Apabila Cikgu Maisarah Razali berkata, “Ali, jom tulis blog semula…”, saya terus teringat kepada blog saya ini.
Blog yang saya cintai ini, entah berapa tahun sudah saya bina. Sayang yang amat.
Entri terakhir? 29 Mac 2010. Lebih lima bulan yang lalu. Kalau ibu mengandung, sudah masuk ke trimester kedua.
Punca tidak menulis? Alasan klise ialah tiada masa. Sibuk. Busy. Tetapi sebenarnya bukan itu. Saya rasakan yang gelombang facebook memberikan kesan pada saya. Saya tidak lagi menulis di Cetusan Idea ini. Maka, apabila tiada cetusan idea tercetus, saya tidak menaip.
Maka, moga saya diberi kekuatan untuk kembali aktif menulis. Teringat pesanan Pn Fadzleen, “hang tulis je apa-apa, share something…
Inilah entri pertama, sekadar untuk memberitahu bahawa saya ingin kembali mengaktifkan blog ini. Moga diberi kekuatan…