144 kalahkan 127

30 12 2010

Ada seorang pelajar saya menulis di facebook:

kalu msia mng,,,sume say i luv u,,,kalu kala ??lu pkir laa sndri,,,

Ya! Benar! Kalau menang, kita bersorak. Gembira. Bergegar stadium, kedai mamak dan rumah kita. Menjerit-jerit bagai nak gila.

Ya! Benar! Kalau kalah, kita mengejek, menghina. Pemain bola sepak Malaysia kaki bangku katanya.

Kenapa?

Kerana kita sayangkan bola sepak Malaysia. Itu tandanya! Bila menang, suka. Bila kalah, duka. Kita sayang bola sepak kita, saat kalah dan berjaya.

Tahniah Malaysia!

Harap ranking Malaysia di tempat 144 akan menjadi lebih baik!





Pensel dan Pemadam

17 12 2010

Pensel : Maafkan saya pemadam…

Pemadam : Kenapa? Awak ada buat salah ke?

Pensel : Maafkan saya, kerana awak sakit untuk saya. Setiap kali saya buat silap, awak pasti ada untuk saya padamkan kesilapan itu. Tetapi, tatkala kesilapan itu hilang, awak hilang sebahagian daripada diri awak. Awak semakin kecil dan mengecil setiap kali memadam kesilapan saya.

Pemadam : Itu betul. Tapi saya tak kisah. Saya memang dicipta begini. Saya memang dicipta untuk membantu awak apabila awak buat silap. Walaupun satu hari nanti, saya akan mengecil dan habis, dan awak akan cari pemadam baru, saya gembira dengan tugas saya.

Renung-renungkan, dan selamat beramal…





Merdeka

16 12 2010

Ingatkan calon peperiksaan sahaja yang bersorak kegembiraan. Saya yang merupakan pengawas STPM pun melonjak gembira sama! Haha!

Hari ini hari terakhir menjadi pengawas. Alhamdulillah. Baru boleh memikirkan tentang cuti yang tersisa. Dan jadual cuti sudah dirancang, tunggu masa sahaja!

Awal pagi sudah menarik hati saya. Mengapa? Buat pertama kalinya, saya terjumpa anggota polis trafik wanita yang mengawal lalulintas. Nasib baik tak berlaku kemalangan, kerana anggota trafik itu manis orangnya. Haha!

Selesai peperiksaan, saya mengunjungi tempat kesukaan saya. My favourite spot. Sudah tentu Plaza Larkin, untuk menikmati semangkuk Kacang Pool Haji yang lazat dan menyelerakan, sebagai ucapan tahniah pada diri sendiri kerana berjaya melaksanakan tugas sebagai pengawas.

Itu sahaja untuk hari ini. Mengapa entri seperti diari? Tiada idea tercetus hari ini. Tidak mengapalah, asalkan blog ini terisi…

(Gambar di atas sekadar hiasan, dengan mesej, “Saya sudah menonton Rapunzel sebanyak 3 kali…”)




Dark of the Moon

13 12 2010

Bulan merupakan satelit semulajadi Bumi. Bentuknya sfera. Uniknya tentang bulan ialah, tempoh putarannya pada paksi sama dengan tempoh peredarannya mengelilingi bumi. Akibatnya, bulan hanya menunjukkan permukaan yang sama kepada warga planet biru ini. Bahagian satu lagi? Itulah bahagian yang seringkali diberi gelaran ‘Dark side of the Moon‘. Bahagian ini bukanlah gelap. Tidak. Cuma ia tidak kelihatan dari Bumi. Panggilan lebih tepat sepatutnya  ‘Far side of the Moon‘.

Namun, tujuan entri ini ditulis, adalah untuk maklumkan tentang filem terbaru Transformers, yang bertajuk ‘Dark of the Moon’. Plot cerita, setakat yang didedahkan ialah :

In 1969, the Apollo 11 moon landing mission ventures onto the far side of the moon for a top-secret mission. For the next twenty-one minutes, they document the wreck of a Cybertronian spacecraft with no survivors, confirming that mankind is not alone in the universe. Forty years later, the secrets of that mission are uncovered.

Tidak sabar.





Wajah baru

12 12 2010

Sudah lama berniat untuk ubah wajah blog ini.

Alhamdulillah tercapai.

Wajah lama? Goodbye…





Tidak perlu sebab

11 12 2010

Cuti sekolah. Tengok wayang.

Ada 3 filem yang sudah saya tonton. The Deathly Hallows Part 1.  Rapunzel : A Tangled Tale. The Voyage of the Dawn Treader.

Saya ingin menyentuh akan muzik dan runut bunyi sahaja.

Harry Potter? Muziknya baru, oleh Alexandre Desplat. Menarik.

Rapunzel? Klasik. Sentuhan ajaib Alan Menken memang tidak menghampakan.

Narnia? Saya tidak berapa gemar hasil kerja David Arnold, muzik baru berbanding Narnia sebelum ini. Dan David Arnold sebelum ini banyak mengarang muzik untuk James Bond.

Di akhirnya, Harry Potter dengan muzik baru, saya suka. Narnia dengan muzik baru, saya tidak suka.

Kesimpulan ; tidak perlu sebab untuk suka. We just like it!





Roti John KOMTAR

4 12 2010

Saya pernah menulis entri tentang roti john. Ibu dan ayah saya pandai membuat roti john. Sedap. Sangat sedap.

Dalam entri itu, saya menulis juga tentang roti john KOMTAR yang  sedap. Komen yang menarik perhatian saya ialah :

Salam. Ali Asyraf, saya ialah anak pakcik yang berniaga roti john di kebayan komtar. komtar masih renovation jadi abah saya sekarang berniaga di foodcourt Pandan JB. jadi, bolehla cari abah saya di sana. dia berniaga sebelah kedai ayam penyet.resipi roti johnnya masih sama. dia letak papan tanda roti john komtar. carilah yer di PANDAN. terima kasih…

Menarik. Inilah dia internet. Jika tidak, sukar untuk kembali menjejaki kedai itu

Dan tadi, setelah menonton Rapunzel : A Tangled Tale dengan ibu dan ayah saya, saya berkesempatan makan roti john KOMTAR, tetap di pasar borong Pandan.

Sedapnya masih seperti dahulu. Sudah cuba, baru tahu.