learning is science’. Terima kasih kepada pengetua SMT Perdagangan kerana memberi inspirasi buat saya, kerana ‘the best teacher inspires’.

Leadership is a craft.

Sebagai seorang guru, saya boleh menyuruh anak murid saya membuat kerja. Saya ada kuasa, saya ada hak. Tetapi, yang lebih mencabar bagi seorang guru ialah membuatkan anak murid saya suka membuat kerja itu. Itu yang sukar! Cabaran buat saya. Perkara ini juga benar dalam sesuatu organisasi, yang mana orang atasan kita mungkin mempunyai kuasa untuk menyuruh kita membuat kerja, tetapi kebolehan untuk membuatkan kita suka membuat kerja itu yang perlu diperlihat.

Hakcipta terpelihara

Pernah saya berkata dengan jurugambar FOMCA, “Bang, boleh minta gambar yang abang ambil tak?. “Tak boleh, ini hakcipta.”. Ya! Gambar ialah hakcipta, harta intelek. Apabila berbicara tentang harta intelek, jangan biarkan ada orang lain merompak harta intelek kita. Saya kesal apabila harta intelek saya dirompak. Lebih kesal lagi, saya diberi arahan untuk menyerahkan harta intelek itu. Huh! Buat rakan-rakan (khususnya rakan sejawat), pelihara harta intelek anda, walaupun sekecil-kecil idea untuk sesuatu majlis, kerana perbuatan mengambil harta intelek dan menjadikannya ala-ala ‘Lembu punya susu, sapi dapat nama’ sekarang sedang berleluasa.

Masalahnya, yang baik tentang kita tidak dikreditkan. Benarlah kata bijak pandai, ‘Kalau engkau melakukan seribu kebaikan, tiada siapa yang akan memandang akan dikau. Tetapi kalau engkau melakukan satu kesalahan, nescaya satu dunia akan memandang akan dikau’. Saya sambung kata-kata ini dengan ayat, “… apatah lagi kalau kesalahan kita diperbesarkan’.

Pagi

Waktu pagi adalah waktu keramat. Semua orang sedang bersemangat. Harus diingat, jagalah kata-kata dan ayat. Kelak terguris hati, sukar diubat.

Pelajar-pelajar saya jarang dimarahi pada awal pagi. Kerana saya tahu, sayalah pengawal mood mereka sepanjang hari. Jika pada pagi hari sudah dimarahi, nescaya downlah pelajar saya hingga loceng pulang berbunyi. Bersalahkah saya nanti. Tetapi, ada juga yang dangkal, atau buat-buat tiada akal, pelajar saya diperli sinis pada awal pagi. Apa salahnya ayat beralas, kerana mesej boleh disampaikan dan hati terjaga. Kasihan mereka yang dihamburkan kata-kata emosional pada pagi hari. Oh, saya terlupa, perempuan memang emosional.

Demi anak bangsa

Kedamaian di tempat kerja saya dijumpai di kelas, makmal, bengkel, perpustakaan, padang, atau dewan…. dengan pelajar. Demi anak bangsa!


Tindakan

Informasi

2 responses

30 03 2010
syaheer saifudin

salam buat cikgu ali. saya kira,pernyataan leadership is a craft itu juga punya perkaitan dengan kami di sini. setiap organisasi datang dengan idea kepimpinannya yang tersendiri. justeru, penting untuk saudara memahami kehendak/trend pengurusan organisasi agar dapat diterjemahkan menjadi satu gaya kepimpinan yang utuh. leaders differ from managers. to become both, transform yourself into a commander. salam

Ali : Thanks syaheer. Formal sungguh bunyinya… huhu!

30 03 2010
mysarah

saja ingin menokok tambah…walau perempuan emosional..namun ade juga perempuan yg mendamaikan di pagi hari kan…hehe…
sama2 lah kita mendengar panggilan hangit !!….ekekek

Ali : Setuju!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: